Proton X50 cantas Perodua Myvi untuk jadi kenderaan terlaris Malaysia, SUV pertama dalam sejarah!

Haris · Aug 3, 2022 03:00 PM

Proton X50 cantas Perodua Myvi untuk jadi kenderaan terlaris Malaysia, SUV pertama dalam sejarah! 01


Pengeluar kereta nasional Proton mencipta sejarah apabila Proton X50 mencatat rekod jumlah jualan bulanan baharu dan merangkul gelaran kenderaan terlaris di Malaysia bagi bulan Julai 2022.

Pencapaian ini memastikan Proton mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju dalam segmen SUV yang sedang dipertandingkan dengan hangat dan ia juga kali pertama kenderaan sedemikian telah mendahului pasaran keseluruhan dalam jumlah jualan.

Proton X50 cantas Perodua Myvi untuk jadi kenderaan terlaris Malaysia, SUV pertama dalam sejarah! 02

Berikutan jualan terbaiknya pada bulan Jun, Proton mencatatkan 11,477 unit (domestik + eksport) pada bulan Julai atas usaha kejayaan syarikat untuk menyelesaikan isu kekurangan komponen. Walau bagapmanapun, usaha itu telah terjejas sementara menunggu kelulusan harga daripada pihak berkuasa untuk beberapa modelnya.

Jualan keseluruhan untuk tahun ini kini berada pada 71,601 unit, peningkatan sebanyak 19.7% berbanding tempoh yang sama pada 2021.

Proton X50 cantas Perodua Myvi untuk jadi kenderaan terlaris Malaysia, SUV pertama dalam sejarah! 01

Proton juga mengekalkan kedudukan kedua dalam jadual jualan automotif nasional dengan anggaran pegangan pasaran sebanyak 22.7% bagi bulan Julai manakala pegangan pasaran tahun sehingga kini (YTD) meningkat kepada 18.7%.

Jumlah Keseluruhan Volum Industri (TIV) bagi bulan Julai dianggarkan sebanyak 50,500 unit setelah jumlah pendaftaran berundur ke median berikutan penamatan tempoh insentif SST pada 30 Jun.

Berikutan jualan terbaiknya pada bulan Jun, Proton X50 terus memecahkan rekod apabila penghantaran semakin pantas untuk mengejar permintaan. 4,763 unit yang didaftarkan pada bulan Julai kini merupakan tanda baharu bagi jualan SUV di negara ini dan mengukuhkan cengkaman Proton pada segmen itu.

Proton X50 cantas Perodua Myvi untuk jadi kenderaan terlaris Malaysia, SUV pertama dalam sejarah! 02

Ini disokong oleh jualan kukuh yang berterusan untuk Proton X70. Penghantaran Proton X70 2022 yang serba baharu telah meningkat berikutan pelancarannya pada 9 Jun dan 1,704 unit telah didaftarkan pada bulan lepas. Ini membolehkannya kekal di tangga teratas untuk SUV segmen C dan melonjakkan jumlah keseluruhan SUV Proton melepasi 31,500 unit untuk tujuh bulan pertama bagi tahun 2022.

Proton X50 cantas Perodua Myvi untuk jadi kenderaan terlaris Malaysia, SUV pertama dalam sejarah! 03

Sementara itu, Proton Saga terus mencatatkan jumlah yang kukuh dan mengekalkan kedudukannya di bahagian atas kelas sedan segmen A. 4,521 unit telah didaftarkan pada bulan lepas dan ini meningkatkan jualan model itu bagi tahun ini kepada 28,005 unit.

Angka itu juga menunjukkan bahawa model 2022 yang dilancarkan pada 12 Mei berjaya mencapai pendaftaran sebanyak 9,811 dalam masa 80 hari sahaja.

Proton X50 cantas Perodua Myvi untuk jadi kenderaan terlaris Malaysia, SUV pertama dalam sejarah! 04

Proton Exora juga mengekalkan kedudukannya di tangga teratas kelas MPV segmen C dengan 476 unit didaftarkan. Malangnya, perkara yang sama tidak boleh diaplikasikan untuk Proton Persona dan Proton Iriz kerana jualan untuk kedua-dua model itu dihentikan buat sementara waktu, sambil menunggu kelulusan harga daripada pihak berkuasa.

“Berikutan bulan Jun yang sibuk di mana jenama industri automotif berebut-rebut untuk mengumpul tempahan sebelum tamat insentif SST, Julai merupakan bulan di mana permintaan pasaran jatuh ke paras normal. Oleh itu tumpuan telah diberikan untuk memenuhi tempahan yang telah diterima.

Proton X50 cantas Perodua Myvi untuk jadi kenderaan terlaris Malaysia, SUV pertama dalam sejarah! 05

"Proton tidak terkecuali dan dengan keadaan bekalan komponen kami yang terus bertambah baik, kami dapat menunjukkan potensi jualan sebenar Proton X50.

“Syarikat amat berbangga dengan model Proton X50 menjadi SUV pertama yang dinobatkan sebagai kenderaan terlaris di Malaysia dan kami berterima kasih atas sokongan daripada pelanggan kami.

"Pencapaian ini dan kelarisan jualan Proton dalam segmen lain menunjukkan rancangan perniagaan kami berada di landasan yang betul dan membalas keyakinan yang diletakkan pada jenama oleh pembeli, pelabur dan pihak berkepentingan lain,” kata Roslan Abdullah, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Proton.

Sementara itu, Perodua biasanya tidak mendedahkan angka jualan bulanan tetapi jumlah jualan Myvi untuk kumulatif 1H 2022 adalah di bawah 40k unit.

Baca: Proton Saga hanya naik RM 500 harga dengan SST - X70 tambah RM 7k, Exora masih ada!

Proton X50 cantas Perodua Myvi untuk jadi kenderaan terlaris Malaysia, SUV pertama dalam sejarah! 06

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

Komen

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda

Model Terbaru