window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton X50 diacah oleh pengedar di Kuching? Mungkin benar, mungkin tidak

Faisal · Aug 12, 2020 04:10 PM

Proton X50 diacah oleh pengedar di Kuching? Mungkin benar, mungkin tidak 01

Setelah pelbagai intipan dan spekulasi, kami akhirnya mempunyai iklan acah Proton X50 2020 yang akan datang. Tapi tunggu! "Iklan" itu dimuat naik di laman Facebook yang dikendalikan oleh pengedar Proton di Kuching dan sejak itu, ia telah dipadamkan.

Berdasarkan gambar SUV yang digelapkan dengan gril 'Infinite Weave' milik Proton yang bertuliskan "Ingin tahu sesuatu yang baru?" dimuat naik, memang tidak disangkal lagi bahawa ianya adalah Proton X50.

Proton X50 diacah oleh pengedar di Kuching? Mungkin benar, mungkin tidak 02

Inilah bukti bahawa iklan tersebut telah dipadamkan

Iklan itu disertakan dengan jemputan kepada pembeli yang berminat agar memasukkan nama mereka ke dalam senarai penjualan dengan menghantar pesanan peribadi ke laman Facebook penjual tersebut. Tetapi jika anda melihat halaman itu sekali lagi, pos itu sudah dipadam.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menurut rakan kami di Funtastiko, kereta di hadapan ialah Proton X70 dan mungkin menjadi tayangan acah untuk "Merdeka Edition" yang akan datang. Tetapi kereta di belakangnya berkemungkinan besar adalah Proton X50.

Proton X50 adalah kereta yang paling dinantikan di Malaysia ketika ini. Berdasarkan Geely Binyue, pelancaran SUV tersebut akan menjadi SUV  pertama Proton ke dalam segmen B;  Segmen ini dimonopoli oleh Honda HR-V sejak tahun 2015, dan Proton dahagakan kejayaan di dalam pasaran ini.

Proton X50 diacah oleh pengedar di Kuching? Mungkin benar, mungkin tidak 01

Kami ingin mengambil masa ini untuk memperingatkan semua orang agar tidak terburu-buru kerana Proton belum membuat pengumuman rasmi, mahupun apa-apa kempen sebelum ia dilancarkan. Kami mengesyaki bahawa penjual Supernau di Kuching itu tidak sengaja dan disebabkan itu, mereka diarahkan untuk membuang iklan tersebut.

Tetapi usah kecewa kerana kami pernah membuat spekulasi bahawa pelancaran SUV segmen B tersebut adalah tidak lama lagi! Jadi, tontonilah ruangan ini untuk mendapat maklumat terkini!

Sementara itu, tontoni ulasan tentang Geely Binyue sewaktu kami di China.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda