window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rakyat Malaysia dicabar dalam Daihatsu Dress Up e-Challenge 2021, hadiah utama RM 20k!

Haris · Dec 1, 2021 06:00 PM

Rakyat Malaysia dicabar dalam Daihatsu Dress Up e-Challenge 2021, hadiah utama RM 20k! 01

Foto: Taufiq Yahya

Pandemik Covid-19 tidak mematahkan semangat penganjur Daihatsu Dress Up e-Challenge (DDeC) 2021, pertandingan mencari modifikasi-modifikasi ‘tergila’ untuk model Daihatsu, atau di Malaysia yang membenarkan model Perodua untuk menyertainya.

Kini dilaksanakan secara maya, Daihatsu Dress Up e-Challenge 2021 merupakan hasil kerjasama daripada Daihatsu Indonesia dan Hot Import Night (HIN). HIN merupakan sebahagian daripada acara Indonesia Auto Modified (IAM) 2021.

Pertama kali diadakan pada tahun 2014, pertandingan ini sudah menjengah 8 tahun dengan 2 tahun dilakukan secara atas talian iaitu pada tahun 2020 dan 2021 ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Rakyat Malaysia dicabar dalam Daihatsu Dress Up e-Challenge 2021, hadiah utama RM 20k! 01

Menariknya, kaki modifikasi di Indonesia mahu bersaing di peringkat yang lebih besar dan mahukan persaingan baru di skala antarabangsa justeru DDeC 2021 telah melibatkan Malaysia dalam pertandingan tersebut.

Terdapat 6 kawasan yang dibahagiakan oleh penganjur dan setiap juara kawasan akan bersaing di dalam perlawanan akhir peringkat kebangsaan. Untuk Indonesia, terdapat 4 kawasan yang dipertandingkan manakala Malaysia pula terbahagai kepada 2 kawasan iaitu Malaysia Barat dan Malaysia Timur.

Dikatakan bahawa sebanyai 1,151 kenderaan telah menyertai pertandingan DDeC 2021 di mana 891 unit adalah dari Indonesia dan selebihnya 260 unit dari Malaysia.

Rakyat Malaysia dicabar dalam Daihatsu Dress Up e-Challenge 2021, hadiah utama RM 20k! 02

“Daihatsu bersyukur, pertandingan modifikasi generasi muda ini disambut positif, bukan sahaja di Indonesia, malah di Malaysia dengan jumlah ribuan unit kenderaan yang diubahsuai yang muncul.

"Semoga pengubahsuai dapat memanfaatkan peraduan Daihatsu Dress Up e-Challenge 2021 untuk mengekspresikan diri secara positif dan bersaing untuk kreativiti pengubahsuaian kereta Daihatsu dan Perodua, seterusnya mengeratkan hubungan Daihatsu dengan rakan-rakan muda,” ujar Eko Priyanto, Ketua Jabatan Promosi PT Astra Daihatsu Motor (ADM).

DDeC menggunakan format penyingkiran dan pemenang dipilih ke dalam beberapa peringkat dan disokong oleh juri profesional antarabangsa.

Selain dinilai oleh juri profesional, orang ramai atau warganet juga boleh menyumbang dengan mengundi kereta paling cool mengikut versi umum, menerusi saluran media sosial Instagram hinofficial.

Daihatsu turut meningkatkan nilai hadiah tahun ini kepada AS$ 5,000 (RM 21,085) berserta trofi yang tersedia untuk diagihkan kepada pemenang terpilih bermula dari peringkat awal hingga pusingan akhir.

Baca: Daihatsu sasar 10 model DNGA baharu untuk pasaran membangun, termasuk hibrid dan EV!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda