window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu: Apa pendapat media Thailand tentang Honda WR-V yang bakal ke Malaysia - boleh lawan Ativa?

Zamil Syaheer · Mar 25, 2023 10:00 AM

Rebiu: Apa pendapat media Thailand tentang Honda WR-V yang bakal ke Malaysia - boleh lawan Ativa? 01

Beberapa hari yang lalu, Honda Malaysia sudahpun mengesahkan bahawa Honda WR-V bakal tiba ke negara kita pada suku ketiga (S3) tahun ini. SUV kompak ini sudah pun mempunyai kehadiran di Indonesia dan baru-baru ini, Thailand.  Laman web saudara kami di sana, Autofun.th, telah menguji pandu WR-V dan inilah pendapat jujur mereka tentang SUV ini.

Gambaran Keseluruhan: Faktor harga

Rebiu: Apa pendapat media Thailand tentang Honda WR-V yang bakal ke Malaysia - boleh lawan Ativa? 02

Musuh ketat

Honda WR-V dibangunkan khusus untuk pasaran ASEAN dengan matlamat untuk menjatuhkan mahkota jualan Toyota Raize/Daihatsu Rocky (Perodua Ativa juga) dan sejenisnya. Walaupun ia lebih mahal daripada Rocky/Raize, WR-V telah menunjukkan prestasi yang baik, menerajui segmen di Indonesia dengan lebih 40 % bahagian pasaran pada bulan Januari.

Baca juga: Jualan Honda WR-V di Indonesia tapau kembar Perodua Ativa - pegang 40% dalam pasaran SUV-A

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Rebiu: Apa pendapat media Thailand tentang Honda WR-V yang bakal ke Malaysia - boleh lawan Ativa? 01

Lain ceritanya di Thailand, kerana tanda harga THB 799,000-THB 869,000 (~RM 104k - RM 114k) adalah THB 200,000 lebih mahal daripada City Sedan dan City Hatchback yang setara.

Baca juga: Thailand lancar Honda WR-V generasi 2023 - mahal dari City Hatchback, ciri Sensing standard pada semua varian!

Rebiu: Apa pendapat media Thailand tentang Honda WR-V yang bakal ke Malaysia - boleh lawan Ativa? 02

Malah harganya lebih dekat dengan beberapa MPV mini 7 tempat duduk di sana; sebahagiannya disebabkan oleh status CBU SUV ini, membuatnya tidak layak untuk mendapat insentif Eco Car.

Kebaikan: Suspensi yang baik, enjin yang hebat

Rebiu: Apa pendapat media Thailand tentang Honda WR-V yang bakal ke Malaysia - boleh lawan Ativa? 03

Pasukan Thailand mendapati talaan suspensi WR-V agak serba boleh, sesuai diri di dalam bandar mahupun lebuh raya.

'Lembut' adalah perkataan pilihan oleh rakan sekerja Autofun kami, Pisan, membayangkan bahawa SUV kecil ini lebih kepada santai dan bukannya untuk mengambil selekoh dengan bersemangat, termasuklah varian RS yang sporty.

Baca juga: Honda Malaysia bakal lancar 4 model 2023 baru; WR-V, CR-V, Accord & City facelift - pegangan pasaran akan naik ke 12.3%

Rebiu: Apa pendapat media Thailand tentang Honda WR-V yang bakal ke Malaysia - boleh lawan Ativa? 04

Penggunaan tayar jenis eco Bridgestone Turanza T005 membuktikan ini. Namun, rakan sekerja kami mengatakan bahawa ia 'sedikit bising' di permukaan jalan tertentu.

Walaupun begitu, masih terdapat faedah ketara kepada WR-V, terutamanya stereng yang tajam dan mudah serta jejari pusingan yang banyak (5.3 meter) memudahkan pusingan U dan pertukaran lorong.

Rebiu: Apa pendapat media Thailand tentang Honda WR-V yang bakal ke Malaysia - boleh lawan Ativa? 05

Kombinasi enjin 1.5 liter 4-silinder aspirasi natural (121 PS/142 Nm) dengan kombo CVT ini sama seperti BR-V generasi semasa di Malaysia, namun ia jauh daripada sebuah trenkuasa yang  tidak relevan.

Secara keseluruhan, respon enjin amat baik tetapi kesan ‘rubberband’ CVT boleh dirasakan ketika memecut.

Dalam kes ini, gunakan sahaja paddle shifters untuk meletakkannya di gear (maya) yang betul. Bagaimanapun, mereka juga berpendapat bahawa kereta itu cukup selesa ketika dipandu santai pada kelajuan 100-120 km/j.

Rebiu: Apa pendapat media Thailand tentang Honda WR-V yang bakal ke Malaysia - boleh lawan Ativa? 06

Penggunaan bahan api sangat baik. Honda mendakwa 6 liter/100 km, tetapi Autofun mencapai kira-kira 5.2- hingga 5.8 liter/100 km walaupun kereta itu dipandu dengan kelajuan yang agak tinggi.

Baca juga: Mengapa pesaing Ativa, Honda WR-V guna enjin 1.5L NA dan bukan turbo? Ini jawapannya

Rebiu: Apa pendapat media Thailand tentang Honda WR-V yang bakal ke Malaysia - boleh lawan Ativa? 07

Suite Honda Sensing ADAS hadir dan betul dalam WR-V, kali ini muncul dalam kedua-dua varian SUV. Ini adalah ciri-ciri yang digabungkan bersama:

  • Sistem Brek Mitigasi Perlanggaran (CMBS)
  • Sistem Bantuan Pengekalan Lorong (LKAS)
  • Sistem Bantuan Pelepasan Lorong (RDM)
  • Kawalan Pelayaran Adaptif (ACC)
  • Amaran Pergerakan Kenderaan Hadapan (LCDN)
  • Bantuan Suluhan Tinggi Automatik (AHB)

Baca juga: Honda Sensing kini cecah penggunaan 86 peratus global, semua model Honda dengan ADAS menjelang 2030!

Keburukan: Tidak mempunyai beberapa ciri asas

Rebiu: Apa pendapat media Thailand tentang Honda WR-V yang bakal ke Malaysia - boleh lawan Ativa? 08

Walaupun WR-V mempunyai senarai spesifikasi yang agak menyeluruh, terdapat beberapa ciri asas yang tiada, membingungkan rakan sekerja kami di Autofun. Antaranya ialah tiada pelarasan stereng teleskopik, tali pinggang keledar yang tidak boleh dipendekkan atau dipanjangkan, dan penumpang belakang tidak mempunyai pemegang cawan – walaupun ada tempat letak tangan di tengah. Hmm...

Baca juga: Sekarang tahun 2023 - Pelarasan stereng teleskopik sepatutnya standard pada semua kereta baharu!

Rebiu: Apa pendapat media Thailand tentang Honda WR-V yang bakal ke Malaysia - boleh lawan Ativa? 09

Tiada corong penghawa dingin belakang juga, tetapi itu boleh berubah di Malaysia

Bahagian belakang juga tidak mendapat port USB, hanya ada port pengecasan 12V sahaja. Ia juga menggunakan kamera Honda Lanewatch, bukannya monitor titik buta (BSM).

Rebiu: Apa pendapat media Thailand tentang Honda WR-V yang bakal ke Malaysia - boleh lawan Ativa? 10

Selain itu, reka bentuk tempat duduk depan juga agak pelik kerana menolak terlalu ke belakang, menyebabkan pemanduan jarak jauh tidak selesa.

Rebiu: Apa pendapat media Thailand tentang Honda WR-V yang bakal ke Malaysia - boleh lawan Ativa? 11

Isu ini juga terjadi dengan model yang lagi mahal seperti Honda Civic RS e:HEV 2023.

Kesimpulan: Tunggu dia mai dulu…

Rebiu: Apa pendapat media Thailand tentang Honda WR-V yang bakal ke Malaysia - boleh lawan Ativa? 12

Walaupun Autofun menyukai Honda WR-V, namun tanda harganya menjadi satu persoalan.

Anda boleh kata bahawa suite Sensing ADAS yang penuh tanpa kompromi dalam pakej saiz dan harga ini menyerlah dan akan menarik mereka yang menyukai kereta mereka yang lengkap dari segi teknologi.

Rebiu: Apa pendapat media Thailand tentang Honda WR-V yang bakal ke Malaysia - boleh lawan Ativa? 13

Tetapi di sisi lain, akan ada sekumpulan pembeli lain yang akan terhuyung-huyung dengan tanda harga WR-V dan meluncur ke arah BR-V. Ini kerana harganya lebih murah pada THB 915,000 (~RM 114k) – semata-mata kerana ia lebih besar.

Rebiu: Apa pendapat media Thailand tentang Honda WR-V yang bakal ke Malaysia - boleh lawan Ativa? 14

Sekurang-kurangnya itulah pendapat di Thailand. Di Malaysia, ceritanya akan ditulis sedikit berbeza; BR-V generasi seterusnya tidak akan sampai ke sini. Kalau nak fight dengan Perodua Ativa, memang WR-V tiada peluang oleh kerana faktor harga yang khusus untuk kereta buatan tempatan.

Rebiu: Apa pendapat media Thailand tentang Honda WR-V yang bakal ke Malaysia - boleh lawan Ativa? 15

Itu meninggalkan segmen di mana Toyota Vios AC100 serba baharu duduk sekarang. Hmm, nak pilih Toyota sedan atau Honda SUV? Jom tunggu S3...

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda WR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda