window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu: BMW M340i xDrive – 387 PS, 500 Nm, Toyota GR Supra versi sedan?

Zamil Syaheer · Jan 16, 2021 02:00 PM

Rebiu: BMW M340i xDrive – 387 PS, 500 Nm, Toyota GR Supra versi sedan? 01

Kami di WapCar – BM selalu menguji kereta-kereta biasa yang hangat di pasaran, tetapi kali ini kami nak tukar selera sikit dengan menguji kereta berprestasi tinggi iaitu BMW M340i xDrive. Kalau korang nak tahu, ia menggunakan enjin dan transmisi yang sama dengan sportscar Toyota GR Supra! Umph, sting aku yahuu!

Rebiu: BMW M340i xDrive – 387 PS, 500 Nm, Toyota GR Supra versi sedan? 02

BMW and 6-cylinders, a love story like no other

Kalau orang tanya saya tentang BMW, selalu saya cakap baik beli model dengan enjin 6 silinder sebaris kerana itulah yang membuatkan BMW, BMW. Sebabnya mudah - BMW adalah jenama yang menghasilkan enjin 6 silinder sebaris paling padu di dunia.

Namun begitu, trend menggunakan enjin berseseran kecil terjadi dan BMW pun terpaksa menggunakan enjin 4 silinder (pengakuan: enjin B48 4 silinder tu agak sedap) pada barisan model masa kini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Eksterior – di antara ‘subtle’ dan ‘sporty’ daripada 330i

Rebiu: BMW M340i xDrive – 387 PS, 500 Nm, Toyota GR Supra versi sedan? 01

Dari jauh, memang susah anda nak bezakan antara M340i dan 330i. Jika dilihat dengan terperinci, anda boleh lihat lampu BMW Laser Light mempunyai rekaan DRL yang lain, gril buah-pinggang juga nampak lebih ‘edgy’ (dengan kemasan trim Light Bronze yang juga sama ada penutup cermin sisi).

Rebiu: BMW M340i xDrive – 387 PS, 500 Nm, Toyota GR Supra versi sedan? 02

Atas: LED DRL M340i nampak lagi seksi.

M340i juga datang dengan rim Style 792 M berukuran 19 inci. Di bahagian belakang pula, ia dilengkapi dengan ‘faux diffuser’ dengan kemasan ekzos trapezoidal – cukup untuk menaikkan ‘road presence’ sports sedan ini.

Interior – kemasan lebih premium berbanding adik beradiknya

Rebiu: BMW M340i xDrive – 387 PS, 500 Nm, Toyota GR Supra versi sedan? 03

Keseluruhan reka bentuk interior lebih kurang sama dengan adik beradik di dalam keluarga G20 3 Series, cuma sesetengah kemasan terasa lebih berkualiti tinggi. Bukan saya sorang sahaja yang berkata begitu, malah rakan penulis iaitu Haris dan Faisal juga berkata benda yang sama.

Namun begitu, Faisal berkata rim stereng terasa agak tebal walaupun rekaan dan kualitinya sungguh cantik.

Rebiu: BMW M340i xDrive – 387 PS, 500 Nm, Toyota GR Supra versi sedan? 04

Boleh lah, dah nama pun sports sedan kan?

M340i mempunyai ruang yang mencukupi untuk kaki serta kepala untuk memuatkan 4 orang dewasa dengan selesa. Kabin dibina dengan baik, halus dan tenang (ujian kami mencatatkan bacaan 65 dB pada 110 km/j, senyap). Kedudukan pemandu juga boleh dilaras sebaik mungkin.

Ciri lain yang menarik adalah Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar yang diintegrasikan dengan sistem instrumen digital dan sistem infotainment sepenuhnya. Akan tetapi, ia memerlukan beberapa penyesuaian kerana ianya kurang intuitif.

Rebiu: BMW M340i xDrive – 387 PS, 500 Nm, Toyota GR Supra versi sedan? 05

Digital dial ni bagus ke tak? Kita pernah kupas topik ini.

Pengalaman pemanduan – lebih kepada ‘grand tourer’ (GT)

Rebiu: BMW M340i xDrive – 387 PS, 500 Nm, Toyota GR Supra versi sedan? 06

Ini ‘highlight’ artikel ini sebenarnya, iaitu enjin 3.0 liter 6 silinder sebaris B58 dalam M340i yang menghasilkan 387 PS, 500 NM dan juga pecutan 0-100 km/j dalam masa 4.4 saat (walaupun ujian kami sendiri memberikan bacaan 4.7 saat).

Apa yang syoknya ialah cara enjin itu memberikan kuasa kepada anda - Halus, lemak berkrim, garing, nyaring, sting (saya boleh teruskan sampai esok!).

Rebiu: BMW M340i xDrive – 387 PS, 500 Nm, Toyota GR Supra versi sedan? 07

Enjin 6 silinder sebaris apa je lagi yang best?

Ada perasaan elegan bercampur dengan agresif tentang respon enjin ini. Ketika anda memandunya dengan santai, ia agak senyap dan lancar, tetapi bila anda memecut saja, enjin B58 ini mengeluarkan bunyi orkestra 6 silinder yang sangatlah sedap dengan ‘turbo lag’ yang minima. Macam mana BMW boleh menghasilkan karekter sebegini?

Rebiu: BMW M340i xDrive – 387 PS, 500 Nm, Toyota GR Supra versi sedan? 08

Jawapannya – transmisi ZF automatik 8 kelajuan. Bagi saya, ia merupakan transmisi automatik TERBAIK pada zaman ini, jauh lebih baik berbanding transmisi dwi-klac. Ini bukan penyataan sembang kosong – ianya memang mantap.

Ia menukar gear dengan sungguh lancar ketika anda sedang memandunya secara santai, dan serta merta memberikan anda penukaran gear seperti senjata api automatik ketika anda memandu dengan bersemangat.

Rebiu: BMW M340i xDrive – 387 PS, 500 Nm, Toyota GR Supra versi sedan? 09

Tidak dinafikan, ia merangkul imej sports sedannya dengan begitu baik. Jika anda selalu memandu di lebuhraya ataupun merentas negeri, M340i ini melakukannya dengan mudah.

Enjin B58 ini rasa macam ada kuasa yang tidak terhad. Malah ia mampu mengambil selekoh dengan kelajuan yang kami tidak boleh nyatakan disini seperti seorang atlet sasa.

Rebiu: BMW M340i xDrive – 387 PS, 500 Nm, Toyota GR Supra versi sedan? 10

Cuma jika anda kaki naik Genting (touge) ataupun jalan berliku maka kelemahannya akan menyerlah. Walaupun anda menggunakan mod pemanduan Sports ataupun Sports+, anda tidak boleh melawan fizik disebabkan berat kereta yang agak tinggi.

Rebiu: BMW M340i xDrive – 387 PS, 500 Nm, Toyota GR Supra versi sedan? 11

Semak je benda ni.

Berapakah berat M340i ini? Jawapannya: 1,745 kg. Ini kerana M340i menggunakan xDrive (sistem pacuan semua roda BMW) yang membuatkannya rasa lembap di selekoh tajam. Toyota GR Supra A90 yang mempunyai trenkuasa sama lebih ringan pada 175 kg, dan memang anda boleh rasa betapa lincahnya sportscar tersebut (tambahan pula ianya lebih rendah).

Rebiu: BMW M340i xDrive – 387 PS, 500 Nm, Toyota GR Supra versi sedan? 12

Roda Style 792 M yang hensem.

Prestasi brek pula agak mengcukupi tetapi bila anda asyik menggunakannya secara agresif ia, maka cengkamannya kian pudar. Ini juga disebabkan faktor berat kereta itu sendiri. Ujian 0-100-0 km/j memberikan bacaan jarak berhenti sejauh 35.7 meter. Secara peribadinya, xDrive itu tidak perlu pun sebab perbezaannya tidak ketara langsung.

Tahap keselesaan – seimbang untuk sebuah sports sedan, tapi tiada sokongan lumbar

Rebiu: BMW M340i xDrive – 387 PS, 500 Nm, Toyota GR Supra versi sedan? 13

Kenapa tak boleh laras lumbar da?

Penyerap hentak adaptif pada M340i melakukan tugasnya dengan sempurna sekali pada mod Comfort, menyerap segala lekuk dan lubang di jalanraya walaupuna ia menggunakan rim berukuran 19 inci. Tempat duduk depan juga baik dengan pelbagai pelarasan untuk apa jua saiz badan anda. Cuma sayangnya ia tiada pelarasan lumbar – agak mengecewakan untuk kereta yang berharga sedemikian.

Rebiu: BMW M340i xDrive – 387 PS, 500 Nm, Toyota GR Supra versi sedan? 14

Penyerap hentak dalam mod Sports pula lebih sesuai untuk permukaan jalan yang rata. Malah, saya sendiri pun menggunakan mod Comfort ketika ujian kelajuan tinggi kerana ianya amatlah seimbang.

Penggunaan bahan bakar – sedang-sedang sahaja

Rebiu: BMW M340i xDrive – 387 PS, 500 Nm, Toyota GR Supra versi sedan? 15

Penggunaan bahan bakar untuk prestasi yang ditawarkan bagi saya sedang-sedang sahaja. M340i memberikan angka bacaan 12.4l/100km. Angka ini dicapai melalui gabungan pelayang berkelajuan tinggi, pemanduan bandar, dan ujian pecutan. Pengiraan dibuat pada jarak 166 km.

Konklusi

Rebiu: BMW M340i xDrive – 387 PS, 500 Nm, Toyota GR Supra versi sedan? 16

Kalau saya diberi peluang untuk menggunakan satu jenis enjin sepanjang hidup saya, memang saya akan pilih enjin B58 6 silinder sebaris ini. Sekiranya anda sedang mencari sports sedan yang lincah, lupakan kereta ini. M340i xDrive lebih sesuai sebagai ‘grand tourer’ daripada ‘touge’ setiap hari minggu di jalan bukit.

Rebiu: BMW M340i xDrive – 387 PS, 500 Nm, Toyota GR Supra versi sedan? 17

Bonet depan panjang, ekor pendek - reka bentuk klasik sebuah sports sedan.

Spesifikasi ideal saya untuk kereta ini? Buang xDrive dan gantikannya kepada pacuan roda belakang, kurangkan berat badan dan tambah ketangkasan casis. Maka jadilah ia sebuah Toyota GR Supra versi sedan yang boleh anda bawa rakan-rakan ataupun ahli keluarga.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 BMW 3 Series 320i M Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda