window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Putrajaya bakal tukar laluan motosikal kepada laluan basikal

Mersita ยท Oct 30, 2020 02:30 PM

Putrajaya bakal tukar laluan motosikal kepada laluan basikal 01

Sumber gambar: @Cycling Cities

Dengan berkembangnya trend berbasikal di Malaysia, semakin ramai yang menceburi minat ini dan mereka pastinya mahukan sebuah kawasan yang mengutamakan penunggang basikal dimana mereka boleh berbasikal dengan mudah dan selamat.

Oleh itu, selaras dengan usaha untuk menjadikan Putrajaya sebagai bandar mesra sukan berbasikal, Kementerian Wilayah Persekutuan merancang untuk menukar laluan motosikal di Putrajaya kepada laluan berbasikal seperti yang dilaporkan oleh Astro Awani baru-baru ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Putrajaya bakal tukar laluan motosikal kepada laluan basikal 01

Gambar BERNAMA

Tan Sri Annuar Musa yang mengepalai kementerian tersebut berkata Perbadanan Putrajaya (PPj) akan mengambil langkah yang sepatutnya seperti membatalkan gazet laluan motosikal supaya ia boleh ditukar secara rasmi kepada laluan berbasikal.

Beliau berkata yang penukaran ini sesuai untuk Putrajaya kerana jumlah penunggang motosikal di Putrajaya tak ramai dan inilah sebabnya mengapa mereka mahu mengubah-suai laluan tersebut untuk penunggang basikal pula.

Putrajaya bakal tukar laluan motosikal kepada laluan basikal 02

Menurut beliau, laluan itu akan merangkumi bulatan luar sepanjang 34 kilometer dan bulatan dalam sekitar 15 kilometer. Ubah-suai tersebut dijangka siap dalam masa 1 – 2 bulan.

Selain daripada ubah-suai laluan, kementeriannya bercadang untuk membangunkan infrastruktur dan kemudahan-kemudahan lain bagi penunggang berbasikal seperti kafe, bengkel, kedai alat ganti basikal dan tempat letak kereta bagi penunggang untuk memudahkan mereka berbasikal di sekitar Putrajaya.

Inisiatif yang sama mungkin akan dijalankan di Kuala Lumpur dan pihak berkaitan akan mengenalpasti kawasan tasik yang sesuai untuk tujuan ini.

Putrajaya bakal tukar laluan motosikal kepada laluan basikal 03

Tun M gemar berbasikal di Putrajaya

Apa kata anda tentang pembaharuan Putrajaya sebagai hab penunggang dan penggemar sukan berbasikal? Penulis berpendapatan tiba masanya lebih banyak inisiatif sukan rekreasi dipergiatkan di sekitar Putrajaya dan juga ibu kota supaya orang awam boleh mengamalkan aktiviti sihat bersama rakan dan keluarga di masa kelapangan.

Udara segar, aktiviti santai dan suasana kondusif serta selamat pastinya dicari-cari oleh orang awam yang ingin berekreasi jauh dari hiruk-pikuk kota metropolitan.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda