window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ramai kena 'Scam', imej bocor Honda Vario 160 di Vietnam adalah palsu!

Khairil ยท May 11, 2021 03:00 PM

Ramai kena 'Scam', imej bocor Honda Vario 160 di Vietnam adalah palsu! 01

Selepas Honda menaiktaraf model skuternya PCX 150 dari sudut sesaran enjin yang kini bersesaran 160 cc dan pelbagai penambahbaikkan teknologi pada tahun ini, timbul persoalan apakah model seterusnya yang akan mendapat peningkatan serupa.  

Juga baca: Thailand lancar Honda PCX 160 2021, lebih berkuasa, harga bermula RM12,343

Ramai yang menjangkakan satu lagi model skuter iaitu Vario 150 atau Click 150 akan menerima naik taraf sama dan pelbagai laporan mengenai Honda sedang menyiapkan motosikal berkenaan tersebar.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ramai kena 'Scam', imej bocor Honda Vario 160 di Vietnam adalah palsu! 01

Honda Vario 150

Terbaharu, muncul laporan beserta imej yang didakwa sebagai Honda Vario 160 tertiris di Vietnam. Dan berita berkenaan pantas mendapat perhatian media seluruh dunia.

Ramai kena 'Scam', imej bocor Honda Vario 160 di Vietnam adalah palsu! 02

Begitupun, memetik laporan media automatif dari Indonesia, Iwanbanaran, imej yang dikatakan sebagai Vario 160 itu adalah palsu.

Juga baca: Honda PCX160 2021 masuk pasaran Indonesia, harga bermula RM 8,806

Pelbagai dalil diberikan namun alasan paling utama adalah menurut laman web berkenaan, Honda Vario yang dikenali sebagai Honda Click di Vietnam adalah model yang diimport dari Indonesia.

Ramai kena 'Scam', imej bocor Honda Vario 160 di Vietnam adalah palsu! 03

Jadi adalah tidak logik jika Honda Vietnam dikatakan akan memproduksi sendiri motosikal berkenaan.

Ramai kena 'Scam', imej bocor Honda Vario 160 di Vietnam adalah palsu! 04

Begitupun, alasan paling tepat mengapa berita berkenaan adalah tidak benar adalah motosikal berkenaan sebenarnya adalah skuter klon yang diproduksi di China dan diberi nama Easyride 150CL versi 2021.

Juga baca: Honda Vario 150 dapat enjin lebih berkuasa tahun 2021?

Model berkenaan dijual di pasaran Filipina dengan nama sebenarnya adalah Dynasty 150i yang dibina oleh syarikat Chongqing Esenda Trading Co dari negara Tembok Besar berkenaan.

Ramai kena 'Scam', imej bocor Honda Vario 160 di Vietnam adalah palsu! 05

Apapun, menerusi imej berkenaan, tidak dapat dinafikan skuter berkenaan tampil dengan reka bentuk yang menarik. 

Ramai kena 'Scam', imej bocor Honda Vario 160 di Vietnam adalah palsu! 06

Sebagai info, jika Vario dinaiktaraf, ia akan menggunakan enjin baharu iaitu eSP+ bersesaran 159.3 cc, Penyejuk Cecair, 4 Lejang, 1 Silinder, 4 injap yang turut digunakan oleh skuter PCX 160.

Ramai kena 'Scam', imej bocor Honda Vario 160 di Vietnam adalah palsu! 07

Honda PCX 160

Menariknya, enjin berkenaan dikatakan lebih cekap dari sudut penggunaan bahan api apabila menggunakan 4 injap berbanding PCX 150 yang menggunakan 2 injap. Ia berupaya menghasilkan kuasa 15.6 Hp pada 8,500 rpm dan tork 15 Nm pada 6,500 rpm.

Ramai kena 'Scam', imej bocor Honda Vario 160 di Vietnam adalah palsu! 08

Ciri-ciri menarik lain bagi PCX 160 adalah dilengkapi cakera depan dan belakang dengan sistem ABS satu saluran dan dipadankan dengan teknologi Honda Selectable Torque Control (HSTC) yang canggih.

Juga baca: Honda Vario serba baharu guna enjin 160 cc dalam fasa ujian terakhir pembikinan di Indonesia?

Dari kami di WapCar, untuk melawan populariti Yamaha menerusi skuter hebatnya iaitu NVX 155, Honda sememangnya perlu melakukan sesuatu dan antara langkah paling logik adalah menaiktaraf Honda Vario.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda