window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton X70 versi sporty? Imej Geely Boyue Cool jadi tarikan sebelum pelancaran rasmi!

Haris · Mar 29, 2023 06:00 PM

Proton X70 versi sporty? Imej Geely Boyue Cool jadi tarikan sebelum pelancaran rasmi! 01

Beberapa hari yang lalu, imej rasmi Geely Boyue Cool telah didedahkan secara rasmi. SUV baharu itu merupakan model Geely Boyue (Proton X70) generasi baharu dengan pelancaran rasmi dijangka awal April dan akan mula dijual pada separuh pertama tahun ini.

Model siri Boyue mempunyai beberapa sub-model misalnya Geely Boyue L dan Geely Boyue Cool seperti yang dipertontonkan ini. Menariknya, Geely Binyue (Proton X50) generasi baharu juga mempunyai variasi Cool ini.

Proton X70 versi sporty? Imej Geely Boyue Cool jadi tarikan sebelum pelancaran rasmi! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dari segi penampilan, SUV baharu ini menggunakan gaya reka bentuk keluarga baru, dan gril "perisai" diletakkan pada garisan atas bahagian tengah sebagai pusat matriks titik berbentuk V, membawa kesan visual yang lebih baik. Di samping itu, gugusan lampu depan LED berbentuk Y juga menjadikan muka depan kelihatan sangat agresif.

Proton X70 versi sporty? Imej Geely Boyue Cool jadi tarikan sebelum pelancaran rasmi! 01

Bergerak ke bahagian sisi pula, 2 garis badan yang bertemu membawakan karakter sporty yang kuat. Dari segi dimensi, Geely Boyue Cool mempunyai panjang, lebar dan ketinggian 4510/1865/1650 mm masing-masing, dan jarak roda 2701 mm.

Baca: Geely Binyue Cool dengan enjin 4-silinder 1.5 Turbo, apa lagi kekurangan X50 selain silinder?

Proton X70 versi sporty? Imej Geely Boyue Cool jadi tarikan sebelum pelancaran rasmi! 02

Di bahagian belakang, lampu ekor LED tajam tiga mata menghiasi garis badan di muka belakang. Pada masa yang sama, spoiler bersaiz besar dan sejumlah empat ekzos di kedua-dua belah pihak meningkatkan lagi imej sporty yang dibawakan SUV ini.

Proton X70 versi sporty? Imej Geely Boyue Cool jadi tarikan sebelum pelancaran rasmi! 03

Berdasarkan maklumat pengisytiharan sebelum ini daripada laman web kementerian di China, kuasa datang daripada enjin 4-silinder 1.5TD yang dibangunkan bersama oleh Volvo dan Geely dengan kuasa maksimum 181 PS, dipadankan dengan transmisi automatik DCT 7-kelajuan.

Baca: Laju betul! Sebanyak 10,000 Unit Geely Boyue L telah dihasilkan, hanya 43 hari sejak pengeluaran dimulakan!

Proton X70 versi sporty? Imej Geely Boyue Cool jadi tarikan sebelum pelancaran rasmi! 04

Kabin dalamannya dikhabarkan mempunyai panel instrumen mendatar LCD penuh, lampu ambien, stereng yang direka semula dan sistem pengecaman wajah. Menariknya, portal media China memanggilnya sebagai "Boyue MINI" kerana ia dilihat bersaing dengan model SUV kompak lain seperti Nissan Qashqai dan Chery Omoda 5.

Baca: Geely Boyue L baharu dilancarkan - harga meningkat 22 peratus, terlalu mahal untuk jadi Proton X70 baharu?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2018 Geely Bin Yue G-power 200T

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda