window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ramai lalu Kuala Pilah sejak LPT 1 ditutup akibat banjir, aliran trafik naik lebih sekali ganda

Mersita ยท Dec 22, 2021 11:59 AM

Ramai lalu Kuala Pilah sejak LPT 1 ditutup akibat banjir, aliran trafik naik lebih sekali ganda 01

Gambar hiasan

Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) yang ditutup sejak Sabtu memaksa pengguna jalan raya untuk mengambil laluan alternatif melalui Kuala Pilah, mengakibatkan aliran trafik yang meningkat secara mendadak di daerah Negeri Sembilan itu.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Superintenden Amran Mohd Ghani berkata kebiasaannya, aliran trafik di Kuala Pilah adalah sebanyak 5,000 buah kenderaan dalam masa sejam pada Jumaat hingga Sabtu.

Kini, ia boleh mencapai sehingga 12,000 kenderaan dalam tempoh masa sama, dikerumuni pengguna jalan raya dari Pantai Timur dan Lembah Klang yang diberi laluan alternatif ini.

Ramai lalu Kuala Pilah sejak LPT 1 ditutup akibat banjir, aliran trafik naik lebih sekali ganda 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

“Antara lokasi yang dikesan aliran trafik banyak dan perlahan adalah dari arah Jempol, Jelebu menghala ke Kuala Pilah,” katanya semalam.

Semua pengguna jalan raya dinasihati untuk sentiasa berhati-hati, membuat perancangan teliti sebelum memulakan perjalanan, dan berhenti berehat jika penat memandu.

Menurut kemaskini terbaru setakat masa penulisan, LPT 1 KM79.5 - KM 136.9 Karak ke Chenor masih tidak boleh dilalui di kedua-dua hala. Maklumat laluan alternatif boleh dirujuk ke Talian Bilik Gerakan Bencana JKR di talian 03-26107727 atau layari portal Ebencana di bencanaalam.jkr.gov.my.

Baca juga: 450 terkandas di Lebuhraya KL-Karak diselamatkan, trak bantu tunda kenderaan

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda