Kehadiran 2 model SUV Proton telah membawa gelombang baru pasaran SUV ke Malaysia. Proton X70 dan Proton X50 kedua-duanya merupakan sebuah produk yang bagus dengan harga terendah berbanding pesaing lain.
Di sini, kami akan mengulas satu-persatu mengenai perbezaan 2 model SUV ini sebagai panduan anda untuk memilih SUV kegemaran Malaysia!
Pasaran Malaysia memang dipenuhi dengan sentimen harga. Jangkaan awal, tiada pertindihan harga yang akan berlaku tapi nampaknya Proton tidak teragak-agak untuk meletakkan 2 SUV ini dalam suatu pertindihan harga.
Harga Proton X70 vs Proton X50 | |
---|---|
Proton X70 | Proton X50 |
- |
1.5 Standard RM 79,200 |
- |
1.5 Executive RM 84,800 |
1.8 Standard RM 89,800 |
1.5 Premium RM 93,200 |
1.8 Executive RM 101,000 |
1.5 Flagship RM 103,300 |
1.8 Premium RM 113,101 |
- |
1.8 Premium X RM 115,800 |
- |
Harga atas jalan, tanpa cukai SST sehingga 30 Jun 2020 |
Dalam julat harga sekitar RM 90,000 - RM 103,000, anda perlu memilih antara Proton X70 spesifikasi rendah atau Proton X50 spesifikasi tinggi.
Jadi aspek apa lagi yang menjadi faktor pembelian anda?
Perbezaan ruang antara Proton X70 dan Proton X50 jauh berbeza walaupun hanya berbeza 1 segmen. Jika ruang menjadi faktor pembelian anda, Proton X70 dijamin tidak mengecewakan.
Proton X50 lebih sesuai bagi pembeli yang berjiwa lebih muda dan ranggi, di mana ruang bukanlah faktor utama. Keluarga memerlukan ruang tetapi pemuda-pemudi tidak memerlukan ruang yang besar.
Perbezaan dimensi Proton X70 vs Proton X50 | ||
---|---|---|
Dimensi | Proton X70 | Proton X50 |
Panjang | 4,519 mm | 4,330 mm |
Lebar | 1,831 mm | 1,800 mm |
Tinggi | 1,694 mm | 1,609 mm |
Jarak Roda | 2,670 mm | 2,600 mm |
Berat | 1,675 kg | 1,370 kg |
Ruang yang besar juga adalah keselesaan dan ini juga faktor yang penting bagi pembeli-pembeli yang lebih matang.
Pilihan enjin pada kedua-dua SUV juga sesuai tetapi kelebihan pada Proton X50, enjin terasa lebih berkuasa berbanding Proton X70 yang berorientasikan keselesaan.
Spesifikasi enjin Proton X70 vs Proton X50 | |
---|---|
Proton X70 | Proton X50 |
- 4 silinder, 1.8-liter turbocharged (Direct Injection) TGDi 184 PS / 300 Nm
|
- 3 silinder, 1.5-liter turbocharged (Direct Injection) TGDi 177 PS / 255 Nm - 3 silinder 1.5 liter turbocharged (Multi Port Injection) TMPi 150 PS / 226 Nm
|
Kedua-duanya menggunakan transmisi DCT 7 kelajuan dan dipacu oleh roda hadapan tetapi perbezaan pada Proton X50 adalah ia mempunyai pemetaan ECU yang lebih agresif.
Model Proton X50 selain daripada varian paling tinggi pula menggunakan enjin 1.5 liter TMPi. Ia tidak terasa seperti suatu penurunan prestasi yang mendadak, malah tetap mengekalkan karakter sporty yang ditonjolkan pada varian Flagship.
Rekaan Proton X70 adalah hasil daripada sentuhan pereka terkenal, Peter Horbury yang telah merangkul anugerah dan pengiktirafan global. Melihat rekaan beliau daripada perspektif perniagaan, rekaan Proton X70 nampak lebih malar segar dan elegan. Sesuai dengan reputasi perekanya.
Proton X50 pula mengambil rekaan yang lebih agresif dan muda. Ini disahkan oleh Guy Burgoyne, Ketua Bahagian Rekaan Geely di Shanghai,China. Studio Geely tersebut diwakili oleh 21 warganegara dari seluruh dunia, termasuklah Malaysia.
Sebelum pelancaran, Proton X50 sudah pun menggegarkan negara dengan gambar intipan rekaan dalaman ala-ala kokpit jet pejuang, suatu trend rekaan yang sangat baru dalam industri automotif negara.
Apa yang kami sukai mengenai kabin Proton X50 adalah penampilan yang moden secara keseluruhan, bumbung gelap, sistem infotainment skrin sesentuh terapung, stereng jenis rata bahagian bawah dan juga kluster instrumen digital penuh.
Kekurangan kabin dalaman Proton X50 adalah tempat duduknya terasa kurang berkualiti dan kekurangan sokongan paha bahagian pemandu.
Hal ini menjadikan pemanduan jarak jauh lebih memenatkan. Selain itu, kualiti audio sekadar memuaskan di samping kabin penuh dengan plastik keras dan bahan yang terasa murah.
Proton X70 pula jauh lebih baik. Rekaan kabin yang lebih matang dengan pemilihan bahan kemasan yang bagus seperti kulit Nappa dan pembesar audio Kenwood sememangnya menjadikan Proton X70 terasa mewah.
Harus dipuji, bahagian-bahagian titik sentuh lebih banyak menggunakan bahan yang terasa mewah di tangan seperti logam, kulit dan plastik lembut. Ini menunjukkan pemilihan kemasan kabin yang lebih berfikir.
Jika anda melihat dari sudut pandang bahagian sisi Proton X50, rekaan garis bumbung mencapah ke bawah. Kesannya, kapasiti but belakang SUV segmen B ini terpaksa dikompromi.
Perbandingan kapasiti but belakang Proton X50 dan Proton X70 adalah seperti berikut, dengan model SUV Honda sebagai konteks:
Model | Kapasiti (liter) |
Proton X70 | 512 |
Proton X50 | 330 |
Honda CR-V | 522 |
Honda HR-V | 404 |
Proton X70 ditawarkan dengan fungsi powered tailgate bermula dari varian Executive (kedua rendah) manakala Proton X50 memerlukan pakej tambahan untuk fungsi yang sama. Proton X70 tampak lebih lengkap dengan ciri-ciri praktikal sedangkan ia dilancarkan jauh lebih awal.
Kedua-duanya mempunyai karakter pemanduan yang berbeza. Proton X50 mementingkan kuasa dan sesuai dengan karakter pemanduan yang agresif.
Kedua-dua model ditala dengan sistem suspensi yang sempurna, apatah lagi dengan talaan Proton Ride & Handling yang menepati citarasa rakyat Malaysia.
Proton X70 pula memberikan anda keselesaan yang optimum. Ia mengambil sedikit masa untuk menukar gear berbanding Proton X50 tetapi penukaran gear tetap lancar. Ini memberikan anda suatu pemanduan yang lebih relaks.
Ciri Keselamatan yang sama
Sistem bantuan pemandu ADAS hanya terdapat pada varian paling tinggi Proton X50 dan 2 varian teratas Proton X70. Hal ini bermakna, dalam julat harga RM 90k - RM 103K, hanya Proton X50 Flagship sahaja yang mempunyai ADAS.
Proton X70 dan Proton X50 berkongsi fungsi keselamatan berikut (mengikut varian):
Sebagai sebuah model yang lebih terkini, Proton X50 turut dilengkapi dengan sistem parkir autonomi (Auto Parking Assist) dan Intelligent Cruise Control (ICC).
Fungsi ICC lebih baik dan berfungsi dalam kelajuan dari 0 - 150 km/j. Ia juga mampu berfungsi bersama-sama dengan ciri Steering Assist yang membetulkan stereng ke landasan. Fungsi ini tiada pada Proton X70.
Kedua-duanya ada kekuatan masing-masing. Proton X70 menang dalam aspek ruang, keselesaan dan praktikaliti manakala Proton X50 dilengkapi dengan teknologi terkini dan rekaan yang lebih menarik.
Kami masih mempunyai banyak artikel mengenai 2 SUV kegemaran Malaysia ini jadi jangan lupa semak tab 'News' untuk lebih maklumat lanjut!
Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!
2022 Proton X70 1.5 TGDi Standard 2WD
Upgrade
Add your car
2022 Proton X70 TGDI Executive 1.5
Komen