Jaguar Land Rover Malaysia (JLRM) baru sahaja melancarkan Range Rover Evoque 2024 facelift dan SUV premium kompak ini hadir dengan 3 varian pada harga berikut:
- RM 498,800 - 200 PS Dynamic SE (M Spec)
- RM 529,800 - 249 PS Dynamic SE (H Spec)
- RM 565,800 - 249 PS Dynamic HSE (Lux Spec)
Apa yang baru pada siri facelift ini ialah elemen eksterior yang selari dengan model-model Range Rover terkini. Antaranya seperti lampu Pixel LED, DRL baru (hanya pada Lux Spec) dan grafik lampu belakang yang lebih moden.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Dari segi trenkuasa, varian M Spec datang dengan enjin 2.0L turbo (200 PS/320 Nm), manakala varian atas hadir dengan peningkatan output kepada 249 PS/365 Nm. Standard pada semua varian adalah sistem pacuan semua roda dan transmisi automatik 8-kelajuan.
Masuk ke bahagian dalam, susunan dua skrin yang ada sebelum ini telah diganti dengan skrin 11.4 inci.
Antara ciri standard pada M Spec termasuklah pelaras berkuasa 12-hala untuk tempat duduk pemandu, kluster digital 12.3 inci, Apple CarPlay/Android Auto tanpa wayar, audio Meridian 11-pembesar suara 400W dan pengecas tanpa wayar.
H Spec pula menambah kamera 3D Surround dan ClearSight Interior Rear View. Varian Lux Spec pula dilengkapkan terus dengan bumbung panoramik, pelaras berkuasa 14-hala untuk tempat duduk penumpang hadapan, head-up display, lampu Pixel LED dan suspensi adaptif.
Beralih ke aspek keselamatan, semua varian hadir dengan kawalan pelayaran adaptif, brek kecemasan autonomi, amaran titik buta, amaran lintasan belakang, bantuan kekal dalam lorong dan pengesanan papan tanda lalu lintas.
Mereka yang berminat dengan Range Rover Evoque 2024 facelift bolehlah ke edaran JLRM di Ara Damansara dan Penang atau lawat laman rasmi di sini.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });