window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rasmi: Hafizh Syahrin kekal di WSBK, lengkapkan senarai pelumba MIE Racing Honda musim 2023!

Khairil · Dec 6, 2022 06:30 PM

Rasmi: Hafizh Syahrin kekal di WSBK, lengkapkan senarai pelumba MIE Racing Honda musim 2023! 01

Selepas agak lama 'bermain' dengan teka-teki, Hafizh Syahrin Abdullah mengesahkan akan kekal beraksi di Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) musim 2023 dengan melengkapkan senarai pelumba pasukan MIE Racing Honda.

Rasmi: Hafizh Syahrin kekal di WSBK, lengkapkan senarai pelumba MIE Racing Honda musim 2023! 02

Perkembangan mengujakan itu diumumkan sendiri oleh pasukannya di laman sosial rasmi dengan Hafizh bakal bergandingan dengan pelumba Brazil, Eric Granado dan kekal menggunakan jentera Honda CBR1000RR-R.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca: Hafizh Syahrin tutup kempen WSBK 2022 dengan 3 mata di Australia, destinasi musim depan kekal teka teki!

Hafizh yang juga bekas pelumba MotoGP pertama negara dan Asia Tenggara menyertai kempen WSBK pada musim ini dan bersaing bersama Alvaro Bautista (Ducati) yang juga juara dunia WSBK 2022, Toprak Razgatlıoglu (Yamaha) dan Jonathan Rea (Kawasaki).

Rasmi: Hafizh Syahrin kekal di WSBK, lengkapkan senarai pelumba MIE Racing Honda musim 2023! 01

Begitupun, selepas 12 pusingan kejuaraan berlangsung, Hafizh jelas tidak berpuas hati dengan pencapaiannya apabila sekadar mengisi kedudukan ke-23 keseluruhan dengan mengutip 10 mata.

Juga baca: Hafizh Syahrin muat naik uacapan selamat tinggal kepada Honda CBR1000RR-R, WSBK Australia perlumbaan terakhir?

Rasmi: Hafizh Syahrin kekal di WSBK, lengkapkan senarai pelumba MIE Racing Honda musim 2023! 02

Keputusan yang dicapai itu turut membuatkan pelumba kelahiran Ampang, Selangor itu memberi bayangan mungkin tidak akan beraksi lagi bersama pasukan itu musim depan sebelum spekulasi itu menemui titik noktah, hari ini.

Rasmi: Hafizh Syahrin kekal di WSBK, lengkapkan senarai pelumba MIE Racing Honda musim 2023! 03

Hafizh Syahrin dan Midori Moriwaki

Mengulas mengenai tindakannya untuk kekal bersama MIE Racing Honda, Hafizh, 28 tahun mengakui dia amat gembira dengan keputusan yang diperoleh.

Rasmi: Hafizh Syahrin kekal di WSBK, lengkapkan senarai pelumba MIE Racing Honda musim 2023! 04

"Saya tahu yang Midori (Moriwaki) sedang merencana pakej yang lebih baik untuk musim 2023 manakala saya akan fokus memberikan prestasi terbaik saya, menggunakan pengalaman yang kami peroleh pada musim lalu dan menyasarkan untuk menamatkan setiap perlumbaan dalam kelompok pungutan mata.

"Sasaran utama saya adalah untuk menjadi lebih kompetitif dan saya bersedia untuk bekerja keras untuk mencapainya."

Juga baca: Legasi bakal berakhir? Hafizh Syahrin beri bayangan 'pilu' undur diri!

Rasmi: Hafizh Syahrin kekal di WSBK, lengkapkan senarai pelumba MIE Racing Honda musim 2023! 05

Pemilik pasukan MIE Racing Honda, Midori mengakui Hafizh berterusan meningkat sepanjang musim pada penampilan sulungnya di WSBK dan gembira kata putus mengenai lanjutan kontrak berjaya dicapai.

Rasmi: Hafizh Syahrin kekal di WSBK, lengkapkan senarai pelumba MIE Racing Honda musim 2023! 06

"Saya fikir Hafizh dan Eric akan membentuk gandingan yang kompetitif dan kuat dan membantu kami untuk membangunkan projek kami bersama Honda selain mempromosi WSBK di Amerika Selatand an Asia, dua wilayah yang strategik untuk sukan ini."

Juga baca: Tiada GP Malaysia 2021, apa 'respon' Hafizh Syahrin?

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda