window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Racing simulator – 6 langkah dan cara mudah untuk anda berlumba bawah RM 1,000!

Zamil Syaheer · Feb 20, 2021 06:00 PM

Racing simulator – 6 langkah dan cara mudah untuk anda berlumba bawah RM 1,000! 01

Imej Perodua Myvi dari F.A.H. ArtWork.

Adakah anda berhajat untuk memasuki trek Sepang tetapi tidak berani untuk jejak kaki di trek sebenar? Atau anda seorang kaki permainan video yang ingin mencuba benda baru? Takpun, anda dah bosan sangat duduk kat rumah disebabkan PKP?

Jika salah satu daripada persoalan ini timbul dalam minda anda, anda bertuah kerana saya sendiri adalah pengguna racing simulator ini sejak dari 2005, dan saya ingin kongsikan 6 langkah cara mudah untuk mulakannya!

Racing simulator – 6 langkah dan cara mudah untuk anda berlumba bawah RM 1,000! 02

Baru ada 'feel' pakai 'helmet' dan 'racing gloves'!

Perlu kami ingatkan bahawa kos serendah RM 1,000 ini hanya untuk set terpakai yang sesuai untuk individu yang baru ingin merasa dunia racing simulator ini. Jika anda sudah gian dan ingin mencuba sesuatu yang baru dan lebih baik, anda perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM 2,000 keatas untuk set stereng baru yang lengkap dengan transmisi gear manual.

Apakah itu racing simulator?

Racing simulator – 6 langkah dan cara mudah untuk anda berlumba bawah RM 1,000! 03

“Simulator ini diibaratkan seperti mesin ‘treadmill’ untuk pelari. Walaupun ia bukan benda yang sebenar tetapi anda masih berlari!” – David Perel, Juara Blancpain GT 2017.

Racing simulator, racing sim, sim racing, ataupun driving simulator adalah terma untuk perisian komputer yang mampu mensimulasikan perlumbaan kereta secara tepat serta lengkap dengan data dalam dunia nyata seperti penggunaan bahan bakar, kerosakan, kehausan dan cengkaman tayar, tetapan sistem suspensi, ciri-ciri keselamatan dan sebagainya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Racing simulator – 6 langkah dan cara mudah untuk anda berlumba bawah RM 1,000! 01

Sebijik macam data di alam nyata! Imej dari Bsimracing.

Dengan pengembangan kemampuan perlumbaan dalam talian, peluang untuk melawan manusia berbanding komputer AI adalah lebih mudah berbanding masa dahulu.

Pelumba negara terulung, Tengku Djan Ley pun pakai simulator tau!

Malah, ramai saja pelumba profesional dalam pelbagai disiplin menggunakan alat simulasi untuk latihan atau hiburan.

Dengan pengembangan berterusan perisian enjin fizik serta perkakasan yang dinaik taraf (memberikan maklum balas taktil), pengalaman pemanduan akan menjadi lebih realistik.

Baiklah, apa yang saya perlu untuk mencuba racing simulator ini?

Racing simulator – 6 langkah dan cara mudah untuk anda berlumba bawah RM 1,000! 02

GEARZ Studio, syarikat anak tempatan yang pakar dalam bab racing simulator di Malaysia!

Sebaiknya, ada 6 keperluan yang anda perlukan untuk membina sebuah racing simulator:

  1. Perkakasan
  2. Permainan video (game)
  3. Set stereng perlumbaan dan pedal
  4. Meja atau rig simulator
  5. Skrin yang sesuai
  6. Sambungan internet berkelajuan tinggi

Mudah saja bukan? Mari kami terangkan dengan lebih lanjut tentang apa yang diperlukan disebalik setiap poin.

1. Perkakasan – komputer atau konsol permainan video?

Racing simulator – 6 langkah dan cara mudah untuk anda berlumba bawah RM 1,000! 03

Imej dari Gaming Central.

Sejujurnya, tiada perkakasan di dunia yang boleh melawan komputer kerana ianya fleksibel dan boleh diubahsuai mengikut bajet serta kesesuaian.

Tetapi jika anda tiada komputer, komputer riba berprestasi tinggi pun boleh, cuma leceh lah sebab skrin kecil dan kawalan agak jauh.

Racing simulator – 6 langkah dan cara mudah untuk anda berlumba bawah RM 1,000! 04

Mana satu pilihan anda? Imej dari GQ.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan konsol permainan video dari siri PlayStation (4 dan 5) dan juga Xbox (One, Series X dan Series S). 

Anda masih boleh menggunakan PlayStation 3 dan Xbox 360, tetapi kebanyakkan set stereng dan pedal mahupun permainan video yang masih menyokong perisian konsol lama ini terhad dan juga mungkin tiada lagi sokongan dalam talian.

Racing simulator – 6 langkah dan cara mudah untuk anda berlumba bawah RM 1,000! 05

Selalunya orang akan cenderung memilih konsol PlayStation kerana ada permainan video Gran Turismo yang terkenal dengan akademi eSport (dikenali sebagai GT Academy) serta pelbagai pertandingan perlumbaan dalam talian di seluruh dunia sejak tahun 2008.

Racing simulator – 6 langkah dan cara mudah untuk anda berlumba bawah RM 1,000! 06

Jika anda taktau, kebanyakkan graduan GT Academy adalah pemain racing simulator yang kini berlumba secara profesional di alam nyata!

2. Permainan video di pasaran – mana satu yang se-realistik mungkin?

Secara peribadinya, saya memilih Assetto Corsa bagi komputer dan Gran Turismo untuk konsol. Assetto Corsa mempunyai komuniti dan sokongan modding yang meluas, manakala Gran Turismo pula lebih kepada kualiti dari segi model kereta, trek, menu, serta faktor nostalgia.

Racing simulator – 6 langkah dan cara mudah untuk anda berlumba bawah RM 1,000! 07

Pilih mai pilih! Imej dari GEARZ Studio.

Semestinya, terdapat pelbagai permainan video lain dengan yang ada di pasaran sekarang, jadi untuk memudahkan anda kami telah menyenaraikan beberapa siri permainan video terkini termasuklah sokongan perkakasan masing-masing.

Dalam senarai ini, ada permainan video yang merupakan sebuah sim perlumbaan dengan level simulasi tinggi, kemudian kita ada "sim-lite" yang cuba memberikan pengalaman diantara simulasi dan arked, dan akhir sekali pelumbaan arked berorientasikan aksi.

3. Set stereng perlumbaan dan pedal – mana satu idaman kalbu?

Racing simulator – 6 langkah dan cara mudah untuk anda berlumba bawah RM 1,000! 08

Anatomi pilihan set stereng dan pedal perlumbaan oleh GEARZ Studio.

Inilah benda yang paling penting sekali untuk racing simulator, kalau tak macam mana nak main betul-betul? Sebelum itu, anda kena tahu bahawa terdapat tiga jenis stereng perlumbaan, bermula dengan belt (tali), gear, dan direct drive.

Jenis belt (Tali)

Racing simulator – 6 langkah dan cara mudah untuk anda berlumba bawah RM 1,000! 09

Sebilangan besar stereng perlumbaan sim di pasaran hari ini menggunakan tali dan ada sebab yang baik untuk ini. Teknologi tali memberikan pilihan yang jauh lebih murah ketika menerapkan tindak balas daya ('force feedback') melalui stereng kerana menggunakan motor kecil.

Racing simulator – 6 langkah dan cara mudah untuk anda berlumba bawah RM 1,000! 10

Imej dari Race Department.

Pengurangan harga pada motor kecil yang digunakan untuk stereng perlumbaan sim yang digerakkan tali membolehkan produk ini disasarkan kepada pemain yang ingin membeli roda pertama mereka.

Jenis produk ini sering menjadi langkah pertama ke dunia perlumbaan sim bagi kebanyakkan orang.

Jenis gear

Racing simulator – 6 langkah dan cara mudah untuk anda berlumba bawah RM 1,000! 11

Stereng yang dipacu gear berfungsi dengan cara yang lebih kurang sama seperti tali. Motor kecil dipasang pada rangkaian gear yang menterjemahkan dan memperkuat kesan tindak balas daya.

Ia menghasilkan tork yang jauh lebih banyak daripada motor dengan sendirinya.

Racing simulator – 6 langkah dan cara mudah untuk anda berlumba bawah RM 1,000! 12

Kelemahan utama stereng gear terletak pada gear itu sendiri. Sistem gear secara semula jadi kikuk kerana pertembungan logam dari dua gear yang berputar.

Bergantung pada stereng perlumbaan sim yang anda beli, kadang-kadang anda akan merasakan gigi gear mengisar dan melompat melalui tindak balas daya yang kuat.

Direct drive (pemacu langsung)

Racing simulator – 6 langkah dan cara mudah untuk anda berlumba bawah RM 1,000! 13

Stereng direct drive (pemacu langsung) menghubungkan stereng terus ke aci motor. Motor itu sendiri jauh lebih besar daripada yang terdapat pada stereng yang digerakkan oleh tali mahupun gear.

Racing simulator – 6 langkah dan cara mudah untuk anda berlumba bawah RM 1,000! 14

Saiz dan kekuatan motor inilah yang menyebabkan stereng jenis direct drive mempunyai tahap tork yang tinggi. Ini juga bermaksud bahawa tidak ada kesan tindak balas daya yang dihasilkan hilang pada sambungan tali/gear.

Kalau anda lihat video pelumba professional di YouTube, kebanyakkan daripada mereka menggunakan stereng jenis ini.

Racing simulator – 6 langkah dan cara mudah untuk anda berlumba bawah RM 1,000! 15

Setakat ini, stereng perlumbaan sim yang paling murah dan berkualiti adalah PXN V3 Pro yang berharga RM 239. Tetapi fungsinya amat terhad dan anda tidak akan puas hati dengannya, jadi saya syorkan stereng perlumbaan sim dari jenama Logitech ataupun Thrustmaster. Lebih baik lagi, ada yang anda boleh campur adukkan!

Racing simulator – 6 langkah dan cara mudah untuk anda berlumba bawah RM 1,000! 16

Inilah yang membantu saya untuk kekal tangkas, meningkatkan skil pemanduan, dan juga aktif terutamanya waktu PKP ini.

Saya sendiri menggunakan set daripada jenama Thrustmaster, dengan stereng T500RS, shifter H-pattern TH8A, dan pedal T-LCM. Disebabkan saya peminat tegar drifting, saya juga mempunyai brek tangan khas ala rali untuk melakukan aksi drifting dengan lebih mudah.

Racing simulator – 6 langkah dan cara mudah untuk anda berlumba bawah RM 1,000! 17

Jika anda tak mampu nak beli baru dan ingin mencari set terpakai, anda boleh menyertai kumpulan Simulator Racing Marketplace (Malaysia) di Facebook. Saban hari ada saja orang yang ingin menjual set stereng dan/atau rig pada harga yang menarik.

Malah, saya membeli set stereng dan rig saya di kumpulan ini, terus menjimatkan ribuan ringgit daripada berbelanja untuk set yang baru.

4. Meja ataupun rig simulator – mana nak letak nanti?

Racing simulator – 6 langkah dan cara mudah untuk anda berlumba bawah RM 1,000! 18

Meja biasa pun boleh dah. Imej dari Reddit.

Usah keluarkan duit untuk membeli rig simulator jika anda sedang berbajet – meja komputer biasa dekat rumah ataupun meja pejabat pun sudah boleh, janji boleh letak stereng, shifter (jika ada), dan juga pedal di lantai.

Kalau nak lagi best, selesa, dan lagi realistik, memang anda kena ada satu rig simulator khas untuk tujuan ini. 

Racing simulator – 6 langkah dan cara mudah untuk anda berlumba bawah RM 1,000! 19

Kenapa anda perlu ada sim rig oleh GEARZ Studio.

Terdapat pelbagai jenis rig simulator di pasaran mengikut kesesuaian dan bajet anda, bermula dengan wheelstand yang boleh dilipat, kokpit mudah alih, kokpit ala kereta lumba, kokpit Formula 1, jenis dwi-fungsi yang membolehkan anda buat kerja (seperti saya punya), sehinggalah yang paling mahal iaitu motion simulator.

Jika anda mahir dalam pertukangan, kimpalan ('welding') atau kaki DIY, anda boleh mereka racing simulator anda sendiri. Malah, ada yang sampai masuk papan pemuka kereta sebenar, siap dengan butang yang berfungsi! 

Racing simulator – 6 langkah dan cara mudah untuk anda berlumba bawah RM 1,000! 20

Pakai tempat sterika pun boleh...imej dari GT Planet.

5. Skrin – monitor/TV, triple monitor, projektor gogel realiti maya (VR)?

Anda mempunyai empat pilihan untuk skrin. Monitor tunggal/televisyen, triple-screen (tiga monitor), projektor, dan gogel realiti maya (VR).

Bagi mana yang baru nak bermula, skrin monitor biasa atau televisyen LCD yang sedia ada sudah memadai. Malah, anda juga boleh menggunakan projektor.

Racing simulator – 6 langkah dan cara mudah untuk anda berlumba bawah RM 1,000! 21

Komputer riba pun boleh! Imej dari Reddit.

Bagi mana yang inginkan pengalaman yang lebih imersif, anda perlulah berbelanja lebih. Sebagai contoh, skrin ‘curved’ dengan nisbah 32: 9 yang sangat luas.

Kelebihan skrin ini adalah mudah dikonfigurasi dan menawarkan sudut tontonan yang sangat luas tanpa bezel di antaranya. Satu lagi kelebihan ialah monitor dalam ukuran ini pada umumnya adalah model tertinggi dengan ciri-ciri terbaik.

Triple monitor dapat digunakan untuk mengatur sudut tontonan optimum yang tersedia di layar datar ('flatscreen'). Kelebihan penyediaan ini adalah anda akan dapat merasakan dan melihat persekitaran dengan lebih terperinci serta natural, macam berada didalam kereta betul.

Racing simulator – 6 langkah dan cara mudah untuk anda berlumba bawah RM 1,000! 22

Imej dari Simtag.

Kekurangan tiga skrin ini adalah ianya rumit untuk dipasang, memerlukan lebih banyak ruang, lebih banyak daya pemprosesan GPU, dan pemasangan khusus diperlukan untuk penyediaan yang ideal.

Bagi pengalaman racing simulator yang paling ‘best’, anda kena cuba gogel realiti maya (VR). Senang cerita, dia macam anda lompat dari dunia grafik 2D ke grafik 3D. Kepala anda bebas bergerak sepenuhnya, lebih mudah untuk melihat arah yang ingin dituju memang stim.

Racing simulator – 6 langkah dan cara mudah untuk anda berlumba bawah RM 1,000! 23

Imej dari Hubneo.

Kadang-kadang anda boleh lupa bahawa anda berada di dunia maya. Headset VR moden dengan penjejakan ke dalam memudahkan penyediaan dan anda tidak perlu risau tentang kedudukan monitor anda.

Tetapi VR ini bukanlah untuk semua orang, kerana ada yang akan mengalami ‘motion sickness’ (mabuk).

6. Sambungan internet berkelajuan tinggi

Racing simulator – 6 langkah dan cara mudah untuk anda berlumba bawah RM 1,000! 24

Mana satukah pilihan anda?

Anda boleh main secara solo ataupun berlumba dengan komputer AI di luar talian, tetapi jika anda ingin berlumba dengan pemain sebenar, maka sambungan internet berkelajuan tinggi amatlah penting.

Perodua Myvi pun ada bos!

Menurut Ricmotech, kelajuan sambungan internet minimum yang anda perlu untuk berlumba dengan orang lain di atas talian adalah sebanyak 128kbps, sebaiknya menggunakan sambungan terus berbanding tanpa wayar. Ping kurang daripada 100ms boleh diterima untuk sim perlumbaan.

Baru boleh lumba reramai kat Sepang!

Ini akan membolehkan paket data mengalir dengan kelajuan yang cukup untuk memastikan semua semua data perlumbaan dikemas kini dengan tepat dan cepat. Ini merangkumi kedudukan, kelajuan, dan arah setiap kereta.

Sebaiknya, anda harus mengemas kini perisian anda untuk mendapatkan kelajuan muat turun yang lebih cepat.

Konklusi

Racing simulator – 6 langkah dan cara mudah untuk anda berlumba bawah RM 1,000! 25

Penyediaan perlumbaan sim adalah pembelian yang dianggap penting bagi kebanyakan orang, bukan saja dari segi kos tetapi termasuk juga ruang.

Kami faham perasan individu yang pertama kali mendengar atau melihat kos untuk sebuah racing simulator, tetapi seperti kami terangkan dalam artikel ini, ada pelbagai jenis dan tahap yang sesuai bagi anda.

Atuk yang berumur 93 tahun pun main!

Tambahan pula, jika anda sudah tawar hati atau rasakan bahawa racing simulator ini bukanlah sesuatu yang anda minat atau ingin main pada jangka masa yang panjang, anda boleh menjualnya semula tanpa kerugian yang besar. Selamat mencuba!

 

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda