window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pusat 4S Mitsubishi Motors pertama Sarawak dibuka di Bintulu

Mersita · Mar 2, 2023 11:00 AM

Pusat 4S Mitsubishi Motors pertama Sarawak dibuka di Bintulu 01

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi Motors di Malaysia, bersama Auto Pacifica Sdn Bhd telah membuka Pusat 4S Mitsubishi Motors pertama di Sarawak baru-baru ini. Terletak di Bintulu, Pusat 4S ini menaikkan jumlah ‘dealer’ Mitsubishi Motors kepada 7 bilik pameran di seluruh Sarawak.

Pusat 4S (Sales, Service, Spare Sparts dan body and paint Services) Mitsubishi Motors terbaru ini mempunyai keluasan 10,000 kaki persegi di bangunan kedai dua tingkat berhampiran Jalan Tun Ahmad Zaidi, Bintulu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Selain dilengkapi ruang menunggu yang selesa dilengkapi WiFi dan ruang bermain untuk kanak-kanak, cawangan Auto Pacifica terbaru ini dilengkapi pusat servis serba lengkap dengan lima ruang servis sedia menanti setiap kenderaan Mitsubishi yang dihantar pelanggan. Perkhidmatan pembaharuan insurans dan ‘trade-in’ kenderaan juga boleh didapati di bilik pamerannya.

Pusat 4S Mitsubishi Motors pertama Sarawak dibuka di Bintulu 01

Mitsubishi Triton

“Auto Pacifica mula beroperasi sebagai ‘dealer’ Mitsubishi Motors sejak 2007, tidak lama selepas MMM ditubuhkan pada 2005. Selain daripada bilik pameran di Bintulu, Auto Pacifica mempunyai satu lagi bilik pameran Mitsubishi di Miri. Tak lama lagi, cawangan ketiganya akan dibuka di Kota Samarahan menjelang Mac 2023,” kata Shinya Ikeda, Ketua Pegawai Eksekutif MMM.

“Sebagai salah satu ‘dealer’ MMM paling cemerlang, menyumbang kepada pertumbuhan pasaran Mitsubishi Motors dan menjadikan Triton ‘Top 2’ di Sarawak dan Malaysia, Auto Pacifica komited dalam menyediakan keperluan untuk para pelanggan Mitsubishi dengan memperkaya perkhidmatan serta pengalaman jenama kami,” tambahnya lagi.

Pusat 4S Mitsubishi Motors pertama Sarawak dibuka di Bintulu 02

Pemilik kenderaan Mitsubishi di Bintulu dan sekitar Sarawak bolehlah berkunjung ke Auto Pacifica yang terletak di Lot 4463 - 4470 (Ground Floor) & Lot 4467 - 4468 (1st Floor), Pier 99-3 Storey Shophouse, Subdivisi Lot 4474, 97000 Bintulu. Pusat 4S Mitsubishi Motors di Bintulu ini mudah diakses dari jalan utama iaitu Jalan Tun Ahmad Zaidi.

Auto Pacifica dibuka pada Isnin – Sabtu (dari 8 am – 5 pm), dan pada Ahad (dari 10 am – 2 pm).

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Mitsubishi Triton MT Premium

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda