window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton X50 kini terjual 1.5x ganda berbanding X70, SUV terlaris bulan Jun 2022!

Haris · Jul 4, 2022 03:20 PM

Proton X50 kini terjual 1.5x ganda berbanding X70, SUV terlaris bulan Jun 2022! 01

Proton mencatatkan jualan bulanan terbaik iaitu 14,787 unit  (tempatan + eksport) didaftarkan pada bulan Jun 2022 selari dengan usahanya secara berterusan dalam menyelesaikan isu bekalan komponen.

Prestasi ini merupakan peningkatan sebanyak 51.0% berbanding bulan lepas dan seterusnya  meningkatkan jumlah jualan separuh tahun pertama kepada 60,124 unit, peningkatan sebanyak 3.9% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Proton X50 kini terjual 1.5x ganda berbanding X70, SUV terlaris bulan Jun 2022! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Secara keseluruhan, Proton mengekalkan kedudukan di tangga kedua di dalam industri automotif dengan anggaran pegangan pasaran semasa sebanyak 22.6%. Walau bagaimanapun, jumlah pegangan pasaran tahunan mencatatkan 18.2%, penurunan sebanyak 5.1% berbanding enam bulan pertama pada tahun lepas. Jumlah Volum Industri (TIV) pula dianggarkan sebanyak 331,164 unit.

Proton X50 kini terjual 1.5x ganda berbanding X70, SUV terlaris bulan Jun 2022! 01

Proton Saga kekal sebagai model terlaris bulan ini dengan facelift baharunya mencatatkan 5,460 unit terjual dan dengan itu, ia merampas kembali gelaran sedan segmen A terlaris pada bulan Jun. Secara keseluruhan, 23,484 unit Saga telah dijual setakat ini pada 2022.

Proton X50 kini terjual 1.5x ganda berbanding X70, SUV terlaris bulan Jun 2022! 02

Duo SUV Proton nampaknya produk yang lebih menguntungkan apabila kedua-duanya merupakan model terlaris dalam pasaran segmen masing-masing. 4,473 unit Proton X50 telah dijual yang menjadikannya SUV terlaris keseluruhan pada Jun manakala abangnya, Proton X70 menyaksikan 2,696 unit didaftarkan - prestasi terbaiknya dalam tempoh 20 bulan.

Proton X50 kini terjual 1.5x ganda berbanding X70, SUV terlaris bulan Jun 2022! 03

“Jun adalah bulan yang sibuk bagi industri automotif dengan kebanyakan jenama berusaha mengeluarkan sebanyak mungkin kenderaan bagi memenuhi permintaan pasaran. Pengumuman bahawa insentif SST akan berakhir pada 1 Julai juga mendorong tempahan apabila pelanggan bergegas mengambil kesempatan daripada penjimatan yang ditawarkan.

"Proton telah menerima lebih daripada 150,000 tempahan untuk enam bulan pertama tahun ini dan sekiranya ditambah kepada pesanan yang diterima pada tahun 2021, kami perlu bekerja keras dalam memastikan penghantaran kenderaan dilakukan dengan secepat mungkin seterusnya memenuhi pemintaan pelanggan.

Baca: Proton terhadkan tempahan, tak realistik kaut 'booking' banyak sampai pelanggan tunggu terlalu lama!

Proton X50 kini terjual 1.5x ganda berbanding X70, SUV terlaris bulan Jun 2022! 04

“Kami bersyukur bahawa isu bekalan komponen dapat diselesaikan secara berperingkat, ia bukan sahaja dapat meningkatkan pengeluaran, tetapi juga memberi impak positif kepada rangkaian selepas jualan.

"Seperti yang dijanjikan, semua cawangan 3S/4S kami kini mempunyai stok tiga bulan bagi komponen bergerak pantas (FMP) dan ini direplikasi di gudang alat ganti kami. Isu bekalan bagi komponen yang lain juga sedang diselesaikan, dan kami berharap dapat memberikan tahap perkhidmatan selepas jualan yang lebih baik kepada pelanggan kami tidak lama lagi,” kata Roslan Abdullah, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton.

Proton X50 kini terjual 1.5x ganda berbanding X70, SUV terlaris bulan Jun 2022! 05

Proton Saga di Pakistan

Walaupun jualan domestik Proton terus berkembang, ia mengatasi pertumbuhan dalam jualan eksport. Dengan 636 unit dieksport pada Jun, jumlah eksport bagi separuh pertama 2022 ialah 2,722 unit, meningkat 81.2% berbanding tahun sebelumnya sebagai pengeluar kereta pengeksport teratas di negara ini.

Proton X50 kini terjual 1.5x ganda berbanding X70, SUV terlaris bulan Jun 2022! 06

Mendahului angka eksport bagi 2022 setakat ini ialah Saga dengan 1,602 unit manakala X70 dan X50 masing-masing menyaksikan 377 dan 100 unit pada Jun sahaja.

Pakistan merupakan pasaran eksport terbesar Proton dengan 1,770 unit pada separuh pertama 2022 diikuti Brunei dan Bangladesh masing-masing sebanyak 203 dan 194 unit. Pada penghujung Mei, beberapa unit pertama dibawa ke Afrika Selatan, kembali ke pasaran selepas sepuluh tahun tidak hadir.

Baca: Hilang sejak 2012, Proton kini kembali di Afrika Selatan; penghantaran Saga, X50 & X70 beransur

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda