window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton X70 generasi baru? Geely FX11 berasaskan platform CMA didedahkan, tidak akan dipanggil Boyue?

Zamil Syaheer Β· Jul 12, 2022 07:00 PM

Proton X70 generasi baru? Geely FX11 berasaskan platform CMA didedahkan, tidak akan dipanggil Boyue? 01

Menjelang penampilan sulung Geely Boyue generasi seterusnya lewat tahun ini, SUV segmen C baru ini telahpun didedahkan sepenuhnya, memberikan kita pandangan yang baik tentang bahasa reka bentuk terkini Geely.

Proton X70 generasi baru? Geely FX11 berasaskan platform CMA didedahkan, tidak akan dipanggil Boyue? 02

Pertama sekali, mari kita lihat fasia hadapan baru ini. Reka bentuk ini dipratonton pada Geely Vision Starburst. Boyue generasi seterusnya, yang diberi nama kod FX11, mungkin akan menjadi model pertama yang menggunakan bahasa reka bentuk baru syarikat dari China itu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca juga: Geely Vision Starburst pertonton idea dan konsep rekaan model akan datang

Proton X70 generasi baru? Geely FX11 berasaskan platform CMA didedahkan, tidak akan dipanggil Boyue? 01

Oleh itu, ia mendapat bahagian hadapan yang sangat unik, dengan elemen pencahayaan ditolak ke bahagian paling tepi SUV, manakala gril hadapan yang besar memenuhi selebihnya.

Baca juga: Proton X70 generasi seterusnya? Geely Boyue 2022 serba baru dilihat buat kali pertama, platform CMA

Proton X70 generasi baru? Geely FX11 berasaskan platform CMA didedahkan, tidak akan dipanggil Boyue? 02

Eleman yang unik ini juga diterjemahkan di bahagian belakang FX11 dengan garisan dan lipatan tajam. Pandang sekali lagi, dan anda boleh melihat rupa Hyundai Stargazer pada reka bentuk lampu belakang, betul tak?

Baca juga: Bakal tiba di Malaysia, MPV Hyundai Stargazer kini terdedah dengan lebih jelas!

Proton X70 generasi baru? Geely FX11 berasaskan platform CMA didedahkan, tidak akan dipanggil Boyue? 03

Menariknya, aksara Cina di sudut kanan bawah pintu belakang tidak menyatakan 博袊 (Boyue), sebaliknya bermula dengan 星 (Xing). Adakah Geely bakal menggugurkan tanda nama Boyue yang telah lama berkhidmat dengan nama yang lebih baharu, mungkin diilhamkan oleh model seperti Xingyue (星袊)?

Proton X70 generasi baru? Geely FX11 berasaskan platform CMA didedahkan, tidak akan dipanggil Boyue? 04

Dari segi trenkuasa, media China menyebut bahawa FX11 boleh dikuasakan oleh enjin petrol 2.0 liter 4-silinder pengecas turbo yang terdapat dalam Xingyue L. Selain itu, rangkaian kuasa hibrid petrol-elektrik Hi.X Geely juga dijangka akan dipasang pada Boyue generasi seterusnya.

Baca juga: Spyshot: Pandang pertama ruang dalam Geely Boyue 2022 serba baru, skrin menegak ala-Mercedes?

Adakah Proton X70 generasi semasa bakal digantikan?

Proton X70 generasi baru? Geely FX11 berasaskan platform CMA didedahkan, tidak akan dipanggil Boyue? 05

Sebagai rangkuman, Proton X70 mengambil asas Geely Boyue. Oleh itu, hanya menunggu masa sahaja sebelum Proton X70 generasi kedua berasaskan platform CMA muncul di Malaysia.

Kerja pemasangan tempatan (CKD) Proton X70 bermula di kilang Tanjung Malim pada akhir 2019, sebelum mula dijual kepada umum pada Februari 2020, kurang sebulan sebelum Covid-19 mendatangkan malapetaka pada rancangan Proton.

Oleh itu, Proton X70 generasi semasa berkemungkinan akan bertahan sekurang-kurangnya 5 tahun akan datang. Oleh itu, Proton boleh melangkau FX11 Boyue dan pergi terus ke model facelift, mungkin pada 2025.

@wapcar_zamil Amacam gang, baloi beli ke tidak? #protonx70 #carmalaysia #learnontiktok #fypmalaysia #tahukahanda #x70 #malaysia ♬ Despair (ζŠ–ιŸ³ηƒ­ζ’­) - 初撦

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Proton X70 1.5 TGDi Premium X 2WD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda