window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu: Bagaimana 'feel' memandu Ferrari Roma dengan harga RM 968K+ di Malaysia, best ke tak?

Zamil Syaheer · Jan 9, 2022 11:59 AM

Rebiu: Bagaimana 'feel' memandu Ferrari Roma dengan harga RM 968K+ di Malaysia, best ke tak? 01

  • Pemanduan yang selembut sutera; elegan
  • Nampak ‘low-profile’, sesuai untuk individu ‘gentleman’
  • Boleh dipandu harian

Dari pelayan restoran yang meminta kami untuk belanja bunyi ekzos, kepada pemandu yang memberi laluan secara ajaib tanpa perlu disuruh, dan tidak kurang daripada sedozen telefon kamera yang diacu kepada kami ala selebriti – pengalaman sebegini merupakan satu perkara yang janggal bagi di WapCar.

Rebiu: Bagaimana 'feel' memandu Ferrari Roma dengan harga RM 968K+ di Malaysia, best ke tak? 02

Maklumlah, biasanya kami menguji pandu kereta yang orang biasa beli. Tetapi hari ini, kami dapat merasa apa yang saya rasa secara peribadinya, simbol kejayaan sebenar. Ianya bukan Mercedes-Benz, bukan BMW, tetapi Ferrari. Terima kasih kepada Naza Italia, kami diberi peluang untuk menguji pandu Ferrari Roma, model grand tourer-nya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pengalaman La Dolce Vita

Rebiu: Bagaimana 'feel' memandu Ferrari Roma dengan harga RM 968K+ di Malaysia, best ke tak? 01

Rebiu: Bagaimana 'feel' memandu Ferrari Roma dengan harga RM 968K+ di Malaysia, best ke tak? 02

Ah, Ferrari. Ya, ia mahal dan menarik perhatian walaupun anda tidak mahu, tetapi ia juga mempunyai auranya tersendiri. Tengok saja pun dah teruja, inikan lagi duduk dah memandunya. Perasan gah itu memang ada, jauh lebih tinggi dari mana-mana jenama mewah tipikal dari Jerman.

Rebiu: Bagaimana 'feel' memandu Ferrari Roma dengan harga RM 968K+ di Malaysia, best ke tak? 03

Rebiu: Bagaimana 'feel' memandu Ferrari Roma dengan harga RM 968K+ di Malaysia, best ke tak? 04

Mungkin sebahagian daripada daya tarikan itu datang daripada bagaimana kami mengetahui jenama Ferrari melalui poster, siri Formula Satu, permainan video, mengumpul model kereta dan sebagainya.

Rebiu: Bagaimana 'feel' memandu Ferrari Roma dengan harga RM 968K+ di Malaysia, best ke tak? 05

Kemungkinan besar anda mempunyai poster F40 ini di dinding anda ketika itu

Maka tidak hairanlah, secara tradisional, Ferrari menjadi dambaan ramai orang di luar sana.

Rebiu: Bagaimana 'feel' memandu Ferrari Roma dengan harga RM 968K+ di Malaysia, best ke tak? 06

Aspek tradisional ini boleh dilihat serta dirasai pada Ferrari Roma. Pusat reka bentuk Ferrari, Centro Stile, mendapat inspirasi daripada model 50-an dan 60-an, yang menjelaskan mengapa walaupun dalam warna Blu Tour de France yang agak inkognito ini, garisan seksi Roma mengundang mata anda untuk memerhati setiap bahagian lengkungan yang licin dengan penuh perasaan terpesona.

Rebiu: Bagaimana 'feel' memandu Ferrari Roma dengan harga RM 968K+ di Malaysia, best ke tak? 07

Rebiu: Bagaimana 'feel' memandu Ferrari Roma dengan harga RM 968K+ di Malaysia, best ke tak? 08

Rebiu: Bagaimana 'feel' memandu Ferrari Roma dengan harga RM 968K+ di Malaysia, best ke tak? 09

Dengan enjinnya di hadapan, Roma dengan hardtop - kembar kepada Portofino M convertible – adalah kereta grand tourer (GT) sejati.

Rebiu: Bagaimana 'feel' memandu Ferrari Roma dengan harga RM 968K+ di Malaysia, best ke tak? 10

Terdapat tiga skrin besar secara keseluruhan: satu untuk pelarasan, satu untuk membaca vital, dan satu lagi untuk menakutkan penumpang

Rebiu: Bagaimana 'feel' memandu Ferrari Roma dengan harga RM 968K+ di Malaysia, best ke tak? 11

Rebiu: Bagaimana 'feel' memandu Ferrari Roma dengan harga RM 968K+ di Malaysia, best ke tak? 12

Rebiu: Bagaimana 'feel' memandu Ferrari Roma dengan harga RM 968K+ di Malaysia, best ke tak? 13

Ini adalah tombol gear ala 'gated-shifter'

Ferrari Roma merupakan model pasca IPO (dengan tanda NYSE yang sesuai, RACE), bermakna ia dilengkapi kelengkapan canggih seperti pemegang pintu elektronik, skrin gergasi, dan gugusan instrumen digital sepenuhnya.

Rebiu: Bagaimana 'feel' memandu Ferrari Roma dengan harga RM 968K+ di Malaysia, best ke tak? 14

Butang sentuhan haptik pada stereng amat responsif

Rebiu: Bagaimana 'feel' memandu Ferrari Roma dengan harga RM 968K+ di Malaysia, best ke tak? 15

Rebiu: Bagaimana 'feel' memandu Ferrari Roma dengan harga RM 968K+ di Malaysia, best ke tak? 16

Rebiu: Bagaimana 'feel' memandu Ferrari Roma dengan harga RM 968K+ di Malaysia, best ke tak? 17

i penumpang terkencing

Apabila Roma dipertunjukkan buat pertama kali kepada khalayak ramai, GT itu mendapat tepukan serta cemuhan serentak. Bagi mereka yang mencemuhnya, banyak menganggap keputusan Marenello untuk mencipta model itu dipengaruhi oleh para pemegang saham kerana ia nampak "lembut" berbanding model Ferrari lain yang agresif dan garang.

Lembut ke? Dusta!

Rebiu: Bagaimana 'feel' memandu Ferrari Roma dengan harga RM 968K+ di Malaysia, best ke tak? 18

Rebiu: Bagaimana 'feel' memandu Ferrari Roma dengan harga RM 968K+ di Malaysia, best ke tak? 19

Seperti banyak pahlawan papan kekunci di internet, ini semua hanyalah berdasarkan dakwaan palsu semata-mata. Lagipun, Roma adalah salah satu Ferrari bukan hibrid yang dihasilkan di Maranello.

Rebiu: Bagaimana 'feel' memandu Ferrari Roma dengan harga RM 968K+ di Malaysia, best ke tak? 20

Ini adalah fakta yang patut diraikan dalam dunia kita yang kian beralih ke tenaga elektrik. Enjin V12 dalam barisan Ferrari hampir berada pada evolusi terakhir mereka, dan apabila ianya dihentikan, kami yakin ia mungkin tidak akan kembali semula.

Rebiu: Bagaimana 'feel' memandu Ferrari Roma dengan harga RM 968K+ di Malaysia, best ke tak? 21

Kembali semula kepada Roma, rangkaian kuasa Roma sememangnya padu: anda akan mendengar bunyi gemuruh daripada ekzos apabila enjin dihidupkan, sebelum RPM turun ke bawah beberapa saat kemudian dengan elegan, membuatkan Roma menjadi tenang.

Rebiu: Bagaimana 'feel' memandu Ferrari Roma dengan harga RM 968K+ di Malaysia, best ke tak? 22

Rebiu: Bagaimana 'feel' memandu Ferrari Roma dengan harga RM 968K+ di Malaysia, best ke tak? 23

Enjin 3.9 liter V8 berpengecas turbo kembar dan transmisi automatik 8-kelajuan cukup lembut untuk membolehkan anda belayar dengan selesa (satu perbezaan penting), tetapi apabila anda menggunakan mod pemanduan Rosso...anda lebih baik mempunyai skil pemanduan yang cukup tangkas.

Rebiu: Bagaimana 'feel' memandu Ferrari Roma dengan harga RM 968K+ di Malaysia, best ke tak? 24

620 PS dan 720 Nm mungkin tidak “power” sangat macam 1,000 PS dalam Ferrari SF90 Spider hibrid ringan, tetapi seperti yang dibuktikan oleh peminat pemanduan, kelajuan tidak sama dengan keseronokan.

Rebiu: Bagaimana 'feel' memandu Ferrari Roma dengan harga RM 968K+ di Malaysia, best ke tak? 25

Ia lebih kepada bagaimana Roma terasa lengkap dan satu dengan trenkuasa, casis, stereng serta pengalaman pemanduannya. Tak kisahlah apa situasi sekalipun, sama ada untuk keluar malam di Bukit Bintang atau memandu ke Kuala Kubu Bharu – kami dapati Roma ini serba boleh sebagai sebuah kereta pemandu.

Rebiu: Bagaimana 'feel' memandu Ferrari Roma dengan harga RM 968K+ di Malaysia, best ke tak? 26

Rebiu: Bagaimana 'feel' memandu Ferrari Roma dengan harga RM 968K+ di Malaysia, best ke tak? 27

Rebiu: Bagaimana 'feel' memandu Ferrari Roma dengan harga RM 968K+ di Malaysia, best ke tak? 28

Walaupun butang maklum balas haptik mengingatkan anda kepada masa depan, stereng dengan ‘feel’ yang mantap dan responsif membolehkan anda merasa segala maklumbalas daripada tayar kepada pemandu.

Rebiu: Bagaimana 'feel' memandu Ferrari Roma dengan harga RM 968K+ di Malaysia, best ke tak? 29

Rebiu: Bagaimana 'feel' memandu Ferrari Roma dengan harga RM 968K+ di Malaysia, best ke tak? 30

Butang Manettino lima langkah bertukar-tukar antara mod pemanduan yang berbeza - Wet, Comfort, Sport, Race, dan ESC Off (yang digeruni). Walaupun kami telah mencuba kesemua mod pemanduan (kecuali ESC Off kerana itu sesuai di litar lumba) ketika uji pandu ini, mod Comfort atau Wet (jika hujan) adalah lebih sesuai untuk pemanduan harian, merasap segala lekuk dan liku di jalan dengan selesa.

Supercar yang mampu melakukan segalanya?

Rebiu: Bagaimana 'feel' memandu Ferrari Roma dengan harga RM 968K+ di Malaysia, best ke tak? 31

Rebiu: Bagaimana 'feel' memandu Ferrari Roma dengan harga RM 968K+ di Malaysia, best ke tak? 32

Mungkin anda rasa ayat di atas tidak masuk akal, tetapi anda perlu ingat bahawa interpretasi “segalanya” berbeza bagi setiap individu.

Rebiu: Bagaimana 'feel' memandu Ferrari Roma dengan harga RM 968K+ di Malaysia, best ke tak? 33

Rebiu: Bagaimana 'feel' memandu Ferrari Roma dengan harga RM 968K+ di Malaysia, best ke tak? 34

Bagi kami, maksud “segalanya” lebih kepada perwatakan dan karakter Ferrari Roma. Ia begitu santai apabila dipandu secara perlahan ataupun di bandar, tidak pernah berpura-pura menjadi sebuah kereta khas untuk trek, tetapi jika dan apabila anda memerlukannya – ia boleh melakukannya. Maklumlah, ini adalah Ferrari.

Rebiu: Bagaimana 'feel' memandu Ferrari Roma dengan harga RM 968K+ di Malaysia, best ke tak? 35

Rebiu: Bagaimana 'feel' memandu Ferrari Roma dengan harga RM 968K+ di Malaysia, best ke tak? 36

Rebiu: Bagaimana 'feel' memandu Ferrari Roma dengan harga RM 968K+ di Malaysia, best ke tak? 37

Tumpuan pada kebolehdiaman adalah jelas, dan Roma melakukan dengan elegan dan bergaya, tidak kira keadaan cuaca dan jenis pemanduan.

Rebiu: Bagaimana 'feel' memandu Ferrari Roma dengan harga RM 968K+ di Malaysia, best ke tak? 38

Walaupun ia dikira sebagai Ferrari “mampu milik” dalam barisan model yang dijual oleh Naza Italia (harga dari RM 968,000), kami yakin pelanggan pertama yang membelinya akan menjadi pelanggan setia pada masa akan datang.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Ferrari Roma 3.9L V8

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda