window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton X50 vs Perodua Aruz: Prestasi atau praktikal?

Faisal · Oct 2, 2020 10:18 AM

Proton X50 vs Perodua Aruz: Prestasi atau praktikal? 01

Berikutan sesi panju uji Proton X50 baru-baru ini, anda semestinya sudah tidak sabar akan harga yang bakal dirasmikan. Kami menjangkakan bahawa ia akan berharga dalam lingkungan RM 80,000 hingga ke RM 100,000.

Proton X50 vs Perodua Aruz: Prestasi atau praktikal? 02

Proton X50 vs Perodua Aruz: Prestasi atau praktikal? 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dengan harga sebegini, ia sememangnya mirip harga sebuah Perodua Aruz. Dengan harga RM 77,900 (termasuk SST) untuk varian tertinggi 1.5 AV, patutkah anda memilih SUV 7 tempat duduk yang berpacuan roda belakang atau SUV 5 tempat duduk yang berkuasa turbo?

Perbandingan saiz

Proton X50 vs Perodua Aruz: Prestasi atau praktikal? 01

Sekiranya anda ingin membawa satu keluarga penuh berserta barang, ciri praktikal yang dimiliki oleh Perodua Aruz tidak boleh dinafikan.

Proton X50 vs Perodua Aruz: Prestasi atau praktikal? 02

Secara teknikal, Perodua Aruz bersaiz lebih besar daripada Proton X50. Walaupun mereka daripada segmen yang berbeza dengan tumpuan pasaran yang berlainan, Perodua Aruz masih memiliki kelengkapan yang mencukupi dari segi keselamatan.

Dengan harga yang ditawarkan, ia didatangkan dengan ciri Advance Safety Assist (ASA 2.0) dan 6 beg udara. Varian X pula tidak dilengkapi dengan ciri ini tetapi ia masih didatangkan dengan 4 beg udara.

Dari segi ruang, barisan kedua dan ketiga memiliki kelegaan kaki yang mencukupi kerana kedudukan kerusi di barisan kedua boleh dilaraskan.

Proton X50 vs Perodua Aruz: Prestasi atau praktikal? 03

Pada masa yang sama, Proton X50 memiliki ciri keselamatan yang tinggi terutama pada varian 1.5 TGDI Flagship. Ciri keselamatan ADAS ini termasuklah BSM, LDW, LKA, AEB dan ACC dengan pemberhentian sepenuhnya. Selain itu, ia dilengkapi dengan 6 beg udara.

Sebagai perbandingan, varian Standard yang akan berharga lebih kurang dengan Perodua Aruz AV tidak menerima ciri keselamatan ADAS tetapi masih dilengkapi dengan 4 beg udara.

Perbandingan prestasi

Proton X50 vs Perodua Aruz: Prestasi atau praktikal? 04

Apabila diumumkan secara rasmi bahawa semua varian Proton X50 akan didatangkan dengan enjin 1.5 liter 3-silinder turbo, ia telah menimbulkan persoalan dari segi prestasi. Sewaktu kami menguji pada tempoh hari, ia ternyata memuaskan hati.

Proton X50 vs Perodua Aruz: Prestasi atau praktikal? 05

Digandingkan dengan peningkatan dari segi pengendalian dan keselesaan berbanding Gelly Binyue, Proton X50 memberikan pemanduan yang menyeronokan.

Cuma ia tidaklah terasa laju seperti jumlah kuasa (177 PS dan 255 Nm tork) yang dirasmikan kerana terdapat sedikit kelewatan dari segi tindak balas dan pertukaran gear oleh transmisi DCT 7-kelajuan.

Proton X50 vs Perodua Aruz: Prestasi atau praktikal? 06

Sewaktu pandu uji Perodua Aruz saban hari, enjin 1.5 liter aspirasi natural yang menghasilkan 102 PS dan 133 Nm tork berupaya mencatatkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 15.7 saat. Sebagai perbandingan, Proton X50 mencatatkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 10.47 saat (7.9 saat menurut Proton).

Proton X50 vs Perodua Aruz: Prestasi atau praktikal? 07

Digabungkan dengan platform body-on-frame serta pacuan roda belakang, kuasa enjin yang dipadankan dengan transmisi 4-kelajuan automatic yang cukup lasak ini terasa agak berat dan perlahan.

Pesaing lain

Proton X50 vs Perodua Aruz: Prestasi atau praktikal? 08

Pecabar tedekat kepada Proton X50 ialah Perodua D55L yang bakal dirasmikan tidak lama lagi. Kedua-dua model ini berada dalam kategori yang sama walaupun tren kuasa masih belum diketahui (sama ada enjin 1.5 liter daripada Perodua Myvi atau enjin 1.0 liter 3-silinder turbo daripada saudara kembar Daihatsu Rocky).

Proton X50 vs Perodua Aruz: Prestasi atau praktikal? 09

Berbalik kepada pilihan diantara Proton X50 dan Perodua Aruz, anda boleh mempertimbangkan Perodua Aruz sekiranya anda mengutamakan ruang yang praktikal.

Proton X50 vs Perodua Aruz: Prestasi atau praktikal? 10

Sekiranya anda mengutamakan prestasi dan tidak sabar akan pengumuman harga rasmi, ternyata anda harus mempertimbangkan Proton X50 terutama varian 1.5 TGDI Flagship. Kami akan membuat rebiu penuh tidak lama lagi tetapi sebelum itu, anda boleh melihat ringkasan pemanduan di Sepang oleh rakan kami di bawah.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda