window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pusat cuci kereta diserbu sambil patuh SOP – negeri bawah Fasa 2 PPN

Mersita · Jul 6, 2021 11:59 AM

Pusat cuci kereta diserbu sambil patuh SOP – negeri bawah Fasa 2 PPN 01

Gambar hiasan. Sumber: Fabulous Car Wash Gong Badak Terengganu

Setelah negeri-negeri seperti Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang dibenarkan beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara bermula 5 Julai 2021, pengusaha pusat cucian kereta akhirnya menarik nafas lega kerana dibenarkan beroperasi walaupun diarahkan untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Menurut tinjauan Berita Harian, pusat cuci kereta di Kuala Terengganu ‘diserbu’ pelanggan yang datang menghantar kereta, termasuk motosikal, untuk dicuci dari seawal 8.30 pagi. Sambutan yang amat menggalakkan itu sememangnya melegakan ramai pengusaha sehinggakan mereka ‘tidak menang tangan’ dalam memenuhi permintaan pelanggan.

Pusat cuci kereta diserbu sambil patuh SOP – negeri bawah Fasa 2 PPN 02

Gambar: Bun7a7 Car Wash

Pusat cucian kereta adalah antara beberapa sektor ekonomi lain yang masuk dalam senarai positif servis perlu (essential services) dan ini sedikit sebanyak meringankan beban peniaga dalam usaha untuk memulihkan sumber pendapatan mereka serta pekerja-pekerjanya.

Pengerusi Persatuan Pengusaha Cuci Kereta Malaysia (PCKM), Datuk Seri Zuhairi Ab. Kadir berkata, memulakan kembali perniagaan sememangnya begitu ditunggu-tunggu oleh pengusaha pusat cuci kereta, lapor akhbar Utusan Malaysia.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pusat cuci kereta diserbu sambil patuh SOP – negeri bawah Fasa 2 PPN 01

“Biarpun kebenaran ini (beroperasi) hanya di lima negeri terbabit, namun ia sekurang-kurangnya membantu pengusaha pusat cuci kereta di negeri terlibat untuk kembali bernafas demi kelangsungan kehidupan mereka,” ujar beliau.

PCKM serta pengusaha pusat cuci kereta di negeri terlibat menzahirkan rasa syukur dan terima kasih mereka kepada Kerajaan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) kerana membenarkan mereka ‘bernafas semula’.

Negeri terbaru yang akan mula memasuki Fasa 2 PPN ialah Pulau Pinang, bermula esok (7 Julai).

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda