Proton X50 terpakai - dari RM 80k, SUV nasional terhangat dah susut harga, ini panduan membelinya
Faisal · Jan 28, 2023 06:00 PM
Sejak dilancarkan pada Oktober 2020, Proton X50 telah menjadi model yang begitu popular buat Proton. Tahun lepas, dengan jualan sebanyak 40,681 unit, SUV segmen B ini juga dinobatkan sebagai SUV paling laris di Malaysia.
Bagi anda yang belum tahu, harga Proton X50 bermula dari RM 86,300. Tetapi kalau itu masih terlalu mahal, Carsome ada banyak unit terpakai yang berharga serendah RM 79k.
Proton X50 secara asasnya adalah sebuah Geely Binyue. Ia dilancarkan di Malaysia pada September 2020 dengan penawaran varian Standard, Executive, Premium dan Flagship.
Tiga varian paling bawah menggunakan enjin 1.5L 3 silinder turbo MPI yang menghasilkan 150 PS dan 226 Nm tork.
Varian Flagship pula datang dengan nadi bersuntikan terus (TGDI) yang menghembuskan 177 PS dan 255 Nm tork.
Kesemua varian dipadankan dengan transmisi DCT 7 kelajuan klac-basah yang menghantar kuasa ke roda depan.
Varian yang menggunakan skrin 8 inci.
Dari segi infotainment, terdapat saiz 8 inci dan 10.25 inci tetapi sokongan Apple CarPlay dan Android Auto tidak ditawarkan sama sekali.
Varian mana patut anda pilih?
Varian Executive.
Secara amnya, lupakan sahaja varian Standard kerana beg udaranya hanya ada 4. Varian atas pula ada sampai 6.
2021 Proton X50 TGDI FLAGSHIP 1.5
RM 101,300
RM 1,117
/bulan
10,955 km
2 years
Kuala Lumpur
2021 Proton X50 T PREMIUM 1.5
RM 91,900
RM 964
/bulan
836 km
1.5 years
Cheras
2021 Proton X50 TGDI FLAGSHIP 1.5
RM 101,900
RM 1,117
/bulan
8,022 km
2.5 years
Cheras
Untuk anda yang mementingkan keselamatan, cari varian Flagship kerana ia lengkap dengan sistem bantuan keselamatan ADAS penuh yang merangkumi:
Sejak dilancarkan pada tahun 2020, kebanyakan pemilik sebenarnya berpuas hati dengan Proton X50 mereka.
Memandangkan ia masih baru, tidak banyak yang dapat dirumuskan dalam bab ini. Cumanya, beberapa pemilik menghadapi isu bunyi ketukan pelik dari bahagian brek belakang. Isu seperti lampu amaran beg udara menyala dan bateri habis cepat pula boleh diselesaikan melalui waranti dari pusat servis Proton.
Satu isu yang perlu anda tahu adalah lampu kabusnya cenderung dimasuki air.
Untuk mereka yang berhadapan dengan sebarang masalah yang disebutkan, perlu kami maklumkan bahawa Proton masih menghadapi isu bekalan komponen yang terhad. Jadi, tempoh menunggu untuk kereta dibaiki sepenuhnya mungkin sedikit lama. Kalau anda nak tahu, ada beberapa pemilik terpaksa menunggu sampai berbulan kerana X50 mereka masih belum siap dibaiki oleh Proton.
Konklusi
Dengan harga Proton X50 terpakai yang boleh didapati serendah RM 80k, ia boleh menjadi pembelian yang cukup berbaloi kerana kelengkapan dan ciri yang ditawarkan pada SUV ini agak sukar untuk ditandingi walaupun masih tiada sokongan Apple CarPlay dan Android Auto.
2021 Proton X50 TGDI FLAGSHIP 1.5
RM 101,300
RM 1,117
/bulan
10,955 km
2 years
Kuala Lumpur
2021 Proton X50 T PREMIUM 1.5
RM 91,900
RM 964
/bulan
836 km
1.5 years
Cheras
2021 Proton X50 TGDI FLAGSHIP 1.5
RM 101,900
RM 1,117
/bulan
8,022 km
2.5 years
Cheras
Lagipun, dengan jualan mencecah lebih 40,000 pada tahun lepas, Proton pasti tidak akan bermain-main dengan SUV yang satu ini.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.
Komen