window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu: Adakah anda patut memilih Hyundai Kona berbanding Honda HR-V dan Mazda CX-3?

Faisal Β· Sep 12, 2020 07:17 AM

Rebiu: Adakah anda patut memilih Hyundai Kona berbanding Honda HR-V dan Mazda CX-3? 01

Honda HR-V tidak dinafikan sebuah kenderaan yang telah memulakan kehangatan SUV segmen B di Malaysia. Takhta Honda HR-V di dalam segmennya mungkin akan kekal sehingga Toyota Corolla Cross tiba di Malaysia pada tahun hadapan.

Rebiu: Adakah anda patut memilih Hyundai Kona berbanding Honda HR-V dan Mazda CX-3? 02

Pada masa yang sama, kami berpendapat bahawa Hyundai Kona memiliki ramuan yang bertepatan untuk bersaing sengit dengan Honda HR-V.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kami telah diterbangkan ke New Zealand untuk merasai Hyundai Kona sendiri. Walaupun spesifikasinya mungkin tidak mirip seperti yang bakal kita peroleh di Malaysia, sekurang-kurangnya kita mendapat gambaran awal tentang Hyundai Kona.

Luaran – Gaya yang unik

Rebiu: Adakah anda patut memilih Hyundai Kona berbanding Honda HR-V dan Mazda CX-3? 01

Hyundai Kona sangatlah cun seperti gadis melayu terakhir. Ia didatangkan dengan dua lapisan pada bahagian hadapan dimana lampu siang LED berada di atas lampu utama. Muka hadapan Hyundai Kona turut dilengkapi dengan gril Hyundai yang terkini.

Rebiu: Adakah anda patut memilih Hyundai Kona berbanding Honda HR-V dan Mazda CX-3? 02

Elemen dua lapisan juga diteruskan ke bahagian belakang dimana ia mempunyai lampu brek yang tirus di bahagian atas. Lampu insyarat, lampu undur, dan lampu kabus belakang pula berada di sudut bawah pada bahagian bampar. Ranggi bukan?

Rebiu: Adakah anda patut memilih Hyundai Kona berbanding Honda HR-V dan Mazda CX-3? 03

Pada bahagian sisi, ia didatangkan dengan roda 17 atau 18 inci. Hyundai Kona turut didatangkan dengan lapisan plastik pada bahagian roda.

Kabin – Mutu binaan yang baik tetapi kelihatan terlalu ringkas

Rebiu: Adakah anda patut memilih Hyundai Kona berbanding Honda HR-V dan Mazda CX-3? 04

Tidak seperti rupa paras di bahagian luar, bahagian dalam kelihatan agak ringkas. Ia tidak mempunyai elemen yang unik. Namun begitu, kabin masih terasa moden seperti kenderaan Hyundai yang terkini.

Rebiu: Adakah anda patut memilih Hyundai Kona berbanding Honda HR-V dan Mazda CX-3? 05

Seperti pesaingnya, Hyundai Kona mendapat sentuhan lembut pada bahan yang digunakan tetapi pengguna mungkin susah untuk perasan kerana ia mirip warna plastik yang keras.

Rebiu: Adakah anda patut memilih Hyundai Kona berbanding Honda HR-V dan Mazda CX-3? 06

Namun begitu, Hyundai telah memberikan sentuhan warna yang berbeza pada bahagian kerusi, lubang penyaman udara, tombol gear, dan butang “push start” supaya kabin kelihatan lebih menyerlah.

Rebiu: Adakah anda patut memilih Hyundai Kona berbanding Honda HR-V dan Mazda CX-3? 07

Seperti kenderaan terkini, Hyundai Kona juga didatangkan standard dengan sokongan Android Auto dan Apple CarPlay.

Rebiu: Adakah anda patut memilih Hyundai Kona berbanding Honda HR-V dan Mazda CX-3? 08

Ruang but yang berisipadu 361 liter pula tidaklah terlalu luas. Sebagai perbandingan, Toyota Corolla Cross yang bakal tiba di Malaysia mempunyai isipadu 487 liter dan 437 liter pada Honda HR-V.

Pengalaman pemanduan – Cukup memadai

Rebiu: Adakah anda patut memilih Hyundai Kona berbanding Honda HR-V dan Mazda CX-3? 09

Secara teknikal, Hyundai Kona mempunyai tren kuasa yang mirip Mazda CX-3 dimana ia turut didatangkan dengan enjin petrol 2.0 liter aspirasi natural. Ia dipadankan dengan transmisi 6-kelajuan yang dipacu oleh roda hadapan.

Rebiu: Adakah anda patut memilih Hyundai Kona berbanding Honda HR-V dan Mazda CX-3? 10

Oleh itu, mampukah Hyundai Kona memberikan pengalaman pemanduan yang hebat seperti Mazda CX-3?

Rebiu: Adakah anda patut memilih Hyundai Kona berbanding Honda HR-V dan Mazda CX-3? 11

Tidak semestinya kerana Kona tidak begitu berani sewaktu mengambil selekoh di samping kekurangan dari segi bunyi enjin yang sedap seperti Mazda CX-3.

Rebiu: Adakah anda patut memilih Hyundai Kona berbanding Honda HR-V dan Mazda CX-3? 12

Namun demikian, enjin 1.6 turbo agak berkebolehan. Sewaktu kami menguji, ia terasa agak laju kerana 265 Nm tork yang dihasilkan sudah tersedia seawal 1,500 rpm.

Rebiu: Adakah anda patut memilih Hyundai Kona berbanding Honda HR-V dan Mazda CX-3? 13

Dipadankan pula dengan transmisi 7-kelajuan dwi-klac, tren kuasa ini memberikan Hyundai Kona pengalaman pemanduan yang agak menyeronokkan.

Rebiu: Adakah anda patut memilih Hyundai Kona berbanding Honda HR-V dan Mazda CX-3? 14

Pada pasaran global, Hyundai Kona didatangkan dengan dua pilihan suspensi belakang iaitu jenis “torsion beam” dan “multi-link”. Malaysia akan mendapat pilihan yang pertama kerana ia hanya didatangkan pada versi pacuan roda hadapan dimana sususan ini lebih relevan untuk pasaran Malaysia.

Rebiu: Adakah anda patut memilih Hyundai Kona berbanding Honda HR-V dan Mazda CX-3? 15

Menurut kami, Kona masih terasa lancar dan cukup meyakinkan untuk dipandu walaupun dengan torsion beam yang ringkas.

Walaupun ia menyerap permukaan dengan baik di samping melayan selekoh dengan mudah, ia tidak memberikan ketepatan pemanduan seperti Mazda CX-3.

Walau bagaimanapun, susah untuk menjangka kebolehan Hyundai Kona untuk mengendalikan keadaan jalan raya di Malaysia kerana permukaan jalan raya di New Zealand sangat lancar dan rata.

Rumusan – Sangat diperlukan untuk memberikan saingan yang lebih menarik

Rebiu: Adakah anda patut memilih Hyundai Kona berbanding Honda HR-V dan Mazda CX-3? 16

Hyundai Kona yang dipra-tonton di Motorshow pada tahun 2018 yang lalu

Berikutan pra-tonton Hyundai Kona di Kuala Lumpur International Motorshow 2018, tiada tanda-tanda yang mengatakan bahawa ia akan memasuki pasaran sehinggalah intipan yang dijumpai beberapa minggu yang lalu.

Hyundai Sime Darby Malaysia (HSDM) telah menunjukkan acah baru-baru ini diikuti dengan harga anggaran. Ini menunjukkan bahawa ia akan dilancarkan dalam beberapa minggu sahaja lagi.

Rebiu: Adakah anda patut memilih Hyundai Kona berbanding Honda HR-V dan Mazda CX-3? 17

Dengan bermulakan RM 115,000, HSDM boleh merampas populariti Honda HR-V dan Mazda CX-3. Bukan sahaja dengan gaya yang unik, ia juga bakal didatangkan dengan tren kuasa yang mantap dan kelengkapan keselamatan yang terkini.

Ini sahaja sudah cukup untuk menarik pasaran ke arah Hyundai. Ikuti kami untuk mengetahui pendapat yang lebih tepat seletah Hyundai Kona dilancarkan di Malaysia.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Hyundai Kona 1.6 Turbo

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda