window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ragu-ragu dengan jenama China? GWM janji bekalan yang lebih baik dengan pusat alat ganti Shah Alam!

Haris ยท Nov 30, 2022 11:00 AM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ragu-ragu dengan jenama China? GWM janji bekalan yang lebih baik dengan pusat alat ganti Shah Alam! 01

Masih ingat Haval H1?

Jenama itu dilihat kurang kehadiran di atas jalan raya justeru kebimbangan mengenai ketersediaan alat ganti dan sokongan selepas jualan semakin meningkat; satu sentimen yang buruk apabila GWM komited untuk cuba memasuki semula pasaran Malaysia.

Bercakap pada pelancaran Ora Good Cat, Presiden GWM ASEAN, Elliot Zhang berkata bahawa syarikat itu telah merombak jabatan perkhidmatan selepas jualannya dengan proses baharu, menawarkan ketersediaan stok alat ganti yang lebih baik berdasarkan pengajaran yang diperolehi daripada GWM Thailand.

Ragu-ragu dengan jenama China? GWM janji bekalan yang lebih baik dengan pusat alat ganti Shah Alam! 02

"Kami telah pun menyediakan pusat alat ganti di sini di Shah Alam dan ia akan mula beroperasi pada bulan Disember 2022. Kedua, sebahagian daripada gudang kami juga akan menggunakan sistem baharu di mana kami akan menguruskan bekalan dan permintaan alat ganti, memberikan kami ketelusan dalam memperbaharui stok secara lebih jelas.

"Ketiga, pengalaman dari Thailand. Kami cukup mengetahui jenis unit alat ganti yang kami perlukan jadi ini meningkatkan proses pesanan alat ganti kami.

Ragu-ragu dengan jenama China? GWM janji bekalan yang lebih baik dengan pusat alat ganti Shah Alam! 03

"Sebagai sebahagian daripada rancangan untuk persediaan stok alat ganti, kami pasti akan merancang untuk volum yang lebih tinggi, kerana kami tidak tahu berapa banyak yang kami perlukan buat masa ini kerana kami baru sahaja melancarkan kereta itu,

"Tetapi ia sudah pasti lebih daripada mencukupi. Apabila kami mula beroperasi di sini dan mengetahui trend pengguna, kami boleh melihat proses yang lebih baik untuk melakukan pesanan stok," jelas Zhang.

Pusat servis GWM akan bermula dengan 5 pusat 3S (Jualan, Servis dan Alat Ganti) pada Disember, di mana ia disasarkan untuk bertambah kepada 15 pusat mulai 2023.

Baca: GWM akan mula CKD tahun 2023 - Haval H6, GWM Pao dan Ora EV menyusul untuk saingi jenama Jepun!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda