window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton X70 baharu tahun 2022 bakal ditawarkan dengan enjin 1.5 liter turbo, kongsi dengan X50!

Haris · Dec 13, 2021 06:00 PM

Proton X70 baharu tahun 2022 bakal ditawarkan dengan enjin 1.5 liter turbo, kongsi dengan X50! 01

  • Bakal dilancarkan pertengahan tahun 2022
  • Kurang kuasa, tapi lebih penjimatan

Garis penamat semakin menghampiri unit enjin 1.8 liter turbocaj TGDi yang dipasang pada Proton X70, dengan pertengahan tahun 2022 dijangka menjadi tempoh akhir. Unit enjin yang telah lama berkhidmat ini akan dimansuhkan secara berperingkat dan akan ditukarkan kepada unit enjin 1.5 liter turbocaj yang lebih terkini dengan sesaran yang lebih kecil.

Proton X70 baharu tahun 2022 bakal ditawarkan dengan enjin 1.5 liter turbo, kongsi dengan X50! 02

Bila Proton X70 2022 bakal dilancarkan?

Menurut sumber yang arif dengan perkara tersebut, Proton X70 1.5 liter turbo baharu berkemungkinan besar akan dilancarkan pada pertengahan tahun 2022.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Beberapa petanda adalah dirujuk: Proton X70 pemasangan tempatan (CKD) telah dilancarkan pada Februari 2020. Berdasarkan kitaran hayat produk 2.5 tahun sebelum model facelift tiba, pertengahan tahun 2022 ialah jangka masa terbaik untuk ketibaan Proton X70 yang dikemas kini.

Proton X70 baharu tahun 2022 bakal ditawarkan dengan enjin 1.5 liter turbo, kongsi dengan X50! 01

Pada masa ini, enjin 1.5 liter telah dipasang untuk Proton X70 pasaran eksport, meliputi pasaran Pakistan, Kenya, Nepal dan Bangladesh. Kesemua ini memberi petanda bahawa enjin tersebut boleh digunakan pada Proton X70 dan pasaran Malaysia hanya menunggu masa sebelum ia ditawarkan.

Baca: Proton X70 sudah tiba di Pakistan! Enjin lebih kecil, 1.5L seperti X50

Proton X70 baharu tahun 2022 bakal ditawarkan dengan enjin 1.5 liter turbo, kongsi dengan X50! 02

Malah, adalah lebih baik untuk Proton menawarkan enjin 1.5 liter ke dalam Proton X70 spesifikasi Malaysia. Hal ini kerana ia bakal menyelaraskan pengeluaran di kilang Tanjung Malim dengan lebih bersepadu. Setakat ini, hanya Proton X70 spesifikasi Malaysia yang dipasang dengan enjin 1.8 liter yang lebih besar. Ura-ura Proton X70 pasaran Thailand akan datang juga bakal menggunakan enjin 1.5 liter.

Proton X70 baharu tahun 2022 bakal ditawarkan dengan enjin 1.5 liter turbo, kongsi dengan X50! 03

Adakah ia enjin yang sama dengan Proton X50?

Ya, ia adalah enjin 1.5 liter turbocaj yang sama daripada Proton X50 yang lebih kecil.

Enjin 1.8 liter yang lebih besar menghasilkan 184 PS dan 300 Nm, manakala enjin 1.5 liter yang lebih kecil menghasilkan 177 PS dan 255 Nm.

Adakah enjin 1.5-liter kurang berkuasa?

Berbanding dengan enjin sekarang, enjin baharu tersebut akan menurunkan sebanyak 7 PS kuasa kuda dan 45 Nm tork. Berbanding dengan penjimatan yang ditawarkan dari segi cukai jalan dan penggunaan minyak, ia mungkin suatu langkah yang lebih baik untuk pasaran Malaysia yang sensitif kos.

Bagaimana dengan transmisi?

Proton X70 baharu tahun 2022 bakal ditawarkan dengan enjin 1.5 liter turbo, kongsi dengan X50! 04

Transmisi dwi klac 7-kelajuan dijangka kekal tidak berubah dari sebelumnya, dengan pacuan roda hadapan turut dikekalkan. Varian pacuan semua roda (AWD) telah dihentikan di Malaysia kerana jualan yang tidak memberangsangkan.

Selain daripada enjin baharu, pengguna juga boleh menjangkakan Proton X70 yang dikemas kini juga mendapat beberapa penambahbaikan rekaan kecil.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Proton X70 1.5 TGDi Premium X 2WD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda