window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton X50 2020 – bagaimana ia bakal mengungguli SUV segmen B?

Faisal · Aug 20, 2020 01:30 PM

Proton X50 2020 – bagaimana ia bakal mengungguli SUV segmen B? 01

Kemunculan Proton X70 pada December 2018 yang lalu telah menghangatkan pasaran automotif di Malaysia sehingga ia telah memecah rekod bagi jumlah tempahan yang paling banyak untuk kategori SUV.

Proton X50 2020 – bagaimana ia bakal mengungguli SUV segmen B? 02

Ini dibuktikan lagi apabila X70 merangkul anungerah Overall Car of The Year 2019 dan anugerah dalam kategori Midsize Crossover dan 5-seater SUV dalam acara majlis Malaysia Cars of the Year Awards yang ke-18.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Proton X50 2020 – bagaimana ia bakal mengungguli SUV segmen B? 01

Ini memacu Proton untuk berada di atas, sekali lagi memberi saingan yang kuat terhadap syarikat pengeluar lain di dalam industri automotif. Berbekalkan semangat yang telah terbina oleh X70, mampukah Proton X50 memberi impak dan kejayaan yang sama?

Mari kita lihat gambaran berikut:

Proton X50 2020 – bagaimana ia bakal mengungguli SUV segmen B? 02

Proton X50 dijangka memberi impak terhadap pasaran SUV kompak segmen B yang dikuasai oleh dua pesaing dari Jepun iaitu Honda HR-V (ulasan di sini) dan Mazda CX-3 (ulasan di sini). Berdasarkan perkara di atas, X50 lebih hebat dalam saingan jumlah kuasa kuda dan tork termasuk transmisi 7-kelajuan dwi-klac yang pertama dalam segmennya.

Proton X50 2020 – bagaimana ia bakal mengungguli SUV segmen B? 03

Sekiranya dibandingkan dengan saingan Eropah pula, Peugeot 2008 dan Renault Captur kelihatan agak ketinggalan. Namun begitu, perbezaan yang ketara adalah pada harga jualan. Kami menjangkakan harga Proton X50 berada dalam lingkungan RM 85,000 hingga RM 100,000. Dengan spesifikasi yang menarik, Proton X50 juga mungkin berupaya memalukan kereta segmen C yang lebih besar.

Proton X50 2020 – bagaimana ia bakal mengungguli SUV segmen B? 04

Walau bagaimanapun, X50 kehilangan poin berbanding Honda HR-V yang menawarkan ruang but yang terbesar berbanding X50 dan CX-3.

Proton X50 2020 – bagaimana ia bakal mengungguli SUV segmen B? 05

Malah pesaing dari Eropah juga menawarkan ruang but yang lebih besar walaupun masih tidak setanding HR-V. Menariknya, Peugeot 2008 adalah kereta yang paling ringan sementara Proton X50 adalah yang paling berat. Kami menganggap bahawa sebahagian besar daripada berat adalah kerana banyak teknologi keselamatan yang hadir pada Proton X50.. Jadi ini masih boleh diterima.

Proton X50 2020 – bagaimana ia bakal mengungguli SUV segmen B? 06

Seperti abangnya, kami menjangkakan X50 akan mempunyai kelengkapan yang sama seperti penyaman udara dengan kawalan dwi-zon, bumbung panorama, tempat duduk pemandu dengan pelarasan elektronik serta skrin sesentuh infotainment berukuran 10.25-inci yang mempunyai sistem operasi Geely Key (GKUI) yang menggabungkan sistem kawalan suara "Hi Proton" yang terkenal.

Proton X50 2020 – bagaimana ia bakal mengungguli SUV segmen B? 07

Kami telah menguji saudaranya Geely Binyue / Coolray di China tahun lalu. Walaupun terdapat beberapa penambahbaikan yang diperlukan agar sesuai dengan keadaan jalan raya dan gaya pemanduan rakyat Malaysia yang kita ketahui, kereta ini tetap mempunyai satu pakej yang mantap. Binyue di China juga dilengkapi dengan kemampuan memandu sendiri pada Tahap 2. Namun begitu, masih tiada maklumat tentang sistem ini di pasaran Malaysia.

Kami yakin bahawa jenama lain harus mempertingkatkan permainan mereka untuk menyaingi tawaran terbaru daripada Proton apabila ia dilancarkan di Malaysia kelak.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2018 Geely Bin Yue G-power 200T

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda