window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pulang tangan kosong di Portugal, Damok janji kebangkitan di Argentina!

Khairil · Mar 29, 2023 10:00 AM

Pulang tangan kosong di Portugal, Damok janji kebangkitan di Argentina! 01

Permulaan yang mengecewakan. Itu yang boleh disifatkan terhadap aksi pembuka tirai perlumbaan Moto3 2023 buat pelumba tunggal negara di kejohanan itu, Syarifuddin Azman atau lebih dikenali Damok.

Pulang tangan kosong di Portugal, Damok janji kebangkitan di Argentina! 02

Tiba dengan motivasi yang tinggi, pelumba kelahiran Kuala Lumpur itu sekadar menamatkan aksi di tangga ke-22, sekaligus jauh daripada kedudukan pungutan mata.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pulang tangan kosong di Portugal, Damok janji kebangkitan di Argentina! 01

Kemenangan di Portimao menjadi milik pelumba Red Bull KTM Tech3, Daniel Halgado dari Sepanyol diikuti David Munoz dari pasukan BOE Motorsports.

Apa yang menarik, rakan sepasukan Damok di pasukan MT Helmets - MSI dari Brazil, Diogo Moreira melengkapkan kedudukan podium.

Pulang tangan kosong di Portugal, Damok janji kebangkitan di Argentina! 02

Sekalipun tidak dapat menyempurnakan sasarannya, Damok ketika mengulas aksinya di Portugal berkata dia masih bersyukur dapat menghabiskan perlumbaan.

"Saya akui agak sukar untuk saya untuk bersaing dengan pelumba lain terutama di kelompok hadapan," katanya. "Apapun, ini adalah perlumbaan pertama saya musim ini jadi saya perlu terus ke depan.

Pulang tangan kosong di Portugal, Damok janji kebangkitan di Argentina! 03

"Saya perlu terus melangkah dan kekal positif. Masih banyak yang saya perlu belajar dengan jentera baharu dan saya tidak akan mengalah atau berputus asa. Perlumbaan juga masih banyak jadi saya akan berjuang hingga perlumbaan terakhir.

"Saya akan bawa pengalaman di Portimao ke Argentina. Saya juga berharap semua rakyat Malaysia akan mendoakan saya selamat tiba di sana nanti."

Pulang tangan kosong di Portugal, Damok janji kebangkitan di Argentina! 04

Sebagai info, sebelum saingan membuka tirai, sasaran yang diletakkan oleh Damok adalah untuk merangkul gelaran pelumba baharu (Rookie) terbaik dalam kelas Moto3.

Perlumbaan seterusnya dijadual berlangsung di Argentina pada hujung minggu ini.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda