window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Prototaip Volvo XC90 versi pandu sendiri ini diuji di Malaysia, bolehkah AI hadap penunggung motosikal kita?

Faisal · Nov 14, 2022 11:30 AM

Prototaip Volvo XC90 versi pandu sendiri ini diuji di Malaysia, bolehkah AI hadap penunggung motosikal kita? 01

Tengoklah apa yang penunggang motosikal itu buat. Inilah apa yang Volvo sedang rekodkan.

Tabiat penunggang motosikal di Malaysia yang suka mencelah ke kiri dan kanan merupakan antara sebab kenapa kita tidak mendapat perkhidmatan pemanduan autonomi yang ada seperti di negara China dan Amerika.

Tetapi kalau dilihat kembali, karakter pengguna jalan raya sebeginilah yang sesuai untuk menguji komputer tentang bagaimana untuk memandu dan inilah apa yang Volvo Car Group sedang laksanakan.

Senang kata, kalau kenderaan pemanduan autonomi boleh berfungsi dengan baik di Malaysia, ia pasti boleh cemerlang di bandar besar yang lain.

Prototaip Volvo XC90 versi pandu sendiri ini diuji di Malaysia, bolehkah AI hadap penunggung motosikal kita? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dan apa yang anda lihat ini pula adalah versi pandu belah kiri (LHD) buat Volvo XC90 spesifikasi Amerika Utara (petandanya adalah lampu grafik oren pada bahagian lampu) yang berlegar di Bukit Bintang. Kalau anda perhati, ada banyak perkakas yang diletakkan pada badan kereta tersebut dan menurut sumber sahih, ia juga adalah pembangunan kemajuan buat prototaip yang Volvo telah buat bersama Uber dan Didi sebelum ini.

Prototaip Volvo XC90 versi pandu sendiri ini diuji di Malaysia, bolehkah AI hadap penunggung motosikal kita? 01

Secara teknikalnya, kelibat Volvo ini dilihat ada komponen seperti antenna GPS berketepatan tinggi, unit Lidar dan kamera depan, belakang dan tepi.

Segala komponen ini boleh bekerjasama dengan cukup jitu tetapi apa yang susahnya adalah mengawal stereng, minyak dan brek terhadap keadaan semasa yang mana situasi jalan raya di Malaysia memerlukan tindak balas yang cepat.

Prototaip Volvo XC90 versi pandu sendiri ini diuji di Malaysia, bolehkah AI hadap penunggung motosikal kita? 02

Apapun, kami telah merujuk dengan Volvo Car Malaysia dan mereka telahpun mengesahkan bahawa unit ini sememangnya dibawa masuk ke Malaysia untuk membuat ujian jalan di tempat kita yang mencabar ini.

Walaupun Volvo ini sebuah prototaip yang boleh dipandu sendiri, ia tetap ada pemandu di dalamnya. Untuk kebanyakan masa juga, ia dipandu sama macam Volvo XC90 biasa. Untuk makluman anda, unit ini tidak beroperasi dalam mod pemanduan autonomi penuh kerana perisiannya belum lagi siap dan tujuan unit ini adalah untuk mengumpul data komputer.

Kalau anda nak tahu, Volvo sedang bekerjasama dengan Luminar (pengesan Lidar) dan Nvidia untuk mencipta kereta yang betul-betul tidak memerlukan pemandu.

Prototaip Volvo XC90 versi pandu sendiri ini diuji di Malaysia, bolehkah AI hadap penunggung motosikal kita? 03

Sejauh mana matlamat ini sebenarnya agak sukar untuk dinyatakan. Setakat ini, Volkswagen dan Ford telahpun lari daripada minat untuk Argo AI iaitu syarikat baru buat kereta autonomi. Mereka berkata bahawa mencipta pemanduan autonomi sebenar sangat sukar. Full Self Driving (FSD) Tesla pula bukanlah fitur pemanduan autonomi.

Sebenarnya, ia berbeza dengan pemanduan autonomi Tahap 2 yang ada pada kebanyakan kereta tetapi peminat Tesla takkan mengaku. Malah, pihak berkuasa juga memberitahu bahawa kemampuan FSD Tesla tidak sampai Tahap 2 pun.

Jadi, perjalanan kereta berpemanduan autonomi sebenarnya masih lagi jauh.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Volvo XC90 B5 AWD Inscription Plus

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda