window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu: Honda Civic RS 2022 - pakej mantap, inilah kereta bawah RM 150k terbaik di Malaysia!

Faisal Β· Sep 30, 2022 11:00 AM

Rebiu: Honda Civic RS 2022 - pakej mantap, inilah kereta bawah RM 150k terbaik di Malaysia! 01

Akhirnya, setelah sekian lama, tiba jua kereta yang anda semua nantikan untuk kami rebiu iaitu Honda Civic generasi FE. Perkara ini tidak menghairankan kerana Civic generasi FC sebelum ini bukan main menyerlah lagi. Secara tidak langsung, jangkaan orang ramai terhadap generasi yang baru ini pasti tinggi. Lagipun, Civic adalah model tunjang lambang β€˜H’.

Rebiu: Honda Civic RS 2022 - pakej mantap, inilah kereta bawah RM 150k terbaik di Malaysia! 02

Disebabkan itu sahaja, setiap kali model pewaris kepada sedan segmen C ini dilancarkan, pasti ia akan jadi bahan bualan dalam kalangan pembeli di Malaysia.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Rebiu: Honda Civic RS 2022 - pakej mantap, inilah kereta bawah RM 150k terbaik di Malaysia! 01

Jadi, sehebat manakah pertarungan Honda Civic FE dalam pasaran yang kompetitif dan makin ke arah SUV sekarang ini? Adakah sengatannya masih berbisa seperti sebelum ini? Mari kami kupaskan satu per satu melalui Civic varian teratas (RS) yang berharga RM 150,700 ini.

Gambaran keseluruhan: Honda Civic RS 2022
Harga RM 150,700 (diatas jalan dengan SST)
Segmen C
Enjin 1.5L turbo 4 silinder
Transmisi CVT
Kuasa 182 PS @ 6,000 rpm
Tork 240 Nm @ 1,700 - 4,500 rpm
Asal Pegoh, Melaka (CKD)

Juga bacaHonda Civic (FE) 2022 dilancarkan dari RM 126k - 1.5 Turbo VTEC, Honda Sensing, paling 'power' di ASEAN!

Eksterior – hambar buat sesetengah pihak tapi lebih premium

Rebiu: Honda Civic RS 2022 - pakej mantap, inilah kereta bawah RM 150k terbaik di Malaysia! 02

Pertama sekali adalah dari segi rupa paras dan dalam aspek ini, ramai yang berpendapat bahawa Civic FE nampak hambar lah, tak mengancam lah, tak menyerlah lah. Sekali pandang, saya sendiri tidak dapat menafikan hal ini, terutama pada varian bawah.

Rebiu: Honda Civic RS 2022 - pakej mantap, inilah kereta bawah RM 150k terbaik di Malaysia! 03

Tetapi kalau diteliti secara mendalam, Civic kali ini lebih konvensional dan ia pasti boleh diterima ramai kerana tidak banyak bentuk atau lekuk yang melampau-lampau macam generasi terdahulu.

Rebiu: Honda Civic RS 2022 - pakej mantap, inilah kereta bawah RM 150k terbaik di Malaysia! 04

Kalau diingatkan kembali, Civic 'ketam' sewaktu dilancarkan pada tahun 2016 dahulu mungkin lebih memukau tetapi golongan pakcik makcik pasti tidak minat kerana ia nampak macam kebudak-budakan. Civic kali ini pula ada iras Audi, terutama pada bahagian belakang dan bentuknya secara keseluruhan tampil jauh lebih kemas dan nampak premium. Kalau ditanya kepada mata seni, reka bentuk sebeginilah yang akan tahan dek zaman dan kekal menawan.

Interior – rapi, ringkas dan nampak mahal

Rebiu: Honda Civic RS 2022 - pakej mantap, inilah kereta bawah RM 150k terbaik di Malaysia! 05

Masuk ke bahagian dalam, pendekatan yang sama turut diterapkan yang mana ia sekali lagi menampilkan unsur-unsur Audi melalui lekuk yang lurus dan susunan kabin yang rapi. Antara perincian yang bagi saya terbaik dalam industri adalah bagaimana corong penyaman udara disembunyikan di sebalik trim ala sarang lebah yang tertonjol megah di sepanjang bahagian papan pemuka.

Rebiu: Honda Civic RS 2022 - pakej mantap, inilah kereta bawah RM 150k terbaik di Malaysia! 06

Ia bukan setakat lawa dan ringkas, malah nak laraskan posisi hembusan pun bukan main senang lagi. Soal nak bersihkan habuk di setiap rongga itu lain cerita lah ya? Tetapi kalau fungsinya pun dah sepintar ini, apalah sangat nak bersihkannya kan?

Rebiu: Honda Civic RS 2022 - pakej mantap, inilah kereta bawah RM 150k terbaik di Malaysia! 07

Bahagian kawalan penyaman udaranya juga layak mendapat pujian kerana butangnya rasa dan nampak mahal serta mudah untuk difaham. Nak laras pun hanya terus pulas sahaja. Kan senang kalau penyaman udara kereta-kereta zaman sekarang semudah ini. Cumanya, ciri dwi-zon yang ada pada Civic ketam dahulu tidak didatangkan langsung. Untuk mereka yang jenis berkira pasti akan kecewa kerana HR-V RS yang satu segmen di bawah pun dah ada.

Juga baca2022 Honda HR-V dilancarkan - dari RM 115k; sehingga 181 PS dengan pilihan 1.5 NA, Turbo dan Hybrid; Sensing standard!

Rebiu: Honda Civic RS 2022 - pakej mantap, inilah kereta bawah RM 150k terbaik di Malaysia! 08

Bercakap tentang ini, kluster instrumen digital yang dilengkapkan juga bukanlah jenis skrin penuh seperti yang terdapat di pasaran lain kerana bacaan kelajuan masih menggunakan jarum analog. Apapun, dari sudut pemandu, ia tidaklah nampak ketara. Apa yang penting, paparan dan susunan menunya mudah untuk dicari dan difaham. Menariknya, dalam mod navigasi, kalau pakai Waze/Google Maps melalui sokongan Apple CarPlay/Android Auto, skrin digital tersebut siap tunjuk lagi anak panah kecil dan jarak sebelum sampai simpang yang perlu dimasuk. Betul-betul β€˜function’ lah.

Rebiu: Honda Civic RS 2022 - pakej mantap, inilah kereta bawah RM 150k terbaik di Malaysia! 09

Skrin 9 inci ini betul-betul nampak ngam dengan reka bentuk papan pemuka. Menyambung Apple CarPlay/Android Auto pun tak susah. Hidupkan Bluetooth, sambung kabel, terus jalan.

Dalam topik sama, sistem infotainment pada Civic kali ini juga nampak premium. Bukan sekadar estetik, grafik yang dipaparkan juga kelihatan menarik dan sarat dengan pelbagai fungsi, sama macam yang ada pada Honda Accord. Namun begitu, kamera undur yang didatangkan bukanlah jenis 360-darjah seperti yang ada pada Corolla Altis tetapi warna dan imej yang dipaparkan sebenarnya lebih β€˜naik’ daripada si Toyota.

Rebiu: Honda Civic RS 2022 - pakej mantap, inilah kereta bawah RM 150k terbaik di Malaysia! 10

Berkenaan kualiti audio pula, ia boleh dikatakan atas sikit daripada sederhana. Nak kata hampeh tidak, nak kata sedap sangat pun tidak. Senang cerita, boleh diterima untuk kelas ini. Kalau nak sedap lagi, mungkin anda kena tunggu Honda Malaysia bawa masuk sistem Bose yang ada 12 pembesar suara beserta subwoofer. Tetapi itu entah bila lah kan?

Rebiu: Honda Civic RS 2022 - pakej mantap, inilah kereta bawah RM 150k terbaik di Malaysia! 11

Masuk ke aspek praktikaliti, mereka yang ikut perkembangan Civic pasti tahu bahawa si ketam dahulu bukan main cemerlang lagi dalam bab ini kerana susunan konsol tengahnya sangat fleksibel dan siap ada tingkat bawah. Malangnya, untuk Civic kali ini, markahnya sedikit jatuh kerana ia sudah diringkaskan. Apapun, tempat meletak barang yang ada masih banyak dan luas, terutama kalau dibandingkan dengan Corolla Altis.

Rebiu: Honda Civic RS 2022 - pakej mantap, inilah kereta bawah RM 150k terbaik di Malaysia! 12

Dari segi kualiti interior pula, kombinasi bahan bersentuhan lembut di bahagian atas dan keras di bahagian bawah boleh dikatakan terbaik dalam kelasnya. Kalau difikirkan semula, Corolla Altis pun tidak kurang dalam hal ini tetapi mungkin visual kabin yang Civic FE tonjolkan betul-betul menaikkan lagi kualiti bahan yang diguna. Soal pemasangan pula agak subjektif dan bergantung pada nasib tetapi unit yang kami peroleh ada sedikit jurang pada bahagian bawah dan cermin sisinya bergegar pada kelajuan atas 110 km/j, isu sama yang berlaku pada Civic dalam sesi pandu uji media tempoh hari.

Juga bacaRebiu: Honda Civic FE 2022 - matang serupa kereta Jerman, anda takkan rindu si 'ketam'

Trenkuasa – kehandalan enjin turbo Honda jelas dapat dirasai

Rebiu: Honda Civic RS 2022 - pakej mantap, inilah kereta bawah RM 150k terbaik di Malaysia! 13

Kemudian, beralihlah kita ke nadi Civic FE sendiri iaitu trenkuasa 1.5L VTEC Turbo. Secara mekanikal, enjin dan transmisinya sama dengan Civic ketam tetapi dengan penambahan output sampai 182 PS (+9 PS) dan 240 Nm tork (+20 Nm), ia ternyata lebih gagah terutama pada rpm rendah. Kalau difikirkan balik, betapa majunya teknologi Jepun sekarang sampaikan enjin 1.5L sahaja sudah rasa bertenaga seperti ini.

Rebiu: Honda Civic RS 2022 - pakej mantap, inilah kereta bawah RM 150k terbaik di Malaysia! 14

Antara faktor yang membuatkan prestasi Civic FE rasa lebih pantas juga mungkin datang daripada talaan transmisi CVT dan input minyaknya yang mana ia begitu responsif dan tidak malas walaupun dalam mod ECON. Mod SPORT pun jarang kami guna kerana ia dah cukup bertenaga.

Rebiu: Honda Civic RS 2022 - pakej mantap, inilah kereta bawah RM 150k terbaik di Malaysia! 15

Yang hairannya, pecutan 0 -100 km/j yang kami uji sebenarnya sedikit perlahan berbanding Civic ketam (8.8 saat vs 8.6 saat). Mungkin keadaan ketika itu tidak berapa mengizinkan. Cuaca yang panas pun boleh memainkan faktor.

Rebiu: Honda Civic RS 2022 - pakej mantap, inilah kereta bawah RM 150k terbaik di Malaysia! 16

Dari segi penggunaan petrol pula, kami mendapat purata 8.7 liter/100 km berdasarkan pemanduan secara normal dalam keadaan bandar dan lebuh raya. Anda mungkin berpendapat bahawa kadar penggunaan petrolnya agak tinggi tetapi kalau nak jimat lagi, laraskan sahaja tombol mod memandu ke ECON.

Kualiti pemanduan dan keselesaan – lebih mantap, dah macam kereta Eropah

Rebiu: Honda Civic RS 2022 - pakej mantap, inilah kereta bawah RM 150k terbaik di Malaysia! 17

Bila dah bercakap tentang trenkuasa, tak sahlah kalau tak masuk bab pemanduan kan? Tetapi sebelum itu, mari kita sembang dahulu bab tempat duduk kerana Civic sebelum ini agak teruk dalam hal ini, terutama di hadapan. Bagi anda yang belum tahu, sokongan peha dan bahu pada model terdahulu macam tiada langsung dan dia punya rendah tu macam nak lemas dibuatnya. Syukurnya, Honda kali ini betul-betul perbaiki isu ini kerana tempat duduk pada Civic FE jauh lebih memuaskan.

Rebiu: Honda Civic RS 2022 - pakej mantap, inilah kereta bawah RM 150k terbaik di Malaysia! 18

Sokongan yang diberi pada bahagian depan memang mencukupi dan menepati piawaian kualiti segmen C. Malah, untuk hadapan, ia ada rasa rata yang agak lazat untuk diduduk. Cumanya, sesetengah pihak mungkin akan cepat kebas punggung kalau duduk di bangku kusyen yang rata seperti ini.

Rebiu: Honda Civic RS 2022 - pakej mantap, inilah kereta bawah RM 150k terbaik di Malaysia! 19

Untuk tempat duduk belakang pula, ia masih rendah seperti dahulu tetapi posturnya rasa lebih semula jadi dan lagi selesa daripada Civic ketam.

Rebiu: Honda Civic RS 2022 - pakej mantap, inilah kereta bawah RM 150k terbaik di Malaysia! 20

Tetapi secara keseluruhan, Corolla Altis tetap lebih selesa tetapi penumpang pasti takkan merungut dengan kabin Civic FE kerana ia lebih mesra pengguna dan benar-benar luas.

Rebiu: Honda Civic RS 2022 - pakej mantap, inilah kereta bawah RM 150k terbaik di Malaysia! 21

Sekarang, tibalah kita ke bab pemanduan dan perkara pertama yang anda akan perasan setelah masuk gear adalah betapa mudahnya untuk nampak ke luar. Nak duduk dalam posisi paling rendah pun tiada hal kerana paras tingkapnya cukup rendah. Kemudian, sebaik sahaja memandu, anda akan perasan bahawa karakter Civic kali ini rasa lebih hidup.

Rebiu: Honda Civic RS 2022 - pakej mantap, inilah kereta bawah RM 150k terbaik di Malaysia! 22

Sterengnya sebagai contoh, walaupun nisbahnya tidak selaju Civic ketam, maklum balas yang diberi sebenarnya lebih organik, seolah-olah anda tahu apa yang tayar sedang lalui. Satu aspek yang mengagumkan adalah bagaimana ia mengambil selekoh kerana tiada rasa sandar (lean) langsung, rasa terletak lekat elok sahaja. Secara tidak langsung, karakter sebegini membuatkan pemandu lebih yakin apabila selekoh menanti kerana Civic kali ini betul-betul melayan dan rasa lebih analog. Malah, dengan body roll yang minimum dan modulasi brek yang linear dan mudah untuk dikawal, lagilah padu.

Rebiu: Honda Civic RS 2022 - pakej mantap, inilah kereta bawah RM 150k terbaik di Malaysia! 23

Mesti jurutera Honda dah banyak habiskan masa dalam mereka geometri suspensi Civic FE kerana ia bukan setakat kemas, bunyi hentakan kosong yang sinonim dengan banyak model Honda sebelum ini juga dibendung dengan begitu drastik sekali.

Rebiu: Honda Civic RS 2022 - pakej mantap, inilah kereta bawah RM 150k terbaik di Malaysia! 24

Dari segi keselesaan pula, penyerapan lubang atau cacat-cela permukaan jalan pun cukup empuk dan tiada sebarang rasa kasar yang dapat dirasai. Cumanya, secara peribadi, pergerakan naik turun badannya sewaktu melalui jalan yang beralun sebenarnya agak ketara daripada jangkaan. Saya sendiri sampai terbayang bagaimanalah kalau bawa ramai penumpang atau apabila penyerap hentak sudah sampai masanya nanti.

Rebiu: Honda Civic RS 2022 - pakej mantap, inilah kereta bawah RM 150k terbaik di Malaysia! 25

Untuk perihal kekedapan kabin, kombo enjin dan transmisi CVT yang diguna boleh dikatakan senyap dan tahap bunyi angin juga tidak akan menjadi persoalan untuk segmen ini. Cumanya kalau dilenjan kaw-kaw, bunyi meraung CVT itu tetap ada tapi ia tidaklah sampai tahap menjengkelkan.

Rebiu: Honda Civic RS 2022 - pakej mantap, inilah kereta bawah RM 150k terbaik di Malaysia! 26

Pada had laju 110 km/j, Civic FE dalam ujian kami merekodkan bacaan 68 dB dan bunyi bising yang didengar sebenarnya banyak datang dari bahagian tayar. Apapun, ini Honda. Kekuatan mereka bukanlah dari segi NVH. Kalau senyap macam Accord, kira bonus lah.

Juga bacaRebiu: Honda Accord 1.5 TC-P 2020, ruang dan gajet macam BMW 7 Series bawah RM 200k!

Keselamatan – Talaan sistem ADAS yang cukup lancar tapi bantuan titik buta hanya untuk belah kiri

Rebiu: Honda Civic RS 2022 - pakej mantap, inilah kereta bawah RM 150k terbaik di Malaysia! 27

Anda mungkin sudah sedia maklum ADAS Honda Sensing adalah yang terbaik di luar sana dan tidak menghairankan, sistem yang diguna pada Civic FE juga tidak kurang lancarnya. Segala input bantuan yang diberi seperti kawalan stereng dan brek tidak akan mengejutkan degupan jantung anda langsung. Kalau ACC diaktifkan, inputnya hampir diibarat seperti ada orang yang memandu. Ia betul-betul buat anda rasa nak guna ciri kawalan pelayaran adaptif ini.

Rebiu: Honda Civic RS 2022 - pakej mantap, inilah kereta bawah RM 150k terbaik di Malaysia! 28

Walaupun ia akan terpapar setiap kali lampu isyarat kiri dinyalakan, pemandu boleh matikannya melalui butang LaneWatch di tombol lampu isyarat kanan. Jadi kalau tengah pakai Waze/Google Map, takdelah menganggu.

Cuma, satu benda yang saya kurang yakin adalah ciri bantuan titik buta Honda LaneWatch kerana ia sememangnya untuk belah kiri sahaja. Kalau BSM, pemantauan belah kanan pun ada sekali.

Konklusi – pakej yang sukar untuk ditandingi tapi dibelenggu realiti harga sekarang

Rebiu: Honda Civic RS 2022 - pakej mantap, inilah kereta bawah RM 150k terbaik di Malaysia! 29

Ingat lagi tak kami ada sebut tentang harga pada awal penceritaan? Itulah realiti sekarang. Semua salah fenomena SUV yang melanda global. Kalau 10 tahun dahulu, harga sama sudah boleh dapat sedan segmen D dan dalam aspek kualiti yang melibatkan tempat duduk, kesenyapan dan mutu kabin itu sendiri, ia masih tidak boleh lawan. Tetapi secara keseluruhannya, untuk segmen C, Civic FE menampilkan pakej yang luar biasa mantap dan barangkali, untuk zaman sekarang, ia lagi menarik daripada sedan segmen D kerana saiznya lebih kompak tetapi ruang di dalam tetap luas.

Rebiu: Honda Civic RS 2022 - pakej mantap, inilah kereta bawah RM 150k terbaik di Malaysia! 30

Pada masa yang sama juga, pemanduannya cukup hebat dan pendekatan pada bahagian luaran dan dalamannya sudah premium. Walaupun ada beberapa kekurangan seperti yang telah diperincikan, tiada siapa boleh menafikan Civic FE kerana untuk julat harga bawah RM 150k, jentera lambang β€˜H’ ini boleh dikatakan tiada kompromi.

Rebiu: Honda Civic RS 2022 - pakej mantap, inilah kereta bawah RM 150k terbaik di Malaysia! 31

Apapun, kalau anda nak jimat lagi, tak salah untuk pilih varian V kerana spesifikasi yang didatangkan tidak kurang hebatnya. Untuk mereka yang sensitif dengan ketiadaan ciri seperti penyaman udara dwi-zon dan kluster digital penuh, varian hibrid nanti mungkin akan jadi jalan penyelesaian mutlak.

Juga bacaPrebiu: Honda Civic e:HEV hibrid - bakal menyusul ke Malaysia, sedan prestasi dan jimat minyak!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda Civic e:HEV 2.0L RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda