window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pusingan 1 Cub Prix 2021 di Sepang milik Muzakkir, Yamaha tampil penguasaan

Khairil ยท Mar 23, 2021 09:00 AM

Pusingan 1 Cub Prix 2021 di Sepang milik Muzakkir, Yamaha tampil penguasaan 01

Selepas sedekad bergelar pelumba profesional, Mohd Muzakkir Mohamed akhirnya berjaya mengucup nikmat kemenangan apabila mengungguli perlumbaan pusingan pembuka tirai Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas 2021.

Sekalipun dicabar pelumba-pelumba hebat lain dalam kategori elit CP150, Muzakkir yang mewakili pasukan ONEXOX TKKR Racing berjaya mengekalkan rentak tunganggannya sepanjang 11 pusingan di Litar Antarabangsa Sepang (Selatan) itu.

Pusingan 1 Cub Prix 2021 di Sepang milik Muzakkir, Yamaha tampil penguasaan 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Keyakinan itu membolehkan Muzakkir yang menunggang jentera Yamaha mendahului kelompok utama dalam lima pusingan terakhir sebelum merangkul gelaran juara dengan catatan masa 14 minit 12.181 saat.

Sebagai antara pelumba 'senior' di atas litar, pelumba berusia 29 tahun itu menggambarkan saingan pada musim 2021 sebagai antara yang paling mencabar.

Pusingan 1 Cub Prix 2021 di Sepang milik Muzakkir, Yamaha tampil penguasaan 01

“Ramai pelumba-pelumba ternama yang kembali ke kancah Cub Prix musim ini. Daripada 27 pelumba di atas grid CP150, seramai 14 yang masing-masing pernah memegang gelaran juara,” kata Muzakkir.

Ketinggalan 0.265 saat di belakang Muzakkir adalah Mohd Izzat Zaidi Mohd Salehan dari pasukan Ipone Yamaha YY Pang Racing Team yang kini memegang rekod pusingan terpantas di Litar Sepang Selatan.

Melengkapkan podium adalah juara CP150 berganda Ahmad Afif Amran melengkapkan trio kemenangan Yamaha dengan caatan 14’12.503 s.

Pusingan 1 Cub Prix 2021 di Sepang milik Muzakkir, Yamaha tampil penguasaan 02

“Kemenangan ini sememangnya amat bermakna dan berharga bagi diri saya. Inilah yang saya nanti-nantikan selama ini dan saya berharap dapat mengekalkan kelebihan ini sehingga berjaya mencapai impian yang lebih besar, iaitu melihat nama saya terukir di atas trofi Cub Prix,” kata Muzakkir.

Di dalam kategori pertengahan CP125 pula, juara bertahan Mohd Syafiq Rosli nyata tidak tercabar apabila menamatkan perlumbaan CP125 Akhir di tempat pertama dengan catatan masa 11’10.393 s.

Tempat kedua dan ketiga di isi duo pasukan Ipone Yamaha YY Pang Racing Team, Mohd Fareez Afeez serta Mohd Adib Rosley.

Pusingan 1 Cub Prix 2021 di Sepang milik Muzakkir, Yamaha tampil penguasaan 03

Sementara itu, pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing menyapu bersih podium pertama musim 2021 dalam kategori Wira KBS. Ketiga-tiga pelumba pasukan dominan dalam perlumbaan tujuh pusingan itu. Kedudukan pertama jatuh ke tangan Mohd Syamil Amsyar M Iffende, diikuti Danial Johan di tempat kedua dan Mohd Aqil Danial Nasrul di tempat ketiga.

Keputusan perlumbaan pusingan 1 Cub Prix 2021

CP150

1. Mohd Muzakkir Mohamed (Yamaha, ONEXOX TKKR Racing Team), 14’12.181 s

2. Mohd Izzat Zaidi Mohd Salehan (Yamaha, Ipone Yamaha YY Pang Racing Team), 14’12.446 s

3. Ahmad Afif Amran (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing), 14’12.503 s

4. Mohd Shafiq Rasol (Yamaha, ONEXOX TKKR Racing Team), 14’12.584 s

5. Mohd Khairul Ikhwan Ajis (Yamaha, Yamaha Genblu AHM Motor Sports), 14’12.857 s

CP125

1. Mohd Syafiq Rosli (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor), 11’10.393 s

2. Mohd Fareez Afeez Abd Rahman (Yamaha, Ipone Yamaha YY Pang Racing Team), 11’10.888 s

3. Mohd Adib Rosley (Yamaha, Ipone Yamaha YY Pang Racing Team), 11’10.938 s

4. Ahmad Syukran Aizat Mohd Yusoff (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing), 11’10.948 s

5. Siti Norafizah Mohamad (Yamaha, Tuneboss Pink Racing), 11’11.040 s

WIRA KBS

1. Mohd Syamil Amsyar M Iffende (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing), 9’47.467 s

2. Danial Johan (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing), 9’56.803 s

3. Mohd Aqil Danial Nasrul (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing), 9’56.862 s

4. Mohd Harith Rosmaza (Yamaha), 9’56.919 s

5. Mohd Farish Iqmal Khayrul Elyas (Honda, Moto1 Koyoko Honda KC Racing Team), 9’56.962 s

Sumber imej: Malaysia Cub Prix

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda