window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton X90 - gambaran awal bakal SUV 7 penumpang dari Proton?

Haris · Dec 26, 2020 11:59 AM

Proton X90 - gambaran awal bakal SUV 7 penumpang dari Proton? 01

Proton dijangka akan mengeluarkan sebuah lagi model berdasarkan rebadge Geely, seperti mana yang termaktub dalam perjanjian Geely-Proton.

2 model sebelum ini telah pun direalisasikan iaitu Proton X70 daripada Geely Boyue manakala Proton X50 daripada Geely Bin Yue.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Proton X90 - gambaran awal bakal SUV 7 penumpang dari Proton? 01

Walaubagaimanapun, Geely Jiaji yang juga termasuk dalam perjanjian yang sama berkemungkinan besar tidak dapat direalisasikan.

Hal ini kerana perjanjian tersebut akan tamat pada tahun 2020 dan tiada sebarang berita mengenai perjanjian tersebut akan dipanjangkan.

Proton X90 - gambaran awal bakal SUV 7 penumpang dari Proton? 02

Tambahan pula, menurut sumber daripada Proton, kajian pasaran mendapati bahawa pasaran MPV semakin mengecil. Oleh itu, tidak berbaloi untuk Proton mengeluarkan sebuah model untuk sebuah pasaran yang mengecil.

Walaubagaimanapun, sebuah calon yang lebih sesuai kini disebut-sebut.

Proton X90 - gambaran awal bakal SUV 7 penumpang dari Proton? 03

Calon tersebut adalah Geely Houyue, SUV 7 penumpang daripada Geely yang sudah pun dipasarkan di pasaran Filipina. Di sana ia dikenali dengan nama Geely Okavango tetapi ‘okavango’ mempunyai konotasi yang salah di Malaysia.

Artis Wapcar, Arif Chan telah menghasilkan sebuah imej gambaran Proton X90 berdasarkan Geely Houyue.

Proton X90 - gambaran awal bakal SUV 7 penumpang dari Proton? 04

Sudah tentu, gril hadapan Infinite Weave dipasangkan pada bahagian hadapan dengan rim berdasarkan rekaan model Geely. Hasilnya adalah seperti yang anda lihat.

Proton X90 - gambaran awal bakal SUV 7 penumpang dari Proton? 05

Di China, Geely Haoyue hadir dengan dua pilihan enjin - 1.5 TGDi yang digunakan pada Proton X50, atau 1.8 TGDi yang digunakan pada Proton X70, seperti biasa, digangdingkan dengan transmisi automatik dual-clutch 7-kelajuan.

Proton X90 - gambaran awal bakal SUV 7 penumpang dari Proton? 06

SUV 7 penumpang baharu oleh Proton ini dijangka akan menyaingi model SUV seperti Mazda CX-8 dan Hyundai Santa Fe

Proton X90 - gambaran awal bakal SUV 7 penumpang dari Proton? 07

Ruang adalah premium dan ini akan ditonjolkan dengan lebih jelas pada Proton X90. Geely Houyue dilaporkan dapat memuatkan seorang dewasa berketinggian 190 cm pada baris ketiga. Ini merupakan sesuatu yang tidak dapat dilakukan dalam SUV 7 penumpang yang lain.

Proton X90 - gambaran awal bakal SUV 7 penumpang dari Proton? 08

Bahagian dalam Geely Houyue

Proton X90 dijangka akan hadir sekitar akhir tahun 2022. Kesemua maklumat awal masih dalam spekulasi namun ia kuat menuju ke arah Geely Houyue. Jika pasaran MPV semakin mengecil, adakah pembeli akan beralih arah ke SUV 7 penumpang? Nyatakan pendapat anda.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

Proton X90 1.5TGDI BSG Standard 2023

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda