window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton X70 SE 2021 edisi istimewa rasmi dilancarkan – RM 123,800, 2,000 unit sahaja!

Faisal · Jul 22, 2021 11:20 AM

Proton X70 SE 2021 edisi istimewa rasmi dilancarkan – RM 123,800, 2,000 unit sahaja! 01

Setelah beberapa kali tertular, Proton X70 SE Special Edition 2021 dengan rasminya dilancarkan ke pasaran kita. Proton X70 edisi istimewa ini ditawarkan pada harga RM 123,800 (harga CKD atas jalan, tanpa insurans, termasuk pengecualian cukai SST sehingga 31 Disember 2021, dan waranti 5 tahun tanpa had perbatuan).

Eksterior

Proton X70 SE 2021 edisi istimewa rasmi dilancarkan – RM 123,800, 2,000 unit sahaja! 02

Umumnya, spesifikasi dan kelengkapan yang ada pada Proton X70 SE mirip varian Premium. Tetapi sebagai edisi istimewa, ia datang dengan roda 19 inci dwi-tona yang sama dengan Geely Boyue Pro. Bahagian luarannya turut hadir dengan cermin sisi, spoiler dan bumbung yang berwarna hitam untuk memberikan visual ala dwi-tona. Lencana “SE” juga diperlihatkan pada bahagian belakang.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Proton X70 SE 2021 edisi istimewa rasmi dilancarkan – RM 123,800, 2,000 unit sahaja! 01

Model yang istimewa ini turut ditawarkan eksklusif dengan pilihan warna Ruby Red dan Ocean Blue seperti yang terdapat pada Proton X50.

Interior

Proton X70 SE 2021 edisi istimewa rasmi dilancarkan – RM 123,800, 2,000 unit sahaja! 02

Beralih ke bahagian dalam, Proton X70 SE didatangkan unik dengan kemasan pintu, perehat tangan, dan kerusi kulit Nappa yang berwarna hitam (varian Premium dan Premium X menggunakan warna coklat). Tempat duduknya juga mempunyai unsur jahitan berwarna putih dan merah. Bahagian sterengnya turut hadir dengan elemen Jahitan berwarna putih. Trim aluminium yang digunakan pada bahagian kabin juga lebih gelap berbanding varian lain.

Proton X70 SE 2021 edisi istimewa rasmi dilancarkan – RM 123,800, 2,000 unit sahaja! 03

Sebagai edisi khas, sentuhan lencana SE juga beransur pada bahagian karpet. Selain daripada itu, kelengkapan yang didatangkan pada Proton X70 SE mirip spec Premium yang mana ia hadir dengan ciri seperti:

  • But belakang berkuasa dengan operasi bebas tangan
  • Kawalan suara pintar
  • Sistem bunyi Kenwood dengan 9 pembesar suara
  • Tyre Pressure Monitoring System
  • Kamera 360-darjah

Proton X70 SE 2021 edisi istimewa rasmi dilancarkan – RM 123,800, 2,000 unit sahaja! 04

Trenkuasa

Sama seperti Proton X70 CKD, varian SE ini juga dikuasakan oleh enjin 1.8L turbo 4 silinder (181 PS, 300 Nm tork) yang mana ia dipadankan dengan transmisi DCT 7 kelajuan klac basah. Ia kekal dengan pacuan roda depan seperti varian Premium dan premium X.

Proton X70 SE 2021 edisi istimewa rasmi dilancarkan – RM 123,800, 2,000 unit sahaja! 05

Ciri keselamatan

Proton X70 SE dilengkapkan dengan sistem bantuan keselamatan ADAS yang merangkumi ciri seperti:

  • Autonomous Emergency Braking (AEB)
  • Forward Collision Warning (FCW)
  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Blind Spot Information System (BLIS)
  • Door Opening Warning System (DOW)
  • Intelligent High Beam Control (HBC)

Proton X70 SE 2021 edisi istimewa rasmi dilancarkan – RM 123,800, 2,000 unit sahaja! 06

Untuk anda yang berminat, bolehlah buat tempahan secara dalam talian melalui laman sesawang rasmi Proton. Apapun, perlu dimaklumkan bahawa Proton X70 edisi istimewa ini hanya terhad kepada 2,000 unit sahaja.

Secara keseluruhan, harga Proton X70 adalah seperti berikut:

Harga Proton X70 mengikut varian
Varian Harga (RM)
1.8 Standard 2WD 94,800
1.8 Executive 2WD 106,800
1.8 Premium 2WD 119,800
1.8 Premium X 2WD 122,800
SE 123,800

Juga bacaRebiu: Proton X70 Premium X CKD, mampu kembalikan kepercayaan terhadap Proton?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Proton X70 1.5 TGDi Premium X 2WD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda