window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rakyat Malaysia pulun beli kereta Jan-Mac 2021, dijangka perlahan pada suku seterusnya?

Mersita ยท Apr 27, 2021 02:00 PM

Rakyat Malaysia pulun beli kereta Jan-Mac 2021, dijangka perlahan pada suku seterusnya? 01

Berikutan pelanjutan insentif pengecualian cukai jualan 100 peratus bagi kenderaan penumpang dipasang tempatan (CKD) dan 50 peratus bagi kereta impot (CBU), pembeli pastinya tidak melepaskan peluang untuk menikmati penjimatan ini.

Terdahulu, kerajaan Malaysia mengumumkan insentif ini dibawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dimana tempoh bagi pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) ini sah sehingga 31 Disember 2020 sahaja. Namun, beberapa hari sebelum tahun lalu berakhir, kita dimaklumkan yang insentif ini dilanjutkan sehingga 30 Jun 2021.

Rakyat Malaysia pulun beli kereta Jan-Mac 2021, dijangka perlahan pada suku seterusnya? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Hasilnya, suku pertama tahun ini menunjukkan peningkatan jumlah jualan secara mendadak. Walaupun banyak syarikat yang terpaksa bekerja keras untuk menyesuaikan pelan tahunan mereka disebabkan perubahan yang dibuat di saat-saat akhir, nampak gayanya usaha ini membuahkan hasil.

Menurut satu temubual bersama Sinar Harian, Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad berkata, jumlah keseluruhan industri (TIV) sehingga Mac 2021 mencatatkan peningkatan sebanyak 31 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.

Rakyat Malaysia pulun beli kereta Jan-Mac 2021, dijangka perlahan pada suku seterusnya? 01

“Jualan kenderaan pada tahun ini sehingga Mac adalah sebanyak 139,499 unit berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas iaitu 106,596 unit,” kata beliau.

Prestasi bulan-ke-bulan pula menunjukkan peningkatan 30 peratus bagi Januari ke Febuari, dan meningkat lagi 49 peratus dari Februari ke Mac.

Menurut Aishah, peningkatan ini didorong oleh penghantaran kenderaan yang pantas hasil daripada usaha yang dipertingkatkan oleh pengeluar kenderaan bagi mencapai data jualan yang positif.

Baca juga: 4,345 unit Perodua Ativa terjual, pecah rekod Proton X50 sebagai SUV terlaris dalam sebulan!

Rakyat Malaysia pulun beli kereta Jan-Mac 2021, dijangka perlahan pada suku seterusnya? 02

Walau bagaimanapun, beliau berpendapat yang data jualan bulan-ke-bulan dari Mac ke April akan mencatatkan penurunan berbanding tahun lalu.

Unjuran jualan keseluruhan kenderaan yang disasarkan oleh MAA pada tahun ini ialah sebanyak 570,000 unit iaitu peningkatan lapan peratus berbanding jualan tahun lepas yang mencapai sebanyak 529,234 unit.

Baca juga: Jualan kereta melonjak pada bulan Mei, kata MAA

Rakyat Malaysia pulun beli kereta Jan-Mac 2021, dijangka perlahan pada suku seterusnya? 03

Dengan kadar bunga yang rendah (buat masa ini dianggarkan sekitar 2.27 peratus, akan berubah-ubah) dan juga penjimatan tambahan seperti rebat yang ditawarkan pengeluar, adakah anda berniat untuk membeli kereta dalam masa terdekat? Jom komen di ruangan Facebook WapCar - BM.

Baca juga: Senarai kereta CKD dengan pengecualian cukai SST penuh sebanyak 10%

Sumber berita: Sinar Harian

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda