window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton X50 vs Perodua D55L – Patutkah kita bandingkan dua SUV ini?

Mersita · Sep 4, 2020 04:00 PM

Proton X50 vs Perodua D55L – Patutkah kita bandingkan dua SUV ini? 01

Adakah Perodua D55L yang akan datang tergolong dalam SUV segmen A atau segmen B? Adakah ia dalam segmen yang sama dengan Proton X50?

Jawapan pendeknya; ya. Proton X50 dan Perodua D55L boleh dikatakan kategori SUV segmen B. Tapi, ramai juga yang berkata Proton X50 sebenarnya tergolong dalam segmen A. Sebelum anda membidas, kenyataan ini ada benarnya.

Nak tahu kenapa? Teruskan membaca.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Proton X50 vs Perodua D55L – Patutkah kita bandingkan dua SUV ini? 01

Perodua D55L sebenarnya berasaskan daripada Toyota Raize/Daihatsu Rocky dari pasaran Jepun

Apakah maksud kereta Segmen A, B, C, D?

Pengkategorian kenderaan ABCD gaya Eropah seringkali digunakan sebagai kayu ukur untuk saiz atau kapasiti kenderaan penumpang. Tapi, dari segi undang-undang, kategori segmen ABCD ini tak wujud pun. Ia digunakan untuk memudahkan pembeli dan orang awam apabila bercakap tentang jenis kereta.

Proton X50 vs Perodua D55L – Patutkah kita bandingkan dua SUV ini? 02

Garis panduan klasifikasi kenderaan oleh SMMT UK. 3 Series diletakkan di Segmen D bersama Accord

Kebanyakan negara (termasuk Malaysia) yang menggunakan prosedur kelulusan jenis kenderaan gaya Euro untuk mendaftarkan kereta baru menetapkan undang-undang mereka bagi kenderaan penumpang berdasarkan tiga kategori sahaja – M1 (8 tempat duduk kebawah), M2 (8 tempat duduk atau lebih, berat kurang daripada 5 tan), dan juga M3 (8 tempat duduk atau lebih, berat lebih daripada 5 tan). United Nations World Forum for the Harmonization of Vehicle Regulations (WP. 29) hanya mengiktiraf tiga segmen kenderaan penumpang ini.

Proton X50 vs Perodua D55L – Patutkah kita bandingkan dua SUV ini? 03

Beginilah rupa perbandingan Auto Motor Jerman dan Sport segmen D

Jadi, kategori segmen ABCD ini tidak sah digunakan?

Dari segi perundangan dan penguatkuasaan, tidak. Tapi, ini tak bermaksud ia tak boleh digunakan langsung. Kadang-kadang, kita perlu mudahkan fahaman orang awam daripada memeningkan kepala dengan fakta tegar semata.

Suruhanjaya Eropah mencipta kategori segmen kenderaan dalam format ABCD sebagai satu garis panduan mudah bagi orang awam. Mereka tidak menetapkan kriteria spesifik untuk setiap segmen. Oleh itu, kita tak bolehlah kata yang kereta segmen A terhad kepada 4 meter sahaja.

Proton X50 vs Perodua D55L – Patutkah kita bandingkan dua SUV ini? 04

Lagipun, antara panjang keseluruhan kereta dengan jarak roda, jarak roda ialah kriteria yang lebih penting kerana ia akan mempengaruhi dinamik serta ruang kabin kenderaan tersebut secara langsung. Panjang keseluruhan kereta tak begitu penting.

Proton X50 vs Perodua D55L – Patutkah kita bandingkan dua SUV ini? 05

Perodua D55L saiznya besar sedikit daripada Myvi. Oleh itu, ia segmen B.

Kekeliruan tentang had 4 meter bagi kereta segmen A datangnya daripada rujukan kereta pasaran India. Di sana, kereta yang panjangnya kurang daripada 4 meter dikenakan cukai lebih rendah. Semua sedan atau hatchback di India dikategorikan di bawah segmen A, bermula dari A1 hingga A6. Segmen B digunakan untuk kenderaan ‘utility’.

Walaubagaimanapun, Society of Indian Automobile Manufacturers (SIAM) telahpun mencadangkan format pembahagian baharu seperti di bawah.

Proton X50 vs Perodua D55L – Patutkah kita bandingkan dua SUV ini? 06

Kekeliruan bagi had kereta segmen A disebabkan oleh undang-undang ‘cukai 4 meter’ di India.

Perodua D55L ialah kembar kepada Daihatsu Rocky/Toyota Raize pasaran Jepun. Kedua-dua model ini tersepit antara dua segmen yang agak mengelirukan.

Proton X50 vs Perodua D55L – Patutkah kita bandingkan dua SUV ini? 07

Daihatsu Taft ialah SUV segmen A yang tepat di Jepun

Ia hanya besar sedikit daripada ‘kei minicar’ yang dipotong cukai seperti Daihatsu Taft, tapi lebih kecil daripada SUV segmen B biasa seperti Mazda CX-3 atau Toyota Yaris Cross yang terbaru (tiada kaitan dengan Yaris besar di pasaran Thailand).

Raize/Rocky tiada pesaing langsung. Saingan paling rapatnya di Jepun ialah Suzuki Xbee dan Honda Vezel varian rendah yang kita kenali sebagai Honda HR-V.

Proton X50 vs Perodua D55L – Patutkah kita bandingkan dua SUV ini? 08

Dalam konteks Malaysia pula, saiznya paling rapat dengan Perodua Myvi. Pendek kata, Perodua D55L lebih menjurus kepada segmen B berbanding segmen A. Jarak rodanya iaitu 2,520 mm saja dah lebih panjang daripada jarak roda Perodua Myvi.

Proton X50 vs Perodua D55L – Patutkah kita bandingkan dua SUV ini? 09

Semakin banyak kereta sebegini dibuat, rangkaian kereta segmen B hanya akan berkembang menjadi subkategori yang lebih banyak. Anda mungkin akan lihat D55L dikategorikan sebagai produk B bawahan/’lower-B’ manakala X50 pula jadi produk B atasan/’upper-B’, semakin rapat dengan Honda HR-V.

Volkswagen telahpun membuktikan yang segmen ini cukup besar dengan kejayaan T-Roc dan T-Cross di Eropah.

Proton X50 vs Perodua D55L – Patutkah kita bandingkan dua SUV ini? 10

T-Cross ialah produk segmen B bawahan manakala T-Roc pula segmen B atasan.

Jadi, adakah Perodua D55L boleh disaingkan secara adil dengan Proton X50?

Ya dan tidak.

Proton X50 sememangnya produk berkelas lebih tinggi dan ia akan diberi harga yang padan dengan tahapnya. Ia mempunyai enjin 177 PS yang jauh lebih berkuasa, ruang dalaman yang jelas lebih premium dan mewah berbanding Daihatsu Rocky/Toyota Raize yang lebih ‘utilitarian’.

Proton X50 vs Perodua D55L – Patutkah kita bandingkan dua SUV ini? 11

Geely Binyue

Kategori pembeli yang berdolak-dalik antara X50 dan D55L memang tak dapat dielakkan. Permainan beza harga antara Perodua dan Proton tidaklah begitu besar. Kedua-dua jenama kereta nasional ini tak cukup ‘brand elasticity’ untuk melonjakkan harga mereka begitu tinggi sekali.

Proton X50 vs Perodua D55L – Patutkah kita bandingkan dua SUV ini? 12

Anda cukup suka dengan produk Geely/Proton?

Perodua Myvi paling mahal berharga RM 52,697, manakala Perodua Aruz pula RM 73,226. Had paling rendah bagi harga Perodua D55L lebih kurang dalam julat ini.

Proton X50 vs Perodua D55L – Patutkah kita bandingkan dua SUV ini? 13

Mana lagi best, Daihatsu/Perodua atau Geely/Proton?

Kalau nak anggarkan harga X50 pula, Proton X70 paling murah berharga RM 94,800 (harga tanpa SST, sah sehingga 31 Disember 2020). Harga ini lebih kurang had maksima bagi Proton X50. Ia tak boleh lebih tinggi daripada had harga ini kerana ia akan memakan jualan X70.

Proton X50 vs Perodua D55L – Patutkah kita bandingkan dua SUV ini? 14

Bertanya tentang segmen kereta jadi semakin tak relevan

Apa-apa pun, pembeli akan membuat perbandingan berdasarkan bajet dan keperluan mereka. Konsumer tak mengehadkan pilihan mereka hanya pada satu segmen atau stail badan kereta, terutamanya apabila SUV dan sedan/hatchback sekarang diberi harga yang bertindih antara satu sama lain.

Kami juga akan menyesuaikan perbandingan-perbandingan kami untuk menggambarkan trend konsumer terkini.

Hanya segelintir SUV yang dibangunkan dari awal. Hampir semuanya diadaptasikan daripada sedan/hatchback kerana platform modular masa kini yang sangat fleksibel membolehkan pengilang untuk berbuat demikian. Ini membuatkannya lebih sukar untuk mengkategorikan kereta-kereta ini secara spesifik.

Proton X50 vs Perodua D55L – Patutkah kita bandingkan dua SUV ini? 15

Contohnya, Honda HR-V dibina berdasarkan Honda Jazz/City segmen B. Tapi, ia bersaing dengan Subaru XV yang dibangunkan berdasarkan Impreza segmen C selain daripada kereta segmen B seperti Renault Captur. Adakah ini membuatkan HR-V sebuah SUV segmen B, atau segmen C?

Honda CR-V adalah berdasarkan platform Civic segmen C, tapi ia juga bersaing dengan Toyota RAV4 (tanpa mengira cukai Malaysia) yang dibina berdasarkan platform Camry segmen D. Oleh itu, adakah RAV4 sebuah SUV segmen C, atau segmen D? Kedua-dua jawapan ini betul.

Proton X50 vs Perodua D55L – Patutkah kita bandingkan dua SUV ini? 16

Toyota RAV4 – berdasarkan Camry segmen D, bersaing dengan Honda CR-V (tanpa mengira cukai Malaysia) yang dibina berdasarkan Civic segmen C. Maka, adakah ini bermaksud CR-V segmen C, ataupun D?

Volkswagen Tiguan segmen C mempunyai platform MQB yang juga dikongsi dengan Tiguan AllSpace segmen D yang panjang sedikit. Sama juga dengan Volkswagen Atlas segmen E yang ada hanya di AS.

T-Roc yang kami ceritakan tadi jadi satu lagi contoh

T-Roc dibina berdasarkan Golf segmen C, tapi jarak rodanya telah dipendekkan untuk membuatkannya cukup kompak untuk bersaing dengan kereta segmen B lain. Adakah ini bermaksud T-Roc SUV C atau B?

Lagi memeningkan, T-Roc boleh didapati dengan dua jarak roda berbeza - 2,551 mm (Brazil) and 2,650 mm (China).

Proton X50 vs Perodua D55L – Patutkah kita bandingkan dua SUV ini? 17

Toyota menawarkan empat model SUV dalam rangkaian kompak/saiz pertengahan – Harrier, RAV4, C-HR dan Corolla Cross.

Saiz purata SUV semakin besar, menindan segmen tradisional

SUV segmen A dahulunya dihadkan hanya untuk SUV minicar ‘kei’ Jepun – Pajero Mini dan Suzuki Jimny.

Proton X50 vs Perodua D55L – Patutkah kita bandingkan dua SUV ini? 18

Jimny boleh didapati dengan dua saiz lebar badan – lebar kecil spesifikasi ‘kei’ Jepun, dan juga spesifikasi Euro yang lebih lebar (juga dijual di Jepun sebagai Jimny Siera).

Selepas itu, Suzuki menambah varian Jimny Sierra yang lebih lebar badannya. Sama juga seperti Xbee, yang saiznya berada di antara pesaing biasanya, tapi jualannya tetap bagus.

Proton X50 vs Perodua D55L – Patutkah kita bandingkan dua SUV ini? 19

Daihatsu sedar akan perubahan dalam trend pembeli dan ia menyesuaikan posisinya dengan model Rocky. Kita boleh katakan yang saiz SUV semakin berubah bagi semua segmen. Segmen bawahan semakin besar, segmen atasan semakin mengecil – mengisi ruang-ruang ceruk yang tak pernah wujud sebelum ini.

Proton X50 vs Perodua D55L – Patutkah kita bandingkan dua SUV ini? 20

Pembuat kereta membina kenderaan untuk memuaskan kehendak pengguna dan bukannya disebabkan oleh kaedah pembahagian segmen kenderaan yang tak tetap.

Oleh itu, tak perlulah berdebat dalam perbandingan segmen kenderaan, kerana pengguna akan membuat perbandingan sendiri berdasarkan harga dan betapa jauhnya jurang harga kereta pilihan mereka. Inilah sebabnya mengapa pembuat kereta mencipta produk dengan tidak mengambil kira aspek segmen.

Proton X50 vs Perodua D55L – Patutkah kita bandingkan dua SUV ini? 21

Samada Perodua D55L adalah SUV segmen A atau B, itu tak penting. Walau Perodua/Daihatsu pun tiada jawapan jelas bagi persoalan ini. Walaubagaimanapun, mereka sudah ada gambaran jelas tentang sasaran pembeli mereka, itu yang penting.

Jika anda mahukan satu jawapan yang boleh diterima-pakai, pendapat kami ialah D55L sepatutnya SUV segmen B. Agak pelik bagi kami untuk rumuskan yang kereta yang mempunyai jarak roda lebih panjang berbanding Myvi sebagai kereta segmen A. Bagi persoalan samada patut atau tidak D55L dibandingkan dengan X50, jawapannya ya, kerana harga kedua-dua kereta ini takkan jauh bezanya.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda