window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton X50 terpakai masih dijual setanding harga baru, "King Resale Value" terbaru di Malaysia?

Haris · Aug 17, 2022 02:00 PM

Proton X50 terpakai masih dijual setanding harga baru,

Model Proton X50 yang dilancarkan pada tahun 2020 nampaknya masih popular sehingga ke hari ini. Selepas dinobatkan sebagai kenderaan terlaris Malaysia mengalahkan Perodua Myvi, B-SUV ini nampaknya bakal menggondol satu lagi gelaran apabila harga jualan semula (resale value) masih tinggi, setanding harga baharu.

Proton X50 terpakai masih dijual setanding harga baru,

Tinjuan di laman pengedar kereta terpakai mendapati bahawa Proton X50 terpakai masih mengekalkan harga semasa pengecualian SST berlangsung, walaupun kini harga Proton X50 telah meningkat sekitar 9 - 10 peratus berbanding harga sebelum.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca: Proton X50 cantas Perodua Myvi untuk jadi kenderaan terlaris Malaysia, SUV pertama dalam sejarah!

Proton X50 terpakai masih dijual setanding harga baru,

Ramai pemilik yang berpuas hati dengan pemilikannya

Antara punca peniaga kenderaan terpakai mengekalkan harganya adalah disebabkan oleh permintaan yang tinggi tetapi stok yang rendah. Malah, peniaga juga mendakwa bahawa mereka juga sedang menyerap keuntungan yang rendah untuk model popular seperti Proton X50 justeru tiada penurunan harga yang ketara.

Proton X50 terpakai masih dijual setanding harga baru,

Malah, dalam satu laporan Sinar Harian, pengedar kenderaan terpakai turut menggunakan alasan bahawa industri dikawal 'orang tengah' justeru bukan mereka yang meletakkan harga tersebut.

Model Proton X50 Premium misalnya, dijual pada harga RM 97k untuk tahun 2021 dengan jarak perbatuan 6,000 km manakala model tahun 2020 dengan jarak perbatuan 20,000 km dijual pada harga RM 93k.

Proton X50 terpakai masih dijual setanding harga baru,

Ketika pelancaran pada tahun 2020, Proton X50 Premium dijual pada harga RM93,200. Dalam hal ini model tahun 2021 bukan lagi dijual pada harga baharu malah lebih mahal lagi.

Ini belum lagi menginjak ke harga Proton X50 Flagship, varian teratas yang dilengkapi dengan ciri-ciri yang lebih menarik seperti Auto Park Assist - fungsi parkir sendiri berautonomi. Ia dengan mudah mengekalkan harga ketika dibeli baharu iaitu RM 103,300.

Proton X50 terpakai masih dijual setanding harga baru,

Proton X50 Flagship

Sebagai rujukan, berikut adalah harga Proton X50 pasca pengecualian SST.

Harga terkini Proton X50 di Malaysia
Varian Harga
Standard RM 86,300 (naik RM 7,100)
Executive RM 93,300 (naik RM 8,500)
Premium RM 101,800 (naik RM 8,600)
Flagship RM 113,300 (naik RM 10,000)

Proton X50 terpakai masih dijual setanding harga baru,

Populariti Proton X50 nampaknya memang tidak surut walaupun setelah 2 tahun dalam pasaran. Walaubagaimanapun, tinjauan di media sosial mendapati bahawa tiada lagi pembeli yang terpaksa menunggu lama untuk model tersebut.

Pihak Proton juga sedang bertungkus lumus untuk memenuhi tempahan pelanggan di samping memperbaiki masalah bekalan alat ganti. Malah, beberapa kes terpencil masih berlaku tetapi seperti biasa, hantaran negatif lebih banyak mengundang perhatian berbanding hantaran positif.

Baca: Masalah alat ganti Proton X50 dan X70 kini dalam perhatian MoT, isu 'right-to-repair' berbangkit!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda