window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu: Geely Binyue (Proton X50) - bakal menjadi kejayaan besar Proton yang seterusnya

Faisal · Aug 15, 2020 01:30 PM

Rebiu: Geely Binyue (Proton X50) - bakal menjadi kejayaan besar Proton yang seterusnya 01

Kami telah memandu Proton X50 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi...lebih kurang lah.

Inilah Geely Binyue, iaitu saudara kembar untuk SUV segmen B milik Proton yang akan datang. Kemungkinan besar ianya akan dipanggil Proton X50.

Sebelum kami mulakan, perlu disebutkan bahawa Geely Binyue di China bukanlah sama 100% seperti Proton X50 yang akan datang kerana Proton akan mempunyai input tersendiri pada SUV itu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Rebiu: Geely Binyue (Proton X50) - bakal menjadi kejayaan besar Proton yang seterusnya 01

Geely Binyue yang membuat penampilan pertama pada bulan Ogos 2018 berada di bawah model Boyue (Proton X70) dalam barisan SUV Geely.

Rebiu: Geely Binyue (Proton X50) - bakal menjadi kejayaan besar Proton yang seterusnya 02

Luaran - bahagian luar yang tampan, tetapi kelihatan lebih kecil di depan mata

Dengan sentuhan para pereka muda, bahagian luar Binyue sangat tampan. Sejak diperkenalkan, ia telah menjadi salah satu model terlaris Geely.

Rebiu: Geely Binyue (Proton X50) - bakal menjadi kejayaan besar Proton yang seterusnya 03

Ia bukan Proton X70 versi kecil. Geely Binyue mempunyai reka bentuk tersendiri yang dapat dibezakan dengan mudah daripada abangnya yang lebih besar.

Rebiu: Geely Binyue (Proton X50) - bakal menjadi kejayaan besar Proton yang seterusnya 04

Sepasang lampu LED yang kelihatan tajam melengkapkan gril ‘Expanding Cosmos’ milik Geely sementara lampu kabus dibawah mendapat tempat yang agak bersudut memberikan Binyue daya tarikan yang sporty.

Rebiu: Geely Binyue (Proton X50) - bakal menjadi kejayaan besar Proton yang seterusnya 05

Pada bahagian sisinya dilengkapkan set roda aloi 18 inci dan garisan badan Geely di sepanjang bahu fender belakang seperti Proton X70.

Rebiu: Geely Binyue (Proton X50) - bakal menjadi kejayaan besar Proton yang seterusnya 06

Di belakang, Geely Binyue mendapat sepasang lampu LED yang dihubungkan oleh jalur krom besar dengan nama "Geely" terpampang di antaranya.

Binyue juga mendapat spoiler belakang dan diffuser yang menonjol. Ini memberikan daya tarikan yang lebih sporty.

Rebiu: Geely Binyue (Proton X50) - bakal menjadi kejayaan besar Proton yang seterusnya 07

Secara teknikal, dimensi Binyue sebenarnya hampir sama dengan beberapa pesaingnya seperti Honda HR-V tetapi jika dilihat secara langsung, Binyue sebenarnya kelihatan lebih kecil daripada saiz yang dipaparkan.

Bahagian Dalaman - banyak bahan berkualiti tinggi tetapi agak sempit

Berbanding dengan Proton X70, kabin Binyue terasa lebih mewah. Gabungan bahan berkualiti tinggi dan kualiti binaan yang sangat baik jauh lebih baik.

Rebiu: Geely Binyue (Proton X50) - bakal menjadi kejayaan besar Proton yang seterusnya 08

Titik sentuhan utama mempunyai bahan sentuhan lembut dan besi berkualiti tinggi. Ini tidak terdapat oleh kebanyakan pesaing lain. Plastik keras hanya dapat dilihat pada bahagian kabin yang lebih rendah dimana ia sebenarnya tidaklah berapa kritikal.

Rebiu: Geely Binyue (Proton X50) - bakal menjadi kejayaan besar Proton yang seterusnya 09

Tambahan pula, maklum balas yang dirasai juga cukup baik walaupun terasa lebih "Korea" daripada "Eropah" kerana ia tidak mempunyai perasaan menekan butang yang memuaskan.

Walaupun lebarnya berukuran 1,800 mm, Binyue sebenarnya terasa lebih kecil daripada Honda HR-V (1,772 mm). Ini membuktikan kehebatan kejuruteraan Honda dalam menyusun ruangan dalaman supaya menjadi luas.

Namun begitu, ruang di belakang Binyue tidaklah sempit seperti Toyota C-HR kerana tingkapnya jauh lebih besar.

Rebiu: Geely Binyue (Proton X50) - bakal menjadi kejayaan besar Proton yang seterusnya 10

Prestasi dan pengendalian – betul-betul berkebolehan

Dengan 177 PS dan 255 Nm tork, Geely Binyue adalah model paling berkuasa dalam segmennya.

Rebiu: Geely Binyue (Proton X50) - bakal menjadi kejayaan besar Proton yang seterusnya 11

Berdasarkan ujian kami, Binyue melengkapkan pecutan 0-100 km/j dalam 8.9 saat sementara jarak berhenti dari 100-0 km/j memerlukan 41.4 meter. Ini jauh lebih baik daripada pesaingnya dimana kebiasaannya mereka mengambil masa sekitar 10 hingga 11 saat untuk melakukan pecutan yang sama.

Walaupun Binyue adalah mesin yang cukup berkuasa, sterengnya agak mengecewakan. Rasa sterengnya hanya samar-samar dan ringan, tindak balasnya juga kurang. Ini menunjukkan bahawa Binyue tidak begitu sporty seperti yang dilihat dan ia tidak memberikan pemanduan sehebat angka yang dipaparkan.

Ya, enjinnya berkuasa tetapi sukar untuk menggunakannya.

Rebiu: Geely Binyue (Proton X50) - bakal menjadi kejayaan besar Proton yang seterusnya 12

Kemudian kita beralih kepada transmisi dwi-klac pada Binyue.

Tidak seperti DCT moden, Binyue tidak merangkak ke hadapan apabila dalam posisi 'Drive'. Oleh itu, permulaan di bukit boleh menjadi sukar. Terdapat juga fungsi Hill Start Assist tetapi anda perlu mengaktifkannya secara manual setiap kali mula bergerak dari cerun.

Rebiu: Geely Binyue (Proton X50) - bakal menjadi kejayaan besar Proton yang seterusnya 13

Kebiasaannya, enjin 3-silinder bukanlah terkenal dengan tahap kelancarannya kerana ia jauh lebih kasar daripada enjin 4-silinder. Kami meyangka bahawa enjin 3-silinder milik Geely sehalus BMW, tetapi sebenarnya tidak.

Rebiu: Geely Binyue (Proton X50) - bakal menjadi kejayaan besar Proton yang seterusnya 14

Bunyi enjin sedikit kuat tetapi sekurang-kurangnya kami tidak dapat mendengarnya sebaik sahaja menutup pintu dan berada di dalam kereta.

Dengan kata lain, enjinnya tidak lancar ketika ditekan dengan agresif.

Keselesaan pemanduan - Proton harus melakukan sesuatu

Sekiranya ada satu aspek di mana input Proton akan sangat dihargai ialah pada keselesaan perjalanan dan kualiti pengendalian Binyue.

Rebiu: Geely Binyue (Proton X50) - bakal menjadi kejayaan besar Proton yang seterusnya 15

Walaupun pada permukaan jalan tidak berlubang seperti di jalan raya Guangzhou, suspensi Binyue mempunyai kecenderungan untuk menyentap penumpang ketika melalui jalan berliku dan penutup lubang. Ia sebenarnya agak keras.

Akibatnya, keselesaan perjalanan pada Binyue tidak menyenangkan dan perjalanan jauh juga kurang selesa.

Rebiu: Geely Binyue (Proton X50) - bakal menjadi kejayaan besar Proton yang seterusnya 16

Dengan itu, kami memahami bahawa suspensi Binyue disesuaikan untuk memenuhi permintaan pembeli China kerana suspensi yang lebih keras adalah ciri khas kereta sporty.

Rebiu: Geely Binyue (Proton X50) - bakal menjadi kejayaan besar Proton yang seterusnya 17

Suspensi yang keras dapat membantu Binyue dari segi kawalan badan tetapi ada banyak kereta yang dapat melakukan benda yang sama sambil mempamerkan tahap keselesaan perjalanan yang jauh lebih baik.

Kami yakin bahawa Proton dapat melakukan talaan yang lebih baik pada casis Binyue.

Kesimpulan – berbaloi untuk dinantikan!

Apabila tiba di Malaysia, Proton X50 yang akan dijangka berharga sekitar RM 90,000, mengikut jurang harga antara Binyue dan Boyue di China.

Rebiu: Geely Binyue (Proton X50) - bakal menjadi kejayaan besar Proton yang seterusnya 18

Ia mempunyai segala ramuan yang tepat untuk resepi yang sempurna – penampilan yang hebat, kualiti binaan yang sangat baik, berprestasi, dan lingkungan harga yang menarik.

Ini dibuktikan oleh Geely yang berjaya menjual lebih 100,000 unit Binyue di China dalam 8 bulan yang pertama.

Rebiu: Geely Binyue (Proton X50) - bakal menjadi kejayaan besar Proton yang seterusnya 19

Banyak kerja yang harus dibuat sebelum Binyue siap untuk dipasarkan di Malaysia. Proton perlu mengunakan keupayaan mereka untuk menyesuaikan gaya pemanduan dan perjalanan pada X50 / Binyue terutama apabila kereta tersebut mengenakan lambang Proton.

Rebiu: Geely Binyue (Proton X50) - bakal menjadi kejayaan besar Proton yang seterusnya 20

Selain daripada suspensi keras, untungnya sekiranya Proton dapat memperbaiki stereng Binyue dengan menyuntik beberapa personaliti Iriz/Persona dimana ia memiliki sistem stereng kuasa elektrik (EPS) yang agak mantap.

Rebiu: Geely Binyue (Proton X50) - bakal menjadi kejayaan besar Proton yang seterusnya 21

Cantik kan kunci ini?

Kami juga ingin melihat ciri Apple CarPlay dan Android Auto pada X50 yang akan datang kerana ciri-ciri seperti ini akan menarik minat pemilik kenderaan generasi sekarang.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda