window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Q1 2022: Honda City rampas semula takhta sedan B No.1 daripada Toyota Vios

Mersita · Apr 8, 2022 04:30 PM

Q1 2022: Honda City rampas semula takhta sedan B No.1 daripada Toyota Vios 01

Setelah kehilangan takhta buat sementara waktu kepada Toyota Vios pada 2021 disebabkan oleh kekurangan bekalan, Honda City kembali menawan tangga No.1 dalam carta jualan kereta baru di Malaysia bagi kategori sedan segmen B.

Dalam satu muatnaik di laman Facebook rasmi jenama itu, Honda Malaysia mengumumkan yang Honda City menutup tirai suku pertama 2022 sebagai sedan segmen B terlaris di Malaysia.

Q1 2022: Honda City rampas semula takhta sedan B No.1 daripada Toyota Vios 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Perkongsian itu tidak menyatakan sebarang angka jualan, namun sumber kami mengatakan yang jualan Honda City mendahului Toyota Vios dengan jurang yang agak besar – keseluruhannya melebihi beberapa ribu unit kereta.

UMW Toyota Motor sedang menghadapi kekurangan bekalan komponen bagi beberapa model popular keluarannya, termasuklah Toyota Vios. Ini sedikit sebanyak menjelaskan sebab prestasi jualannya kurang memberangsangkan berbanding Honda City.

Q1 2022: Honda City rampas semula takhta sedan B No.1 daripada Toyota Vios 01

Toyota sudah tidak mampu memenuhi tempahan baru pada bulan ini sebelum pengecualian SST berakhir pada 30 Jun 2022.

Susulan itu, Toyota telahpun mengumumkan senarai harga baru termasuk SST bagi Toyota Vios, yang kini harganya bermula dari RM 77,600 hingga RM 98,100 – kenaikan kira-kira RM 3,000 ke RM 5,000.

Q1 2022: Honda City rampas semula takhta sedan B No.1 daripada Toyota Vios 02

Walaupun tempoh menunggu bagi Honda City adalah lebih pendek, pengedar masih belum dapat menjanjikan penghantaran dibuat sebelum pengecualian SST berakhir. Namun, buat masa ini, pengedar Honda masih lagi mengambil tempahan bagi Honda City dengan harga tanpa SST yang bermula dari RM 74,191 hingga RM 105,950.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda