window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

RASMI: Honda Civic (FE) 2022 gen 11 membuat debut – enjin sama, Sensing terbaru, masuk Malaysia tahun ini juga?

Faisal · Apr 29, 2021 09:15 AM

RASMI: Honda Civic (FE) 2022 gen 11 membuat debut – enjin sama, Sensing terbaru, masuk Malaysia tahun ini juga? 01

Dengan prototaip dan beberapa spyshot yang pernah dilihat sebelum ini, akhirnya Honda Civic 2022 serba baharu diperkenalkan secara rasmi di Amerika sebentar tadi.

Selain rupa paras luar dan dalam yang serba baru, Honda Civic FE generasi ke-11 ini turut hadir dengan ciri baru dan Honda Sensing yang dinaik taraf.

Eksterior – lebih konservatif tetapi lebih kemas

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

RASMI: Honda Civic (FE) 2022 gen 11 membuat debut – enjin sama, Sensing terbaru, masuk Malaysia tahun ini juga? 01

Apapun, perlu dimaklumkan bahawa debut ini menyaksikan Honda Civic spec Amerika. Perincian mengenai versi untuk pasaran Asia akan diumum kemudian.

RASMI: Honda Civic (FE) 2022 gen 11 membuat debut – enjin sama, Sensing terbaru, masuk Malaysia tahun ini juga? 02

Di Amerika, Honda Civic ditawarkan dalam bentuk sedan. Bentuk hatchback pula akan menyusul di masa yang akan datang. Disebabkan kilang pemasangan Honda di United Kingdom baru sahaja ditamatkan, Honda Civic hatchback generasi baharu akan dipasang di Amerika.

RASMI: Honda Civic (FE) 2022 gen 11 membuat debut – enjin sama, Sensing terbaru, masuk Malaysia tahun ini juga? 03

Tidak mengira jenis badan ataupun varian apa sekalipun, Honda Civic generasi baru masih kekal dengan resepi turun temurun, iaitu pakej yang menarik minat pelbagai demografi.

Juga bacaHonda Civic: 50 tahun di persada dunia - 7 sebab ia kekal popular di Malaysia

RASMI: Honda Civic (FE) 2022 gen 11 membuat debut – enjin sama, Sensing terbaru, masuk Malaysia tahun ini juga? 04

Reka bentuk berani ala boomerang yang diterapkan pada generasi sebelum ini digantikan dengan penampilan yang lebih matang dan premium. Malah, ia kelihatan seperti baby Honda Accord.

Dimensi - adakah ia lebih besar berbanding CIvic ketam?

RASMI: Honda Civic (FE) 2022 gen 11 membuat debut – enjin sama, Sensing terbaru, masuk Malaysia tahun ini juga? 05

Berbanding generasi sebelum ini, jarak roda untuk Honda Civic FE meningkat sebanyak 36 mm. Malah, ia 33 mm lebih panjang berbanding model sebelum ini. Tinggi dan lebar pula dikekalkan seperti dahulu.

RASMI: Honda Civic (FE) 2022 gen 11 membuat debut – enjin sama, Sensing terbaru, masuk Malaysia tahun ini juga? 06

Menariknya, ruang but belakangnya yang berkeluasan 402 - 419 liter sebenarnya lebih kecil daripada 416 - 248 liter yang dimiliki oleh Honda Civic generasi sebelum ini.

Juga bacaHonda Civic 2021 serba baharu dirasmikan – pelancaran di Malaysia lebih awal?

Interior – sentuhan elemen retro tetapi lebih moden

RASMI: Honda Civic (FE) 2022 gen 11 membuat debut – enjin sama, Sensing terbaru, masuk Malaysia tahun ini juga? 07

Bahagian dalam Honda Civic 2022 diinovasikan oleh falsafah “Man Maximum, Machine Minimum” yang mana ia kini dibangunkan berdasarkan pemahaman “simplicity and something”.

RASMI: Honda Civic (FE) 2022 gen 11 membuat debut – enjin sama, Sensing terbaru, masuk Malaysia tahun ini juga? 08

Antara sentuhan yang baru ialah bahagian papan pemuka yang lebih selari (kini sebagai corong penyaman udara, sama seperti Honda HR-V 2021), kemasan trim jenis honeycomb, dan skrin infotainment sesentuh jenis berdiri yang bersaiz 7 atau 9 inci, bergantung pada varian.

RASMI: Honda Civic (FE) 2022 gen 11 membuat debut – enjin sama, Sensing terbaru, masuk Malaysia tahun ini juga? 09

Sokongan sistem bunyi Bose dengan 12 pembesar suara serta Android Auto dan Apple CarPlay turut didatangkan. Varian yang lebih atas pula dilengkapkan dengan versi tanpa wayar. 

Juga bacaKenapa kereta anda wajib ada Apple CarPlay dan Android Auto? Ini sebabnya

RASMI: Honda Civic (FE) 2022 gen 11 membuat debut – enjin sama, Sensing terbaru, masuk Malaysia tahun ini juga? 10

Walaupun kabin ini meletakkan fokus kepada unsur minimalis, ia masih kekal dengan butang fizikal untuk kawalan multimedia dan penyaman udara yang mana ia lebih mudah untuk pengguna.

RASMI: Honda Civic (FE) 2022 gen 11 membuat debut – enjin sama, Sensing terbaru, masuk Malaysia tahun ini juga? 11

Selain itu, bahagian tempat duduknya turut diperbaharui. Malah, kluster instrumen digital (sepenuhnya untuk varian yang lebih atas) yang terletak di sebalik roda stereng yang baru juga tampil dengan paparan grafik yang terkini.

RASMI: Honda Civic (FE) 2022 gen 11 membuat debut – enjin sama, Sensing terbaru, masuk Malaysia tahun ini juga? 12

Apapun, Honda turut mengesahkan bahawa elemen reka bentuk yang baru ini akan beransur pada model-model Honda yang akan datang.

Juga bacaBahagian interior Honda Civic FE 2021 serba baharu didedah secara rasmi – ringkas tetapi futuristik!

Trenkuasa – enjin yang dipertingkatkan

RASMI: Honda Civic (FE) 2022 gen 11 membuat debut – enjin sama, Sensing terbaru, masuk Malaysia tahun ini juga? 13

Di pasaran Amerika, Honda Civic generasi ke-11 hadir dengan pilihan enjin 1.5L turbo ataupun 2.0L aspirasi natural:

Trenkuasa Honda Civic 2022
Format

1.5L 4 silinder

Berpengecas turbo

180 PS/240 Nm tork

Transmisi CVT

2.0L 4 silinder

Aspirasi natural

158 PS/ 187 Nm tork

Transmisi CVT

RASMI: Honda Civic (FE) 2022 gen 11 membuat debut – enjin sama, Sensing terbaru, masuk Malaysia tahun ini juga? 14

Walaupun dengan trenkuasa yang sama, enjin 1.5L turbo telah dinaik taraf untuk menghasilkan 4 PS/20 Nm tork lebih daripada Honda Civic generasi sebelum ini.

RASMI: Honda Civic (FE) 2022 gen 11 membuat debut – enjin sama, Sensing terbaru, masuk Malaysia tahun ini juga? 15

Untuk sedan, pilihan transmisi manual 6 kelajuan telah ditamatkan. Apapun, ia dijangka hadir pada versi Type R yang bakal menyusul tidak lama lagi.

Keselamatan – Honda Sensing yang dinaik taraf

RASMI: Honda Civic (FE) 2022 gen 11 membuat debut – enjin sama, Sensing terbaru, masuk Malaysia tahun ini juga? 16

Honda Civic serba baharu didatangkan dengan ciri keselamatan Honda Sensing yang terkini. Antara pembaharuan yang diterapkan ialah ciri Blind Spot Monitoring (BSM), Traffic Jam Assist, dan Low Speed Brake Control.

Bila Civic baru nak masuk Malaysia?

RASMI: Honda Civic (FE) 2022 gen 11 membuat debut – enjin sama, Sensing terbaru, masuk Malaysia tahun ini juga? 17

Honda Civic yang baru sahaja membuat debut ini adalah spec Amerika yang mana jualannya akan bermula pada Jun yang akan datang. Walau bagaimanapun, Honda Malaysia telah memberikan petunjuk bahawa ia akan debut di Malaysia tahun ini juga sekiranya semua pelan berjalan dengan lancar.

Juga bacaHonda Civic FE 2022 serba baharu akan tembus pasaran Malaysia seawal tahun 2021!

RASMI: Honda Civic (FE) 2022 gen 11 membuat debut – enjin sama, Sensing terbaru, masuk Malaysia tahun ini juga? 18

Namun begitu, pasaran Thailand yang dijadikan sebagai ‘ibu’ di rantau ini sekalipun masih belum umumkan sebarang pelan mengenai Honda Civic baru. Disebabkan itu, Honda Malaysia mungkin merujuknya sebagai pra-tonton awal.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda Civic e:HEV 2.0L RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda