window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pusat pemeriksaan / pemeriksaan bergerak di Puspakom Selangor dan Pahang ditutup berikutan banjir

Haris ยท Dec 20, 2021 04:00 PM

Pusat pemeriksaan / pemeriksaan bergerak di Puspakom Selangor dan Pahang ditutup berikutan banjir 01

Beberapa pusat pemeriksaan kenderaan berkomputer (Puspakom) di Selangor dan Pahang ditutup sementara mulai hari ini sehingga dimaklumkan kelak berikutan banjir yang melanda dua negeri itu.

Puspakom dalam kenyataan malam tadi memaklumkan cawangan Puspakom Selangor yang terlibat adalah di Shah Alam, Glenmarie dan Padang Jawa.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Puspakom Pahang pula melibatkan cawangan Pekan dan Raub.

Untuk pemeriksaan Puspakom bergerak pula, tarikh pemeriksaan yang dijadualkan di Maran, Pahang pada 20-21 Disember juga ditutup sementara akibat banjir.

"Bagi pelanggan yang telah membuat janji temu pemeriksaan di cawangan tersebut, bayaran janji temu akan dipulangkan secara automatik dalam tempoh 30 hari dan pelanggan diminta untuk mengabaikan Peringatan Temujanji MyPUSPAKOM jika ada menerimanya," menurut kenyataan itu.

Pusat pemeriksaan / pemeriksaan bergerak di Puspakom Selangor dan Pahang ditutup berikutan banjir 01

Sementara itu, pelanggan yang telah membuat janji temu namun tidak dapat hadir pemeriksaan akibat terjejas dengan banjir boleh memohon pemulangan bayar balik dengan menghantar e-mel ke dp.ebooking@puspakom.com.my.

"Sebagai alternatif, pelanggan yang terjejas akibat penutupan ini boleh hadir ke cawangan berdekatan secara jumpa terus dengan membawa slip janji temu cawangan yang terlibat dengan penutupan sebagai bukti janji temu. Pengoperasian semula cawangan-cawangan ini akan dimaklumkan kelak," menurut kenyataan itu.

Orang ramai boleh mengikuti Facebook PUSPAKOM Sdn Bhd atau melayari www.puspakom.com.my untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung operasi Puspakom dari semasa ke semasa. - Astro Awani

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda