Pada hari Ahad lepas, sebuah Lamborghini Aventador didapati terbakar di pekarangan parkir Pavilion Residence. Insiden tersebut terjadi sekitar jam 2 pagi dan dipercayai hasil daripada perbuatan khianat.
Pihak Bomba telahpun menghantar sebanyak 14 orang ahli bomba bersama 2 trak dan 1 kenderaan Emergency Medical Rescue Service (EMRS) untuk berusaha mengawal kebakaran tersebut.
Siasatan awal mendapati bahawa punca kejadian adalah disebabkan perbuatan khianat pelaku yang membaling bom petrol ke arah kereta tersebut.
Laporan sumber berkata bahawa berdasarkan pemerhatian CCTV, 2 orang suspek yang sedang menunggang motosikal dilihat membaling cecair yang dipercayai bom petrol ke arah kereta tersebut sebelum kereta itu terbakar.
"Pasukan forensik dari polis dan Balai Bomba dan Penyelamat menemui sebiji botol dengan sisa cecair yang dipercayai petrol dan kotak mancis berhampiran kenderaan," kata sumber itu semalam.
Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa yang dilaporkan oleh pihak berkuasa namun kebakaran tersebut telahpun memusnahkan lebih 40% daripada Lamborghini Aventador tersebut.
Sumber berita: NST
Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!
2019 Lamborghini Aventador SVJ Roadster
Upgrade
Add your car