window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pua Chu Kang digantung lesen memandu, cuma nak demo bunyi kepak pada Audi?

Mersita ยท Jun 9, 2021 11:59 AM

Pua Chu Kang digantung lesen memandu, cuma nak demo bunyi kepak pada Audi? 01

Gambar hiasan

Pelakon watak terkenal dari Singapura, Pua Chu Kang, atau nama sebenarnya Gurmit Singh Virk Chainchal Singh dijatuhkan hukuman gantung lesen memandu selama 3 bulan serta saman SG$ 800 kerana memandu melebihi had laju.

Menurut laporan Today Online, Gurmit didapati memandu kereta Audi miliknya pada kelajuan 131 km/jam di Woodlands Avenue 12 menghala ke Seletar Expressway pada 12 April lalu kira-kira 9.30 pm. Had laju di kawasan itu ialah 70 km/jam sahaja.

Pua Chu Kang digantung lesen memandu, cuma nak demo bunyi kepak pada Audi? 02

Gambar: Today Online

Ketika kesnya dibicarakan di mahkamah, Gurmit bertindak jujur dengan menceritakan kisah sebenar sebab kesalahan tersebut dibuat. Dia menjelaskan ketika dalam perjalanan mengambil anaknya dari tempat kerja, dia terdengar bunyi kepak datang dari keretanya.

Menurutnya, bunyi itu hanya akan kedengaran apabila kereta dipandu melebihi 100 km/jam. Oleh itu, ketika dia tertangkap memandu melebihi had laju, dia hanya mahu membuktikan bunyi tersebut kepada anaknya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pua Chu Kang digantung lesen memandu, cuma nak demo bunyi kepak pada Audi? 01

Gurmit Singh dengan Mark Lee dalam filem "Taxi! Taxi!" (2013). Gambar: cinemaonline.sg

Gurmit mengaku dia sedar bahawa dia tidak sepatutnya memandu pada kelajuan itu di jalan berkenaan dan menyesal berbuat demikian. Ia hanya pecutan pendek dan dia tidak sedar tercapai 131 km/jam, sambil menjelaskan yang dia bukannya pemandu melulu.

Di Singapura, kesalahan memandu melebihi had laju bagi pesalah pertama boleh disaman sehingga S$ 1,000 atau penjara tiga bulan, manakala pesalah berulang boleh disaman sehingga S$ 2,000 atau penjara sehingga enam bulan. Pesalah juga boleh diharamkan dari memegang atau mendapatkan lesen memandu.

Menurut laporan The Straits Times, Gurmit dipercayai memandu kereta Audi A8 L, sedan mewah yang baru saja diperkenalkan.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda