window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton X90 mungkin dilancar sebelum Raya - hibrid MHEV berkuasa 190PS/300 Nm menanti, 7 tempat duduk, 4 varian

Faisal · Mar 6, 2023 02:00 PM

Proton X90 mungkin dilancar sebelum Raya - hibrid MHEV berkuasa 190PS/300 Nm menanti, 7 tempat duduk, 4 varian 01

Kredit foto: Adi Arfan.
  • Proton X90 mungkin debut seawal suku 2 2023
  • Dikatakan sebagai hibrid pertama Proton
  • 7 tempat duduk, 4 varian

Setelah hampir 2 tahun berlegar di tanah air kita, Proton X90 nampaknya menghampiri detik pelancaran.

Menurut pelbagai sumber, Proton akan merasmikan X90 seawal suku 2 2023.

Proton X90 mungkin dilancar sebelum Raya - hibrid MHEV berkuasa 190PS/300 Nm menanti, 7 tempat duduk, 4 varian 02

Seperti yang pernah kami laporkan, X90 mungkin menjadi hibrid pertama jenama Proton. Apapun, teknologi yang diperkatakan adalah hibrid sederhana (MHEV) 48V, bukannya sistem hibrid penuh seperti yang diguna pada Toyota Corolla Cross mahupun Honda HR-V.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Proton X90 mungkin dilancar sebelum Raya - hibrid MHEV berkuasa 190PS/300 Nm menanti, 7 tempat duduk, 4 varian 01

Enjin 1.5 TGDi dengan BSG ini dipaparkan di COE Proton.

Kalau anda nak tahu, Proton di ibu pejabatnya ada memaparkan sebuah enjin yang bernadikan 1.5L turbo dengan BSG (belt starter generator). Ia diperlihatkan di Gallery of Inspiration dekat Proton Centre of Excellence.

Juga bacaProton X90 berkemungkinan menjadi hibrid pertama Proton, siap ada acah sistem hibrid MHEV di COE

Proton X90 mungkin dilancar sebelum Raya - hibrid MHEV berkuasa 190PS/300 Nm menanti, 7 tempat duduk, 4 varian 02

Kredit foto: CW Awei & Shahenshah David Iqi.

Dari segi teknikal, BSG adalah sistem hibrid sederhana (MHEV) 48V milik Geely, lebih kurang sama dengan sistem ISG (integrated starter generator) 48V dari Mercedes-Benz. Secara amnya, BSG boleh menjana tenaga sewaktu melahu (tetapi tiada brek regeneratif macam hibrid penuh) dan boleh membantu memberi tenaga tambahan singkat sewaktu memecut.

Proton X90 mungkin dilancar sebelum Raya - hibrid MHEV berkuasa 190PS/300 Nm menanti, 7 tempat duduk, 4 varian 03

Kredit foto: Sam Ho.

Menurut laporan dari Funtasticko, enjin yang bakal menguasai Proton X90 ini menghasilkan 190 PS dan 300 Nm tork. Penghantaran kuasanya dijangka ke roda depan melalui transmisi DCT 7 kelajuan.

Kata mereka juga, Proton akan menawarkan 4 varian iaitu Standard, Executive, Premium dan Flagship, susunan sama yang dibuat pada Proton X50.

Menariknya, sumber sama juga memaklumkan bahawa terdapat 6 pilihan warna yang pembeli boleh pilih iaitu Snow White, Armour Silver, Jet Grey, Cinnamon Brown, Space Grey dan Deep Marine Blue.

Juga bacaSpyshot: Imej kabin dalaman Proton X90 tertiris, tiada gimik dan lebih praktikal!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

Proton X90 1.5TGDI BSG Standard 2023

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda