window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton X50 vs. Perodua D55L: Apakah perbezaan dari segi saiznya?

Mersita · Aug 11, 2020 09:00 PM

Proton X50 vs. Perodua D55L: Apakah perbezaan dari segi saiznya? 01

Proton X50 dan Perodua D55L adalah dua model hangat yang sering dibualkan di Malaysia pada tahun ini. Walaupun kedua-dua SUV ini belum lagi dilancarkan, perbandingan antaranya sudah bermula sejak Daihatsu Rocky/Toyota Raize (Perodua D55L di Jepun) mula dilihat di 2019 Tokyo Motor Show.

Tapi, apakah perbezaan saiz antara dua SUV popular ini?

Proton X50 vs. Perodua D55L: Apakah perbezaan dari segi saiznya? 02

Walaupun kedua-dua SUV ini dikatakan akan menjadi “pesaing terkuat” dalam pasaran SUV segmen B nanti, perbezaan saiz Proton X50 dan Perodua D55L agak ketara.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kalau anda ingat, kami pernah membandingkan D55L bersebelahan dengan Perodua Myvi dahulu dan kami perasan yang kedua-dua kereta ini tak banyak bezanya dari segi saiz.

Panjang

D55L berukuran 3,995 mm panjang, berbanding dengan Proton X50 yang berukuran 4,330 mm panjang – dimana D55L 335 mm lebih pendek.

Proton X50 vs. Perodua D55L: Apakah perbezaan dari segi saiznya? 01

Lebar

Dari segi lebarnya pula, X50 berukuran 1,800 mm. Ternyata yang X50 sebenarnya lebih lebar berbanding SUV segmen B paling laris di Malaysia sekarang iaitu Honda HR-V (1,790 mm)! Manakala, D55L lebih kecil - berukuran 1,695 mm lebar.

Tapi, jangan terlalu cepat membuat kesimpulan yang kereta berbadan lebar mempunyai ruang dalaman yang lebih besar. Anda mungkin akan terkejut melihat bagaimana Daihatsu boleh membuat ruang dalaman yang besar pada D55L nanti.

Proton X50 vs. Perodua D55L: Apakah perbezaan dari segi saiznya? 02

Tinggi & Ruang Bawah Kereta

Yang menariknya, antara Proton X50 dan Perodua D55L, D55L mempunyai badan yang lebih tinggi (1,620 mm) berbanding X50 (1,609 mm). Tapi, dari segi ruang jarak bawah kereta dengan tanah, X50 mempunyai jarak lebih luas iaitu 196 mm berbanding D55L yang mempunyai jarak 185 mm.

Nampak gayanya, D55L akan mempunyai ruang kepala yang lebih luas bagi penumpang dan ini memudahkan proses keluar-masuk kereta.

Proton X50 vs. Perodua D55L: Apakah perbezaan dari segi saiznya? 03

Jarak Roda

Walaupun X50 lebih panjang daripada D55L, perbezaan jarak roda antara kedua-dua SUV ini hanyalah 80 mm; X50 (2,600 mm) lawan D55L (2,520 mm). Secara komparatifnya, jarak roda Proton agak pendek bagi panjang badannya – lebih pendek berbanding HR-V (2,610 mm) walaupun HR-V lebih panjang sedikit dalam 4 mm secara keseluruhannya.

Proton X50 vs. Perodua D55L: Apakah perbezaan dari segi saiznya? 04

Kapasiti But / Ruang Simpanan

Malangnya, kedua-dua SUV ini kecundang dari segi ruang but. Walaupun D55L lebih kecil, ia mempunyai ruang but yang lebih besar iaitu 369 liter manakala X50 hanya mempunyai 330 liter. Ini boleh jadi disebabkan oleh ruang simpanan but 2 tingkat yang unik di dalam D55L.

Proton X50 vs. Perodua D55L: Apakah perbezaan dari segi saiznya? 05

Walaupun kedua-dua kereta ini akan bersaing dalam segmen yang sama apabila ia dilancarkan secara rasmi nanti, saiznya memang ada banyak perbezaan. Apabila D55L dilancarkan di Malaysia kelak, kereta Perodua ini akan menjadi SUV segmen B yang paling kecil di kalangan saingannya. Di samping itu, X50 pula akan berada di tengah-tengah antara Mazda CX-3 dan Honda HR-V.

Kami pasti yang Proton akan melancarkan Proton X50 tidak lama lagi kerana kereta tersebut telah beberapa kali dilihat dipandu-uji di jalanraya. Manakala bagi Perodua D55L pula, ia dijangka dilancarkan pada awal tahun 2021.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda