window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rasmi: Valentino Rossi sah sertai Petronas Yamaha SRT! Mentor dan anak murid kini rakan sepasukan!

Haris · Sep 26, 2020 09:30 PM

Rasmi: Valentino Rossi sah sertai Petronas Yamaha SRT! Mentor dan anak murid kini rakan sepasukan! 01

Petronas Yamaha SRT teruja mengumumkan kehadiran lagenda MotoGP, Valentino Rossi ke dalam pasukan mereka. Pengumuman tersebut dihantar di laman Facebook rasmi Petronas SRT yang turut menandakan hari bersejarah ini.

Rasmi: Valentino Rossi sah sertai Petronas Yamaha SRT! Mentor dan anak murid kini rakan sepasukan! 02

“Bagi pihak Petronas Yamaha Sepang Racing Team dan seluruh pasukan, adalah satu penghormatan untuk menerima Valentino Rossi - pelumba dan ikon legenda ke dalam pasukan ini tahun depan. Pengalaman beliau akan menjadi aset terhebat pasukan ketika kami baru sahaja memasuki musim ketiga di MotoGP dan kami yakin kami akan banyak belajar daripada Valentino” ujar Datuk Razlan Razali, Prinsipal Pasukan Yamaha SRT.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Rasmi: Valentino Rossi sah sertai Petronas Yamaha SRT! Mentor dan anak murid kini rakan sepasukan! 01

Bagi Valentino Rossi pula, beliau gembira setelah menyertai Petronas Yamaha SRT dan berganding dengan rakan beliau, Franco Morbidelli.

Ujar beliau, “Saya sangat gembira untuk terus menunggang pada tahun 2021 dan menyertai pasukan Petronas Yamaha Sepang. Pasukan ini sangat serius dan teratur. Alangkah baiknya apabila Franco turut menjadi rakan sepasukan saya. Saya fikir kita boleh bekerjasama untuk mewujudkan sesuatu yang baik bersama-sama,”.

Rasmi: Valentino Rossi sah sertai Petronas Yamaha SRT! Mentor dan anak murid kini rakan sepasukan! 02

Pengarah pasukan, Johan Stigefelt turut berkongsi keterujaan beliau. "Kemampuan untuk menandatangani pelumba seperti Valentino Rossi dalam tahun ketiga kami dalam kejuaraan MotoGP adalah sangat mengagumkan.

"Kami telah meningkat dari pasukan Moto3 ke pasukan Moto2 dan akhirnya pasukan MotoGP dalam jangka masa yang singkat kemudian kami telah mendahului kejuaraan MotoGP dalam masa yang sama menandatangani salah seorang pelumba terhebat sukan ini adalah suatu perkara yang luar biasa."

Rasmi: Valentino Rossi sah sertai Petronas Yamaha SRT! Mentor dan anak murid kini rakan sepasukan! 03

Bagi Franco Morbidelli pula, beliau adalah pelumba yang paling teruja apabila dapat digandingkan dengan Valentino Rossi. Morbidelli yang merupakan seorang graduan akademi VR46 Riders Academy yang ditubuhkan oleh Rossi, pastinya peluang tersebut akan menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan.

Rasmi: Valentino Rossi sah sertai Petronas Yamaha SRT! Mentor dan anak murid kini rakan sepasukan! 04

“Perseteruan yang terhebat adalah antara musuh ketat dan sesama rakan karib. Antara saya dan Rossi, kami tidak berselindung. Ada semangat kompetitif yang kuat antara kami dan saya sangat menghargainya.”

Berita ini sememangnya sebuah berita yang dijangkakan selama ini. Terdapat cubaan untuk memancing Rossi dan nampaknya cubaan tersebut berjaya. Apa-apa pun, tak sabar nak beli t shirt Valentino Rossi dalam warna kuning dan hijau Petronas!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda