window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu: Facelift Proton Saga 1.3L 2019 Premium, erti sebenar pembelian berbaloi

Mersita · Jun 2, 2020 07:29 PM

Rebiu: Facelift Proton Saga 1.3L 2019 Premium, erti sebenar pembelian berbaloi 01

Rebiu: Facelift Proton Saga 1.3L 2019 Premium, erti sebenar pembelian berbaloi 02

Proton mengambil langkah bijak dengan pelancaran Proton Saga 2019 facelift, dilengkapi dengan ciri-ciri tambahan dan juga kawalan pemanduan yang baik pada harga yang lebih rendah bagi konsumer.

Dengan strategi harganya yang berpatutan, Proton berjaya meningkatkan jumlah jualan kepada lebih kurang 3,500 unit seminggu. Keluaran ini juga adalah kunci bagi Proton dalam mencapai sasaran jualan 2019 mereka iaitu 100,000 unit.

Rebiu: Facelift Proton Saga 1.3L 2019 Premium, erti sebenar pembelian berbaloi 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Walaupun Perodua turut sama melancarkan saingan Saga yang ditambah baik, harganya tidaklah secantik harga yang ditawarkan Proton. Segmen ini sememangnya seringkali bersaing sengit dalam aspek harga kerana yang murah dan berbaloi sering menjadi rebutan.

Oleh itu, kami berpendapat yang facelift Proton Saga 1.3L Premium ini akan terus berada di carta teratas untuk jangka masa yang lama dan berikut adalah sebab-sebabnya.

Rebiu: Facelift Proton Saga 1.3L 2019 Premium, erti sebenar pembelian berbaloi 01

Rebiu: Facelift Proton Saga 1.3L 2019 Premium, erti sebenar pembelian berbaloi 02

Luaran dengan aerodinamik yang dipertingkatkan.

Rebiu: Facelift Proton Saga 1.3L 2019 Premium, erti sebenar pembelian berbaloi 03

Pada mulanya, kami ingatkan bahagian luarannya tak ada perubahan yang sangat ketara, lebih-lebih lagi kalau dibandingkan dengan facelift Perodua Bezza – hanya body kit yang lain sedikit dengan spoiler belakang, rekaan tayar baru, huruf Proton pada boot kereta dan daytime running lights (DRL) LED.

Tetapi, kami dapat tahu yang rekaan ini sebenarnya more than meets the eye. Desmond John Pinto iaitu Vehicle Programme Executive dari Engineering Division menerangkan yang elemen rekaan terbaru ini semuanya berasaskan penambahbaikan dari segi kejuruteraan. Body kit baru varian Premium ini diujikaji di dalam terowong angin bagi mencapai kesan aerodinamik yang tinggi.

Rebiu: Facelift Proton Saga 1.3L 2019 Premium, erti sebenar pembelian berbaloi 04

Aspek ini membuatkan Saga facelift ini kurangnya drag coefficient untuk penjimatan petrol dan bunyi angin yang rendah serta lebih stabil apabila dipandu laju. Antara ciri-ciri yang menyumbang kepada penambahbaikan ini adalah bahagian depan kereta yang licin dan spoiler belakang yang terselip kemas, ciri standard dalam model Saga.

Bukan itu sahaja, rekaan baru tayar aloi pada varian Saga 1.3 Premium ini juga ada motifnya yang tersendiri.

Rebiu: Facelift Proton Saga 1.3L 2019 Premium, erti sebenar pembelian berbaloi 05

Sejak bermulanya era Proton-Geely, pengeluar kereta nasional kita dapat belajar lebih banyak lagi berkenaan pembuatan dan pengeluaran daripada rakan strategik mereka. Bagi mengurangkan kos produksi, Saga kini menggunakan pemutar brek depan yang sama dengan Proton Iriz dan Persona – diameter seinci lebih besar berbanding Saga yang belum di facelift.

Pemutar brek yang lebih besar ini menyebabkan PCD (pitch circle diameter) hab roda bertukar dari PCD100 ke PCD114. Saiz tayar kekal sama iaitu 15 inci bagi varian Premium seperti pada tayar 185/55 R15. Ini bermaksud Saga facelift kini mempunyai sistem brek yang lebih bagus dan pacuan roda yang lebih tajam. Bagi yang nak masukkan tayar baru ini pada Saga lama mereka, minta maaf ya.

Rebiu: Facelift Proton Saga 1.3L 2019 Premium, erti sebenar pembelian berbaloi 06

Kualiti binaan masih konsisten diseluruh bahagian kereta, tak lebih 1 mm perbezaan dalam panel gaps. Kemasan cat pada Saga facelift ini juga konsisten pada semua bahagian badannya, dengan julat antara 102 - 117 μm.

Rebiu: Facelift Proton Saga 1.3L 2019 Premium, erti sebenar pembelian berbaloi 07

Rebiu: Facelift Proton Saga 1.3L 2019 Premium, erti sebenar pembelian berbaloi 08

Pinto juga memaklumkan yang semenjak pelancaran X70, percanggahan kualiti antara X70 dan Saga agak besar. Mereka berhasrat untuk menutup jurang tersebut dengan pelancaran facelift ini.

Langkah ini terbukti berjaya dalam meningkatkan kualiti keseluruhannya. Sebagai contoh, pintu kini boleh ditutup dengan bunyi yang lebih enak didengar berbanding dengan bunyi ‘pecah’ dalam keluaran terdahulu.

Rebiu: Facelift Proton Saga 1.3L 2019 Premium, erti sebenar pembelian berbaloi 09

Sistem infotainment baru dilengkapi dengan skrin sentuh terapung 7.0 inci yang eksklusif berserta multi-info display (MID) LCD memberikan kereta ini sentuhan teknologi yang tinggi dan ketara.

Paparan teknologi baru serta fungsinya juga menunjukkan naik taraf yang ketara. Skrin sentuhnya tampak terletak, bunyi daripada 4 pembesar suaranya juga terasa jelas dan ada bass yang baik. Walaupun tidak didatangkan sekali dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto, keluaran Saga kali ini amat berbaloi dengan harganya.

Rebiu: Facelift Proton Saga 1.3L 2019 Premium, erti sebenar pembelian berbaloi 10

MIDnya juga dapat membaca semua maklumat pemanduan penting manakala speedo dan tachometernya juga mempunyai font yang jelas. Ciri yang mengagumkan dalam Saga ini juga adalah fungsi indicator yang bukan sahaja menunjukkan pintu kereta yang terbuka, malah ia juga dapat mengesan hood enjin dan pintu bonet yang terbuka. Amat berguna bagi mereka yang sering kelam kabut.

Cuma satu yang kurang – lampu kabin. Nyalaan lampu dome LED di bahagian depan kabin menghala lebih kepada pengguna daripada ruang kabin itu sendiri, dan ini mungkin menyukarkan kita yang tercari-cari barang pada waktu malam.

Rebiu: Facelift Proton Saga 1.3L 2019 Premium, erti sebenar pembelian berbaloi 11

Pemanduan dan handling terbaik dalam kelas ini.

Rebiu: Facelift Proton Saga 1.3L 2019 Premium, erti sebenar pembelian berbaloi 12

Jom kita bincang pasal gear transmisi pula. Memang diakui, Continuously Variable Transmissions (CVT) adalah sistem transmisi terbaik bagi pemanduan di bandar dan lebuhraya.

Akan tetapi, Punch-sourced CVT boleh dikatakan yang paling tidak memuaskan. Ianya tidak lancar ketika stop-go, bising bila menaiki kelajuan dan juga tak berapa responsif bila dikehendaki. Walaupun Proton telah mencuba sedaya upaya untuk membetulkan masalah CVT pada versi baru Iriz dan Persona, ia masih tak cukup memuaskan.

Rebiu: Facelift Proton Saga 1.3L 2019 Premium, erti sebenar pembelian berbaloi 13

CVT automatik dalam Iriz & Persona

Inilah sebabnya kenapa mereka beralih semula ke sistem 4-speed automatic yang lama dan ia disambut baik oleh ramai pengguna. Torque converter yang diambil dari Hyundai bukanlah dianggap seperti upgrade tapi realitinya, penambahbaikan ini adalah langkah yang bijak.

Di kawasan bandar, 4-speed automatic membuatkan pemanduan lebih lancar dan tidak terkedek dalam trafik yang stop-go. Ia juga memberi feel pemanduan yang lebih semulajadi dengan janaan kuasa yang lebih direct dan linear. Dan yang paling penting, ia tidak lagi mengeluarkan bunyi ‘terdesak’ dari sistem CVT.

Rebiu: Facelift Proton Saga 1.3L 2019 Premium, erti sebenar pembelian berbaloi 14

Proton juga sememangnya boleh dipercayai dengan kepakaran mereka dalam Ride dan Handling. Disertai dengan prestasi brek dan aerodinamik yang lebih bagus, jurutera Proton mengambil peluang ini untuk membetulkan suspension dalam Saga mereka.

Damper bahagian hadapan kini lebih keras sedikit untuk mengurangkan efek ‘nosedive’ dimana bahagian depan kereta mengunjur kedepan semasa brek mengejut. Secara tak langsung, ABS dan ESC dalam varian Premium ini juga sudah ditentukur semula (recalibrated).

Diatas lebuhraya, pemandu akan terasa lebih selesa dan yakin dengan kawalan badan kereta Saga yang bagus. Jika dibandingkan dengan Perodua Bezza, perbezaan dalam kuasa handling dan kawalan amat berbeza.

Rebiu: Facelift Proton Saga 1.3L 2019 Premium, erti sebenar pembelian berbaloi 15

Keselesaan pemanduan – banyak kereta lain tak sepadan Saga

Rebiu: Facelift Proton Saga 1.3L 2019 Premium, erti sebenar pembelian berbaloi 16

Walaupun dengan damper yang lebih keras, keselesaan masih tidak terganggu walaupun memandu diatas jalan yang tidak rata dan berlubang.

Cabin insulation (penebat kabin) dalam Saga masih pada tahap yang membanggakan iaitu 70 dB pada kelajuan 110 km/h. Ini hampir sama taraf dengan Volkswagen Vento (68 dB) dan Toyota Vios (69 dB). Kami dapat rasakan yang NVH Saga boleh ditingkatkan lagi dengan tayar yang lebih bagus daripada tayar Silverstone Kruizer NS800 yang datang standard.

Rebiu: Facelift Proton Saga 1.3L 2019 Premium, erti sebenar pembelian berbaloi 17

Steering rack yang diolah semula pada Saga ini juga boleh mengurangkan rintangan. Ini juga membuatkan Saga facelift ini lebih senang untuk dikawal pada kelajuan rendah, bagus untuk parking dan menyelok-belok disekitar kota raya.

Tapi, kekurangannya adalah stering akan terasa pelik sedikit berbanding kereta lama tapi feel stering adalah lebih bagus dari Bezza.

Penjimatan petrol – kurang memberangsangkan bagi penggunaan di kota tapi masih boleh diterima.

Rebiu: Facelift Proton Saga 1.3L 2019 Premium, erti sebenar pembelian berbaloi 18

Proton mewar-warkan yang 4-speed automatic transmission ini lebih jimat petrol berbanding CVT dalam keluaran lama. Oleh itu, kami jalankan satu ujian dimana kami pandu sejauh 64.6 km dalam kondisi yang pelbagai berbekalkan 4.328 liter bahan api yang bersamaan dengan 6.7 liter per 100 km.

Rebiu: Facelift Proton Saga 1.3L 2019 Premium, erti sebenar pembelian berbaloi 19

Proton Saga mempunyai tangki minyak dengan kapasiti 40 liter, secara teorinya bersamaan dengan 597 km bagi setangki penuh. Kami dapati penggunaan bahan api berkurang secara drastik apabila dipandu di bandar.

Pemanduan di bandar dengan kelajuan rendah akan mengimbangi penggunaan bahan api semasa cruising di lebuhraya, menyebabkan padanan penggunaan petrol yang kurang memuaskan. Proton Bezza pula lebih efisien di kawasan bandar kerana setup enjinnya yang lebih canggih.

Konklusi – Tak terasa macam kereta berharga RM 40 ribu yang biasa-biasa.

Rebiu: Facelift Proton Saga 1.3L 2019 Premium, erti sebenar pembelian berbaloi 20

Prestasi Proton Saga 2019 facelift amat memberangsangkan dalam setiap pandu uji yang kami lakukan. Dengan harga RM 39,800, Saga ini bukan sahaja pilihan mampu milik, tetapi ia juga menawarkan pengalaman memandu yang hebat ditambah pula dengan sentuhan premium.

Ia bukanlah kereta yang boleh dibeli semata-mata sebab murah, ia juga kereta yang sememangnya bagus untuk jangka masa panjang. Dengan harganya yang menarik, Saga ini menjanjikan kepuasan hati.

Rebiu: Facelift Proton Saga 1.3L 2019 Premium, erti sebenar pembelian berbaloi 21

Sememangnya tak semua kereta sempurna. Saga ini mungkin boleh jadi close to perfect lagi jika ada headrest tempat duduk belakang yang boleh dilaras atau boot yang lebih luas. Tapi, tak dapat dinafikan tiada kereta lain yang setanding Saga dengan harganya.

Rebiu: Facelift Proton Saga 1.3L 2019 Premium, erti sebenar pembelian berbaloi 22

 

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Proton Saga 1.3 Standard MT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda