window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu: Honda Accord 1.5 TC-P 2020, ruang dan gajet macam BMW 7 Series bawah RM 200k!

Zamil Syaheer ยท Oct 29, 2020 04:00 PM

Rebiu: Honda Accord 1.5 TC-P 2020, ruang dan gajet macam BMW 7 Series bawah RM 200k! 01

Kita berada di zaman dimana harga untuk sedan segmen D seperti Honda Accord 1.5 TC-P 2020 berada pada paras RM 200k, bukan lagi RM 150k. Sekarang, sedan segmen C pula yang berada di lingkungan harga RM 150k.

Kemudian kita ada BMW yang memperkenalkan BMW 218i Gran Coupe yang berharga RM 211k. Ini belum masuk lagi segerombolan SUV pada segmen yang sama. Apa-apa pun, adakah Honda Accord 1.5 TC-P ini berbaloi untuk dibeli berbanding pesaingnya? Jom kita lihat.

Rebiu: Honda Accord 1.5 TC-P 2020, ruang dan gajet macam BMW 7 Series bawah RM 200k! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Hanya ada dua varian Honda Accord yang dijual, iaitu 1.5 TC dan 1.5 TC-P. Varian yang kami pandu uji ini adalah TC-P yang dilengkapi dengan Honda Sensing dan LaneWatch.

Eksterior – seperti Audi A7

Rebiu: Honda Accord 1.5 TC-P 2020, ruang dan gajet macam BMW 7 Series bawah RM 200k! 01

Honda Accord 2020 tidak lagi menggunakan asas reka bentuk ‘three box design’ seperti generasi sebelumnya. Sebaliknya, kini ia mempunyai reka bentuk fastback ala Audi A7.

Rebiu: Honda Accord 1.5 TC-P 2020, ruang dan gajet macam BMW 7 Series bawah RM 200k! 02

Jika nak dibandingkan dengan adiknya iaitu Honda Civic FC, terdapat elemen reka bentuk yang sama seperti profil fastback, strip krom diatas garisan tingkap, lampu belakang berbentuk C yang lebih panjang (macam stapler?), dan lampu LED depan nipis yang digabungkan dengan trim krom yang sama lebarnya dengan kereta.

Rebiu: Honda Accord 1.5 TC-P 2020, ruang dan gajet macam BMW 7 Series bawah RM 200k! 03

Pada pendapat saya pula, Honda Accord yang baharu ini nampak lebih anggun, sporty, dan elegan berbanding model sebelum ini yang nampak seperti sedan biasa sahaja.

Rebiu: Honda Accord 1.5 TC-P 2020, ruang dan gajet macam BMW 7 Series bawah RM 200k! 04

Saiz roda pada Accord ini berukuran 18 inci, dibalut dengan tayar 235/45. Menariknya, saiz tayar ini sama dengan Toyota Camry dan Volkswagen Passat Elegance. Kebetulan?

Rebiu: Honda Accord 1.5 TC-P 2020, ruang dan gajet macam BMW 7 Series bawah RM 200k! 05

Jurang panel tidak melebihi 1.0mm di kedua-dua belah, dimana ia menunjukan kualiti pembinaan yang baik. Ketebalan cat pula berada pada lingkungan 110 µm.

Interior – Sungguh simetri dan anggun

Rebiu: Honda Accord 1.5 TC-P 2020, ruang dan gajet macam BMW 7 Series bawah RM 200k! 06

Sama seperti Honda Civic, tempat duduk depan dan belakang berada pada posisi yang agak rendah. Pada sesiapa yang menyukai posisi sebegini akan menghargainya, termasuklah saya sendiri.

Bagi individu yang kurang berkenan pula, jangan risau, terdapat banyak pelarasan di stereng dan tempat duduk mengikut keselesaan anda.

Rebiu: Honda Accord 1.5 TC-P 2020, ruang dan gajet macam BMW 7 Series bawah RM 200k! 07

Papan pemukanya juga nampak kemas dan sedap mata memandang. Tiada posisi butang mahupun reka bentuk yang pelik, skrin infotainment sama ketinggian dengan kluster instrumen digital dan butang berada di tempat yang sepatutnya.

Rebiu: Honda Accord 1.5 TC-P 2020, ruang dan gajet macam BMW 7 Series bawah RM 200k! 08

Sistem audio dengan Android Auto and Apple CarPlay mempunyai salah satu integrasi yang terbaik. Peta dipaparkan di bahagian LCD kluster instrumen.

Accord juga mempunyai 10 pembesar suara, tetapi secara peribadinya saya lebih menyukai sistem audio dan pembesar suara JBL pada Camry yang lebih enak, halus dan merdu bunyinya.

Rebiu: Honda Accord 1.5 TC-P 2020, ruang dan gajet macam BMW 7 Series bawah RM 200k! 09

Sepertimana Honda zaman sekarang, ruang yang luas serta praktikaliti adalah kekuatan utamanya. Penumpang di bahagian belakang mempunyai ruang kaki yang begitu banyak, ala sebuah eksekutif. Jika anda nak lagi banyak ruang dari ini, anda kena berbelanja lebih untuk Lexus ES.

Rebiu: Honda Accord 1.5 TC-P 2020, ruang dan gajet macam BMW 7 Series bawah RM 200k! 10

Yes, 4 tennis balls comfortably. And I'm 177 cm tall.

Kualiti binaan dan bahan yang digunakan setaraf harga permintaannya. Dalam julat segmen D, interior Mazda 6 masih lagi mengungguli carta teratas dari segi kualiti, pilihan bahan dan suasana kabin.

Pengalaman Pemanduan – ‘Cruiser’ yang santai dan berkuasa

Rebiu: Honda Accord 1.5 TC-P 2020, ruang dan gajet macam BMW 7 Series bawah RM 200k! 11

Posisi pemanduan yang rendah selalu dikaitkan dengan pemanduan sporty dan menarik. Namun begitu, Honda Accord ini bukanlah sporty untuk dipandu.

Rebiu: Honda Accord 1.5 TC-P 2020, ruang dan gajet macam BMW 7 Series bawah RM 200k! 12

Bukan nak kata ia tak sedap untuk dipandu, jauh sekali. Cuma karakter pemanduannya lebih untuk pemanduan santai di lebuh raya daripada mengambil selekoh.

Sterengnya ringan, respon pendikit secara beransur-ansur, dan transmisi CVT nya sangat lancar. Ia memberikan pengalaman pemanduan yang santai, walaupun ia mempunyai enjin bercas turbo.

Jika anda mengambil selekoh dengan penuh bersemangat, ia akan mengikut input anda dengan memberikan pengendalian yang senang untuk dikawal.

Rebiu: Honda Accord 1.5 TC-P 2020, ruang dan gajet macam BMW 7 Series bawah RM 200k! 13

Berbanding pesaing utamanya iaitu Toyota Camry, stereng pada Camry lebih berat tetapi mempunyai rasa yang lebih natural. Malah anda dapat rasakan pemindahan berat ketika mengambil selekoh.

Enjin 2.5 liter aspirasi natural pada Camry ini juga boleh rev dengan sempurna. Gabungan ini memberikan pengalaman pemanduan yang lebih komunikatif.

Rebiu: Honda Accord 1.5 TC-P 2020, ruang dan gajet macam BMW 7 Series bawah RM 200k! 14

Semestinya Toyota Camry tidak boleh bersaing dengan kekuatan dan kelajuan Honda Accord. Dalam ujian 0-100 km/j, Accord hanya mengambil masa sebanyak 8.7 saat, 2 saat lebih laju daripada Camry.

Rebiu: Honda Accord 1.5 TC-P 2020, ruang dan gajet macam BMW 7 Series bawah RM 200k! 15

Century sprint takes 8.7 seconds, 100-0 km/h requires 38 metres to stop.

Tetapi pada mana yang biasa kereta turbo berprestasi, Accord tidak mempunyai tarikan yang membuat anda tersentak ke tempat sandar. Sebaliknya, ia memecut dengan lancar dan beransur-ansur, kena dengan karakter ‘cruiser’.

Tahap Keselesaan – suspensi yang ditala dengan baik

Rebiu: Honda Accord 1.5 TC-P 2020, ruang dan gajet macam BMW 7 Series bawah RM 200k! 16

Sistem suspensi pada Accord ini tidak terlalu keras mahupun terlalu lembut. Penyerap hentak sedikit keras berbanding Camry, tetapi ia masih lagi menyerap segala liku di jalan raya tanpa sebarang gangguan di kabin.

Rebiu: Honda Accord 1.5 TC-P 2020, ruang dan gajet macam BMW 7 Series bawah RM 200k! 17

Tempat duduk depan juga selesa, cuma ia tidak selembut mahupun mewah seperti Camry kerana kusyen sedikit keras.

Rebiu: Honda Accord 1.5 TC-P 2020, ruang dan gajet macam BMW 7 Series bawah RM 200k! 18

Lain ceritanya di tempat duduk belakang pula, kerana ia diukir dengan baik dan menawarkan sokongan paha yang hebat dari pangkal tempat duduk dengan panjang yang betul.

Rebiu: Honda Accord 1.5 TC-P 2020, ruang dan gajet macam BMW 7 Series bawah RM 200k! 19

Sound insulating material on the wheel well.

Ujian tahap kebisingan kabin sedikit pelik. Secara objektifnya , meter tahap bunyi mencatat purata 69 dB pada 110 km/j, 2 dB lebih tinggi berbanding dengan Camry.

Tetapi secara subjektif, Accord terasa lebih tenang daripada angka yang ditunjukkan. Ini bermakna fungsi Active Noise Cancellation sedang bekerja keras membatalkan frekuensi sensitif pada telinga kita, terus membuatkan kabin terasa senyap.

Penggunaan minyak – agak jimat untuk trenkuasanya

Rebiu: Honda Accord 1.5 TC-P 2020, ruang dan gajet macam BMW 7 Series bawah RM 200k! 20

Selepas memandu sejauh 88.3 km dengan 60% di lebuh raya dan 40% di bandar, jumlah yang perlu diisi untuk penuh adalah sebanyak 7.75 liter. Ini bermakna penggunaan minyak berada dia sekitar 8.8 liter/100 km.

Sebagai perbandingan, Toyota Camry menggunakan 10.5 liter/100 km manakala Volkswagen Passat mencatatkan bacaan 6.5 liter/100 km (!), angka yang sungguh padu.

Konklusi

Rebiu: Honda Accord 1.5 TC-P 2020, ruang dan gajet macam BMW 7 Series bawah RM 200k! 21

Berbanding pesaingnya, Honda Accord bukanlah paling sedap untuk dipandu. Toyota Camry terasa lebih organik, Passat lebih lincah, dan Mazda 6 lebih tangkas.

Karakter pemanduan yang berbeza-beza ini bukanlah benda yang tak elok kerana ia bergantung kepada apakah keutamaan dan gaya pemanduan anda.

Rebiu: Honda Accord 1.5 TC-P 2020, ruang dan gajet macam BMW 7 Series bawah RM 200k! 22

Daya tarikan utama yang ada pada Honda Accord berbanding sedan segmen D yang lain ialah ruang interior ala sedan eksekutif, dimana ruang belakang nya sangatlah luas. Ia juga mempunyai sistem ADAS yang paling lengkap dengan Low Speed Follow (LSF).

Rebiu: Honda Accord 1.5 TC-P 2020, ruang dan gajet macam BMW 7 Series bawah RM 200k! 23

Jika anda diberi pilihan, adakah anda akan memilih Honda Accord, Toyota Camry, Mazda 6, atau Volkswagen Passat? Tinggalkan komen di bawah.

Rebiu: Honda Accord 1.5 TC-P 2020, ruang dan gajet macam BMW 7 Series bawah RM 200k! 24

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda Accord Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda