window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

RapidKL cuba bas mini Hino Poncho di Kuala Lumpur dan P. Pinang. Stylo!

Mersita ยท Oct 22, 2021 07:00 PM

RapidKL cuba bas mini Hino Poncho di Kuala Lumpur dan P. Pinang. Stylo! 01

Rapid Bus Sdn Bhd akan menjalankan percubaan seterusnya ke atas bas comel jenis Hino Poncho di lebih banyak laluan bas RapidKL di sekitar ibu kota Kuala Lumpur dan Pulau Pinang dalam masa terdekat. Ujian kedua di Kuala Lumpur akan melibatkan laluan T180 (Taman Dato' Senu - Chow Kit) dan laluan 302 (Titiwangsa - KLCC) dan dirancang bermula seawal Oktober 2021 sehingga April 2022.

Pada Oktober 2019 lalu, ujian pertama dijalankan di laluan T784 (LRT Taman Bahagia) dan T201 (LRT Gombak). Percubaan tiga bulan itu berakhir dengan jayanya pada Mac 2020.

RapidKL cuba bas mini Hino Poncho di Kuala Lumpur dan P. Pinang. Stylo! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bagi di Pulau Pinang, ujian percubaan ini akan merangkumi laluan 11 (Pengkalan Weld - Batu Lanchang) dan laluan 201 (Pengkalan Weld - Tingkat Paya, Terubong).

Bas mini Hino Poncho yang nyata kecil saiznya tapi besar faedahnya ini berukuran panjang tujuh meter sahaja. Dengan lantai yang rendah, bas ini cukup selesa bagi warga emas dan kanak-kanak.

RapidKL cuba bas mini Hino Poncho di Kuala Lumpur dan P. Pinang. Stylo! 01

Tambahan pula, bas ini boleh direndahkan sehingga 50 mm bagi memudahkan proses keluar-masuk penumpang, dan ia juga boleh dinaikkan sehingga 30 mm lebih tinggi bagi memberi lebih ruang untuk menempuh permukaan jalan raya lebih mencabar.

Bas bersaiz kompak ini berupaya membuat radius putaran 7.7 meter, sesuai untuk kawasan bandar yang sesak dan sempit. Walaupun badannya kecil, ia mampu memuatkan sehingga 31 orang penumpang pada satu-satu masa.

RapidKL cuba bas mini Hino Poncho di Kuala Lumpur dan P. Pinang. Stylo! 02

Bas Hino Poncho dikuasakan oleh enjin diesel Euro 5 5.0 liter, dipadankan dengan transmisi automatik 5 kelajuan. Bas ini telah digunakan secara meluas di Jepun.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus, Muhammad Yazurin Sallij Muhammad Yassin, berkata, berdasarkan ujian percubaan kali pertama, Hino Poncho berupaya untuk menawarkan perkhidmatan dengan lebih berkesan, malah saiznya yang kecil membolehkannya dipandu di kawasan perumahan yang kecil.

RapidKL cuba bas mini Hino Poncho di Kuala Lumpur dan P. Pinang. Stylo! 03

Terdahulu, bas mini lejen berwarna merah jambu menjadi mod pengangkutan penting di bandar-bandar sejak tahun 1975. Namun masa kini, ia sudah dianggap sebagai bas klasik yang ditelan zaman. Jika ujian percubaan ini berjaya, bolehkah bas mini moden ini menarik lebih ramai pengguna serta membantu menutup jurang antara pengguna dan LRT/MRT di ibu kota?

Berita berkait: Tren tanpa trek (ART) akan jalankan percubaan di Cyberjaya – kos rendah, mesra alam

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda