window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rahsia penjual kereta terpakai terbongkar, mekanik kongsi cara tutup "warning light" sebelum kereta dijual!

Haris ยท Nov 8, 2022 07:00 PM

Rahsia penjual kereta terpakai terbongkar, mekanik kongsi cara tutup

Bukan semua pengedar kereta terpakai itu pandai menipu namun kebarangkaliannya agak tinggi. Lebih lagi di zaman cip semikonduktor asyik tak cukup, perhatian kini beralih ke model kereta terpakai.

Sebagai panduan, komponen yang paling mudah untuk diubah oleh pengedar kereta terpakai adalah pada kluster meter instrumen yang turut menampilkan jarak perbatuan.

Rahsia penjual kereta terpakai terbongkar, mekanik kongsi cara tutup

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Walau bagaimanapun, rupa-rupanya ada lebih banyak helah di sebalik kluster meter instrumen itu. Hantaran Facebook dari 96 Auto Parts misalnya, mendedahkan bahawa lampu amaran kenderaan (warning light) juga mampu "dipadamkan" supaya pembeli tidak mengetahui status kesihatan mekanikal kenderaan itu.

Rahsia penjual kereta terpakai terbongkar, mekanik kongsi cara tutup

Kaedah menutup / memadamkan lampu amaran ini adalah cara paling murah dan mudah untuk menyembunyikan sebarang masalah pada kereta terpakai. Jika anda tidak berhati-hati dan tidak melakukan usaha wajar sebelum membeli kereta terpakai, anda mungkin akan membeli kereta yang mengalami kerosakan beg udara, atau ABS yang gagal lantas merisikokan keselamatan anda.

Rahsia penjual kereta terpakai terbongkar, mekanik kongsi cara tutup

Lampu amaran bukannya direka untuk sekadar ada. Ia bertujuan untuk memberi amaran kepada pemandu tentang masalah kereta tersebut dalam masa nyata. Adalah tidak bertanggungjawab jika penjual/pengedar menutup lampu amaran begitu sahaja. Jadi bagaimana mereka melakukannya?

Bagaimana cara untuk mengelakkan kereta dengan lampu amaran yang dipadamkan?

Rahsia penjual kereta terpakai terbongkar, mekanik kongsi cara tutup

Cara menyemak jika lampu amaran sudah ditutup adalah sangat mudah - hanya hidupkan kereta dan perhatikan lampu amaran yang muncul pada kelompok instrumen. SEMUA lampu amaran harus menyala apabila kereta dihidupkan.

Rahsia penjual kereta terpakai terbongkar, mekanik kongsi cara tutup

Sesetengah pengedar kereta terpakai menggunakan pita hitam untuk menutup lampu amaran

Jika kereta tersebut menggunakan kunci tradisional untuk dihidupkan, putar kunci ke kedudukan "START". Bagi kereta yang lebih moden dengan butang penghidup enjin, tekan butang untuk satu kali tanpa menekan brek. Beri perhatian dengan teliti jika terdapat sebarang lampu yang tidal menyala.

Rahsia penjual kereta terpakai terbongkar, mekanik kongsi cara tutup

Ada yang mencabut terus lampu LED

Sebagai alternatif, jika anda mempunyai peranti OBD2 di tangan, anda juga boleh memasangkan peranti ke dalam port OBD2 kereta (dengan kebenaran penjual, minta dahulu) dan mengimbas sebarang mesej ralat yang keluar pada peranti tersebut.

Rahsia penjual kereta terpakai terbongkar, mekanik kongsi cara tutup

Jika penjual enggan membenarkan anda mencucuk peranti OBD2 anda ke kenderaan yang dijual, lupakan sahaja dari membeli kenderaan tersebut.

Hal ini kerana pengedar mungkin sedang cuba menyembunyikan sesuatu. Sebarang kod kerosakan yang muncul pada OBD2 dan bukan pada kelompok instrumen boleh menjadi petanda bahawa kereta itu mungkin telah diubah.

Untuk lebih mudah lagi, apa kata layari laman web Carsome?

Semua kereta dengan Carsome Certified disertakan dengan Carsome Promise, yang memastikan bahawa kereta tersebut telah lulus pemeriksaan 175 poin yang ketat, termasuk waranti setahun, termasuk jaminan wang dikembalikan dalam lima hari dan harga tetap tanpa kos tersembunyi.

Apa kata cuci mata terlebih dahulu hari ini dan buat keputusan kemudian? Ikuti pautan ini.

Baca juga:

Tip beli kereta terpakai: 6 cara untuk periksa enjin

Beli kereta terpakai 'online'? Ini cara elak terbeli kereta pernah kemalangan atau banjir

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda