window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton X50 2020 ada 2 enjin turbo – ‘direct injection’ dan ‘port’, apa bezanya?

Mersita · Sep 17, 2020 03:00 PM

Proton X50 2020 ada 2 enjin turbo – ‘direct injection’ dan ‘port’, apa bezanya? 01

Seperti yang sedia maklum, Proton X50 2020 yang dipasang di Tanjung Malim menawarkan dua pilihan enjin. Kedua-duanya ialah unit DOHC berpengecas turbo 1.5 liter dengan 3 silinder, tapi sistem bahan apinya berbeza – enjin 1.5T MPI menggunakan ‘port injection’ (suntikan port) manakala yang 1.5 TGDI menggunakan ‘direct injection’ (suntikan langsung).

Proton X50 2020 ada 2 enjin turbo – ‘direct injection’ dan ‘port’, apa bezanya? 02

Unit ‘direct injection’ tiga silinder (1.5 TGDI, kod nama JLH-3G15TD) menjana 177 PS pada 5,500 rpm dan 255 Nm pada 1,500 – 4,000 rpm.

Manakala, unit ‘port injection’ tiga silinder 1.5 TMPI pula (Proton memanggilnya ‘Multi Point Injection’ atau MPI) menjana 150 PS dan 226 Nm. Belum ada maklumat tentang kelajuan putaran (‘rotational speed’) enjin tersebut setakat ini.

Proton X50 2020 ada 2 enjin turbo – ‘direct injection’ dan ‘port’, apa bezanya? 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Unit pertama disebut diatas juga digunakan di dalam Volvo XC 40 T3 (tidak didapati di sini). Tapi, berbeza dengan apa yang kita biasa dengar, ia bukannya enjin Volvo. Sebaliknya, ia dibina oleh Geely. Sebab-sebabnya telahpun dijelaskan di sini.

Proton X50 2020 ada 2 enjin turbo – ‘direct injection’ dan ‘port’, apa bezanya? 01

Unit 1.5 TMPI ialah satu projek baru Geely dan ia tidak dijual di China. Malaysia adalah pasaran pertama yang melancarkan enjin baharu ini. 

Proton X50 2020 ada 2 enjin turbo – ‘direct injection’ dan ‘port’, apa bezanya? 02

Oleh itu, apakah perbezaan antara ‘port injection’ dan ‘direct injection’?

‘Port Injection'

Proton X50 2020 ada 2 enjin turbo – ‘direct injection’ dan ‘port’, apa bezanya? 03

Port injection

Dalam konteks kenderaan moden, suntikan bahan api yang konvensional adalah ‘port injection’ – juga dikenali sebagai ‘multipoint injection’. Dalam tetapan ini, bahan api disuntik ke dalam ruangan pengambilan atau ‘intake’ untuk dicampur dengan udara sebelum ia masuk ke ruang kebuk pembakaran dimana pencucuh akan menyalakan campuran ini.

Proton X50 2020 ada 2 enjin turbo – ‘direct injection’ dan ‘port’, apa bezanya? 04

Gasoline direct injection

Suntikan langsung petrol

‘Direct injection’ ialah tetapan yang lebih moden, rumit, dan yang pastinya lebih mahal. Dalam kaedah ini, bahan api disuntik secara langsung ke dalam ruang kebuk pembakaran dalam tekanan yang sangat tinggi iaitu sehingga 350 bar. Ya, semua enjin kenderaan diesel masa kini dipacu dengan ‘direct injection’, oleh itu ini bukan satu perkara yang baru. Tapi, dalam konteks ini, yang dibincangkan ialah ‘direct injection’ bagi enjin petrol.

Secara ringkasnya, ‘direct injection’ mempertingkatkan kecekapan bahan api dan janaan kuasa.

Proton X50 2020 ada 2 enjin turbo – ‘direct injection’ dan ‘port’, apa bezanya? 05

Dalam ‘port injection’, sedikit lebihan bahan api akan tertinggal di dalam ‘intake port’. Dengan ‘direct injection’, bahan api dibakar serta-merta sejurus selepas ia masuk ke ruang kebuk pembakaran dan ini mengurangkan pembaziran.

Memandangkan bahan api mempunyai efek penyejukan, ‘direct injection’ membolehkan enjin beroperasi atas nisbah pemampatan yang lebih tinggi dan ini akan meningkatkan janaan kuasa kuda dan tork.

Proton X50 2020 ada 2 enjin turbo – ‘direct injection’ dan ‘port’, apa bezanya? 06

Walaubagaimanapun, tak semestinya ‘direct injection’ ini sempurna. Enjin ‘direct injection’ lebih sensitif terhadap kepelbagaian kualiti bahan api. Memandangkan bahan api tersebut tidak lagi melalui port pengambilan ('intake ports'), ejen pembersihan di dalam bahan tambahan bahan api tidak lagi dapat berfungsi pada injap pengambilan. Lama-kelamaan, gumpalan karbon akan jadi semakin banyak dan ini memerlukan kerja-kerja penyelenggaraan yang lebih merumitkan.

Tambahan pula, enjin ‘direct injection’ berbunyi lebih kasar, dan ada juga yang menghasilkan gegaran seperti enjin diesel ketika kereta pegun.

Proton X50 2020 ada 2 enjin turbo – ‘direct injection’ dan ‘port’, apa bezanya? 07

D4-S Toyota menggabungkan ‘port injection’ dan ‘direct injection’

Inilah sebabnya mengapa beberapa pengilang menggabungkan sistem ‘port’ dan ‘direct injection’ di dalam enjin mereka. Tapi, tetapan ini jauh lebih rumit lagi. Sistem D4-S Toyota adalah salah satu contohnya.

Memandangkan ini sekadar previu, kami belum lagi berkesempatan untuk memandu-uji Proton X50 di jalanraya kita. Model ini dijangka untuk dilancarkan pada bulan Oktober. Walaupun ia berdasarkan Geely Binyue dari China, Proton X50 tempatan kita menonjolkan beberapa perincian dan kelengkapan unik yang tiada dalam kereta penderma Geely.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda