window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rakyat Sarawak bakal nikmati bekalan minyak, hidrogen dan pengecas elektrik dalam satu stesen!

Haris · Oct 21, 2020 11:00 AM

Rakyat Sarawak bakal nikmati bekalan minyak, hidrogen  dan pengecas elektrik dalam satu stesen! 01

Kerajaan Negeri Sarawak baru sahaja mengumumkan bahawa Sarawak bakal menjadi negeri pertama yang mempunyai rangkaian stesen bahan api bersepadu. 3 sumber kuasa untuk menggerakkan sebuah kenderaan iaitu petroleum, elektrik dan hidrogen bakal dihimpunkan di bawah satu bumbung.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah merasmikan majlis pecah tanah stesen yang diadakan di Darul Hana semalam, 20 Oktober 2020.

Rakyat Sarawak bakal nikmati bekalan minyak, hidrogen  dan pengecas elektrik dalam satu stesen! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menurut beliau, pencapaian ini menunjukkan bahawa Sarawak kini selangkah lebih maju dari segi teknologi perintis. Kejayaan ini menunjukkan usaha Sarawak dalam menyokong usaha mobiliti hijau dan masa hadapan.

"Stesen pengisian bahan api bersepadu ini akan membekalkan tiga komponen utama, iaitu petrol dan diesel, hidrogen berasaskan air dan bateri (pengecasan elektrik)," katanya.

Rakyat Sarawak bakal nikmati bekalan minyak, hidrogen  dan pengecas elektrik dalam satu stesen! 01

Tambahan lagi, ekonomi hidrogen Sarawak ini bukan yang pertama di Malaysia tetapi adalah yang pertama di rantau Asia Tenggara ujar Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) Energy, Robert Hardin.

Sementara itu, Pengerusi Sarawak Economic Development Corp (SEDC) Tan Sri Abdul Aziz Husain mengatakan bahawa projek itu merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan negeri Sarawak untuk membangunkan rangkaian stesen minyak bersepadu, di mana hidrogen sebagai bahan bakar utama akan diproses, disalurkan, dibekalkan dan dijual untuk kegunaan tempatan.

Rakyat Sarawak bakal nikmati bekalan minyak, hidrogen  dan pengecas elektrik dalam satu stesen! 02

"Pembangunan stesen pengisian bersepadu ini akan memberi keyakinan kepada penduduk setempat tentang kemampuan kerajaan negeri Sarawak dalam menunaikan janji. Ia juga menunjukkan daya saing kita yang tinggi dalam industri tenaga domestik dan juga global.” ujarnya lagi.

Rakyat Sarawak bakal nikmati bekalan minyak, hidrogen  dan pengecas elektrik dalam satu stesen! 03

Kredit gambar: Dayakdaily

Beliau juga turut mengesahkan bahawa SEDC merancang untuk membina enam stesen di seluruh Sarawak, bermula dengan stesen di Darul Hana dan stesen kedua di Kuching, sementara empat lagi stesen akan dibina di Sri Aman, Sibu, Bintulu, dan Miri.

Kerajaan negeri Sarawak turut dilaporkan mempunyai 2 buah Hyundai Nexo dan 3 buah bas berkuasa hidrogen untuk tujuan kajian dan pembangunan. Selain daripada Petros, pengusaha terbaru dalam industri stesen minyak adalah jenama Five.

Sumber: The Edge Markets

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda