window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rasmi, Litar Mandalika dapat 'lampu hijau' jadi perlumbaan tutup tirai WSBK 2021!

Khairil ยท Sep 28, 2021 04:00 PM

Rasmi, Litar Mandalika dapat 'lampu hijau' jadi perlumbaan tutup tirai WSBK 2021! 01

Perkhabaran yang cukup menggembirakan buat peminat sukan permotoran dua roda di negara jiran Indonesia apabila perlumbaan Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) 2021 sah menutup tirainya di Litar Mandalika.

Perlumbaan WSBK 2021 dijadual berlangsung sebanyak 12 pusingan musim ini dengan pusingan ke-13 di Indonesia berstatus TBC atau 'To be Comfirm' (akan disahkan) berikutan ketidaktentuan membabitkan pandemik Covid-19 selain persoalan sama ada litar berkenaan dapat disiapkan mengikut jadual.

Juga baca: Susah nak percaya, juara dunia WSBK ini baru dapat lesen motosikal!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Rasmi, Litar Mandalika dapat 'lampu hijau' jadi perlumbaan tutup tirai WSBK 2021! 01

Tetapi perkembangan rasmi terbaharu akhirnya mengesahkan litar yang terletak di persisir pantai itu akan bersedia untuk perlumbaan pusingan terakhir seperti yang dirancang.

Susulan penambahan pusingan ke-13, saingan WSBK 2021 bakal mengharungi 3 lagi pusingan iaitu di Portugal, Argentina sebelum menutup tirai di Indonesia.

Rasmi, Litar Mandalika dapat 'lampu hijau' jadi perlumbaan tutup tirai WSBK 2021! 02

Dan untuk mengelak 'pertembungan' jadual dengan perlumbaan terakhir MotoGP yang dijadual pada 12 hingga 14 November di Valencia, Sepanyol, perlumbaan di Mandalika dianjakkan kepada 19 hingga 21 November.

Sebagai info, perebutan kejuaraan dunia WSBK 2021 cukup sengit ketika ini membabitkan dua pelumba dari dua jenama, Kawasaki dan Yamaha menerusi pelumbanya, Jonathan Rea dan Toprak Razgatlioglu. 

Juga baca: Makin pantas, jentera WSBK lagi laju dari MotoGP di Aragon!

Rasmi, Litar Mandalika dapat 'lampu hijau' jadi perlumbaan tutup tirai WSBK 2021! 03

Pelumba Turki, Razgatlioglu ketika ini memimpin carta kejuaraan dengan kelebihan 20 mata di depan penyandang juara, Rea dengan perebutan kategori pengeluar juga sengit dengan perbezaan Yamaha di puncak kejuaraan hanya 15 mata di depan Kawasaki.

Jika tiada sebarang masalah mendatang, ini kali pertama perlumbaan WSBK kembali ke Indonesia. Kali terakhir negara berkenaan menganjurkan perlumbaan elit itu adalah pada musim 1994 hingga 1997.

Rasmi, Litar Mandalika dapat 'lampu hijau' jadi perlumbaan tutup tirai WSBK 2021! 04

Selepas WSBK, perlumbaan MotoGP 2022 turut dijadualkan berlangsung di Mandalika pada Mac depan.

Untuk lihat perkembangan semasa pembinaan Litar Mandalika, jom layan video di bawah.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda