window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton X90, sebuah lagi SUV untuk Proton. Kenapa tak ambil sedan Geely?

Haris · May 31, 2021 08:00 PM

Proton X90, sebuah lagi SUV untuk Proton. Kenapa tak ambil sedan Geely? 01

Ketika ini, tentu ramai yang menyedari bahawa Proton kini sedang bersiap sedia untuk melancarkan SUV ketiga berturut-turut - Proton X90 2022. Ini dan beberapa model kemaskini Persona - Iriz.

Proton X90, sebuah lagi SUV untuk Proton. Kenapa tak ambil sedan Geely? 02

Tiada lagi Geely Jiaji

Nampaknya, Proton tidak akan melancarkan model MPV baharu dalam masa terdekat.

Tetapi sebelum anda mengingatkan kami tentang Geely VF11 (Geely Jiaji) yang termaktub dalam perjanjian Geely-Proton, perlu diingatkan bahawa perjanjian perkongsian model yang ditandatangani pada tahun 2018 ini telah berakhir pada 31-Disember 2020.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Proton X90, sebuah lagi SUV untuk Proton. Kenapa tak ambil sedan Geely? 01

Adalah lebih selamat untuk mengatakan bahawa Geely Jiaji (Proton V70?) yang pernah disebut-sebut sebagai pengganti Proton Exora tidak akan terjadi. Lebih menarik lagi, Perodua Alza pula sudah dijadualkan untuk menerima pengganti baharu dan ini meningkatkan lagi saingan kepada Exora yang semakin lapuk.

Proton X90, sebuah lagi SUV untuk Proton. Kenapa tak ambil sedan Geely? 02

Sebaliknya, Proton telah mengubah rancangan dengan meninggalkan pasaran MPV yang kecil dan tidak signifikan untuk segmen SUV yang jauh lebih menguntungkan, oleh itu Geely Haoyue / Proton X90 lebih cocok untuk dipasarkan di Malaysia.

Proton X90, sebuah lagi SUV untuk Proton. Kenapa tak ambil sedan Geely? 03

Rekaan dalaman Geely Haoyue

Turut dijual di Filipina dengan nama Okavango, Geely Haoyue dikuasakan oleh enjin 4-silinder 1.8L bercaj turbo TGDi (184 PS / 300 Nm) yang dipasangkan dengan transmisi dual-clutch 7-kelajuan jenis basah - kombinasi trenkuasa yang sama dilihat pada Proton X70 (CKD).

Proton X90, sebuah lagi SUV untuk Proton. Kenapa tak ambil sedan Geely? 04

Proton masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan untuk mengesahkan model Proton X90 yang diintip atas jalan tetapi tetapi rakyat Malaysia mesti dah agak dengan situasi Proton X70 dan Proton X50 sebelum ini, jadi kita semua dapat menjangkakan apa yang bakal terjadi.

Baca: Spyshot: Proton X90 dah mendarat di Malaysia? Eh, Geely Haoyue!

Proton X90, sebuah lagi SUV untuk Proton. Kenapa tak ambil sedan Geely? 05

Di China, Haoyue tersedia dalam 5 atau 7 penumpang

Anda juga tidak perlu berfikir diluar kotak untuk meneka apa nama SUV berasaskan Geely Haoyue 7 tempat duduk ini. Kita sekarang tinggal tunggu sahaja pengesahan Proton mengenai nama 'X90'.

Pelancaran sedan generasi baru berasaskan Geely yang pernah dikongsikan dengan media pada tahun 2019 sebagai rancangan jangka masa pendek telah ditunda.

Proton X90, sebuah lagi SUV untuk Proton. Kenapa tak ambil sedan Geely? 06

Rancangan sudah berubah

Menurut faktor-faktor tertentu, Proton tidak akan memperkenalkan model sedan baharu Geely dalam masa terdekat ini. Sebaliknya, model Proton Saga dan Proton Persona generasi sekarang akan dilanjutkan dengan beberapa perubahan dan peningkatan kecil, memanjangkan jangka hayat produk sehabis boleh.

Proton X90, sebuah lagi SUV untuk Proton. Kenapa tak ambil sedan Geely? 07

Apa yang lebih ironi adalah pasaran sedan - Saga dan Persona - menyumbang lebih dari 52% penjualan Proton (pada suku pertama 2021) tetapi Proton masih tidak dapat memberikan justifikasi untuk membangunkan sedan Proton generasi baru.

Angka jualan Proton, Q1 2021 (unit)
Saga 12,299
X50 7,750
Persona 4,939
X70 4,894
Iriz 1,743
Exora 1,098
Lain-lain* 103
Jumlah Keseluruhan 32,826

*Model yang sudah digugurkan, kemungkinan Proton Perdana

Walaupun jumlah jualan Proton Saga dan Proton Persona agak tinggi, Proton masih belum dapat mengaut keuntungan yang mapan. Kedua-duanya mempunyai prestasi jualan yang teruk sebelum era pra-Geely.

Proton X90, sebuah lagi SUV untuk Proton. Kenapa tak ambil sedan Geely? 08

Pengurusan kewangan yang lebih berhemah bermakna setiap pelaburan ke mana-mana produk perlu 'balik modal' sebelum ia boleh digugurkan. Oleh itu keputusan yang lebih logik adalah dengan memanjangkan jangka hayat model PIES berbanding membelanjakan wang untuk membangunkan model baru.

Di Malaysia, penjualan sedan mempunyai taburan graf seperti jam pasir - lengkung di bahagian atas dan bawah tetapi ramping di bahagian tengah.

Proton X90, sebuah lagi SUV untuk Proton. Kenapa tak ambil sedan Geely? 09

Sedan hanya popular di segmen mewah dan tahap pengenalan. Pembeli rata-ratanya akan memilih sama ada Proton Saga / Perodua Bezza / Toyota Vios / Honda City, atau melonjak kepada model Mercedes-Benz C-Class / BMW 5 Series terus.

Pasaran pertengahan rata-ratanya didominasi oleh SUV.

Proton X90, sebuah lagi SUV untuk Proton. Kenapa tak ambil sedan Geely? 10

Honda Civic pula kes istimewa. Ia model laris kerana ia adalah satu-satunya sedan segmen C yang dipasang secara tempatan (CKD) di pasaran sekarang.

Semua model lain termasuklah Toyota Corolla Altis telah dihentikan jualan atau beralih ke model import (CBU) sahaja kerana jumlah jualan terlalu kecil - tidak dapat memberi justifikasi pelaburan yang diperlukan untuk pemasangan tempatan. Baca susulan isu ini di bawah.

Baca: Dasar ‘protectionism’ industri automotif perlu dihapuskan, Malaysia ketinggalan - MICCI

Proton X90, sebuah lagi SUV untuk Proton. Kenapa tak ambil sedan Geely? 11

Tiada telur untuk menyaingi Civic

Mampukan Proton Preve / Proton Suprima S / Proton Perdana membuat kemunculan semula? Geely Binrui dan Geely Preface adalah kereta asas yang baik untuk mengisi jurang segmen C dan D tetapi terdapat satu persoalan yang lebih utama. 

Adakah Proton mampu membiayai pelaburan terhadap model-model ini?

Proton X90, sebuah lagi SUV untuk Proton. Kenapa tak ambil sedan Geely? 12

Geely Preface

Dalam senario yang mapan, pihak pengurusan syarikat biasanya akan meneruskan kejayaan berdasarkan prestasi lampau dan memperbaiki formula supaya semakin berjaya. Dalam kes Proton, ini adalah situasi dengan SUV.

Untuk pengguna biasa, Proton sekadar mengambil sedan Geely yang sedia ada dan menukarnya ke pemanduan sebelah kanan.

Proton X90, sebuah lagi SUV untuk Proton. Kenapa tak ambil sedan Geely? 13

Namun hakikatnya jauh lebih kompleks berbanding kenyataan tersebut. Perlu diingatkan bahawa Proton bukan anak syarikat Geely yang dimiliki sepenuhnya tetapi sekadar syarikat kuasi-bebas dengan Geely memegang 49.9% saham.

Baca: Model Proton berasaskan Geely yang mana akan dilancarkan pada 2021 – Proton S50, V70, X90, atau Perdana?

Proton X90, sebuah lagi SUV untuk Proton. Kenapa tak ambil sedan Geely? 14

Geely Binrui

Oleh yang demikian, jika Proton mahu model baharu daripada Geely, mereka perlu 'membeli' model tersebut. Tahukah anda, setiap kakitangan Geely yang dihantar untuk bekerja di Proton perlu dibayar yuran konsultan oleh Proton kepada Geely?

Yuran konsultan ini tidak banyak berbeza dengan langkah mengupah konsultan luar atau perjanjian perkongsian lama misalnya antara Proton dengan Mitsubishi.

Proton X90, sebuah lagi SUV untuk Proton. Kenapa tak ambil sedan Geely? 15

Hubungan Proton - Geely tidak sama dengan hubungan Skoda - Volkswagen. Geely sebagai rakan kongsi tidak bermakna Proton akan diberi akses bebas ke mana-mana komponen yang dibangunkan Geely.

Kedengarannya seperti suatu perjanjian yang berat sebelah untuk Proton? Hujah Geely ringkas, jika Proton tidak berpuas hati dengan perjanjian ini, Proton bebas untuk kembali kepada keadaan sebelum ini (yang kita semua tahu bagaimana), atau kembali kepada Mitsubishi, atau Honda, atau Suzuki (jenama-jenama pengeluar yang sudah insaf dan tak mahu bekerjasama dengan Proton lagi).

Proton X90, sebuah lagi SUV untuk Proton. Kenapa tak ambil sedan Geely? 16

Malangnya, Proton tidak mempunyai banyak pilihan dalam senario 'daulah terpendam' ini dan mereka hanya ada diri sendiri untuk dipersalahkan. Ini adalah hasil daripada mensia-siakan lebih dari 25 tahun 'bantuan' yang telah diberikan. Adakah status kereta nasional masih relevan?

Akhirnya, Proton sebagai sebuah syarikat yang dibina berdasarkan sedan - Saga, Wira, Perdana - hanya mampu bermimpi untuk melihat sebuah sedan Proton baharu.

Baca: Tiba masanya kita berhenti panggil Proton dan Perodua “kereta nasional”

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

Proton X90 1.5TGDI BSG Standard 2023

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda